Bab 39

9.8K 609 159
                                    


Aku menyuap sesudu kek di depanku sambil memerhatikan sekeliling. Kafe yang luas itu penuh dengan pelanggan. Hanya beberapa buah meja sahaja lagi yang masih kosong. Aku melirik jam. Pukul 12.30 tengah hari. Patutlah, fikirku sebelum kembali menikmati chocolate cake itu sepuasnya. Sudah lama rasanya aku berehat dari merasai keenakan kek. Semuanya gara-gara jadual diet yang ketat daripada Haris. Ianya menjadi lebih parah setelah dia terbaca artikel bahawa pengambilan keju amat berbahaya kepada ibu hamil dan janin dalam kandungan. Walaupun setelah mengetahui bahawa tidak semua keju memudaratkan, sebagai langkah berjaga-jaga aku mengambil keputusan untuk berpuasa daripada cheesecake sepanjang kehamilanku ini.

Namun melewati kafe ini ketika menuju ke tempat letak kereta tadi membuatkan aku tidak dapat lagi menahan keinginan untuk merasainya. Manakan tidak, baunya sahaja sudah mampu membuatkan aku terliur. Haris tanpa pilihan, terpaksa menemaniku. Mungkin dia simpati melihat aku yang seolah kebuluran walaupun baru menghabiskan semangkuk Tom Yam di restoran sebelah sebelum ke kafe ini tadi. Aku tersenyum apabila melihat pandangannya masih setia padaku sedari tadi.

"Nak?" Soalku sambil menyuakan sesudu chocolate cake itu padanya. Dia mengeleng. "Jangan menyesal. Habis dah ni." Usikku namun hanya menerima gelengan darinya.

"I'm full already." Balasnya.

"Serius? I rasa I mampu habiskan satu slice lagi." Komenku mencuba nasib.

"One slice only, baby. Remember your promise." Tegasnya tanpa berfikir panjang, sekaligus mematikan angan-anganku.

"Yelah, I ingat. One slice only and no cheesecake." Ujarku mengulang janjiku sebelum memasuki kafe ini tadi.

"Just for another few more month, baby. Be patient okay. Ini untuk kebaikan you and baby juga." Ucapnya sambil mengapai tanganku. Memastikanaku tahu bahawa dia tidak mengambil keputusan itu sesuka hati.

"I know. Thank you for always taking good care of me, sayang." Ujarku terharu.

"Always, baby." Ucapnya sambil tersenyum. Beberapa ketika kemudian senyumannya bertukar kepada sengihan membuatkan aku mengerutkan dahi. Tidak pasti apa yang dia fikirkan ketika itu. "You ingat tak kali pertama kita datang sini?" Soalnya tiba-tiba. Sekaligus mengembalikan ingatanku kepada detik aku dimalukan oleh insan bernama Linda hampir dua tahun yang lalu.

"Sadly, I tak rasa I akan lupa apa yang buat kita ke sini hari tu." Ujarku. "Tapi kan.. kalau bukan sebab tu mungkin I takkan ada peluang untuk dekat dengan you. Jadi I rasa, I tak boleh nak marah sangat dengan Linda. Apapun, sebab dialah I jadi PA you. Dan tengoklah sekarang, we are happily together." Ujarku sambil tersengih panjang.

"That's my girl. I love that you always saw the bright side from every situation, baby." Ucapnya. "I bangkitkan tentang ni sebab I nak you tahu yang kat sinilah I mula tahu yang I ada perasaan istimewa untuk you. Seeing you cry that day broke my heart. I kenal you sebagai seorang yang manja dan ceria dan I nak you kekal macam tu sampai bila-bila. I sedar yang I kena buat sesuatu untuk lindungi you. So I come out with that idea and I'm glad I did." Terangnya panjang lebar. Benar-benar membuatkan aku terharu.

"Thank you for telling me this, sayang." Ucapku dengan suara yang bergetar."Now let's go before I start crying and ruin this beautiful moment." Ujarku dan laju menghulurkan tangan padanya. Dia pantas menyambut dan mengiringiku keluar dari kafe itu.

"Are you okay now?" Soalnya setelah kami berada di dalam kereta.

"I am, sayang. Tapi..."

Seseorang Seperti Dia ✔Where stories live. Discover now