Bab 34

9.4K 603 78
                                    


"Kenapa Haris pandang I macam tu?" Bisik Hana. Awal dia menghubungiku pagi tadi. Memberitahu yang dia akan pulang ke Kuching hari ini memandangkan hubunganku dengan Haris sudah pulih seperti biasa. Dia datang menghantar sebahagian lagi barang-barangku yang tertinggal di suite yang aku kongsikan dengannya sebelum ini. Aku menoleh lagi kepada Haris yang buat-buat sibuk menilik handphonenya.

"He is trying to not kill you." Jawabku pendek sambil menjegilkan biji mata kepada Haris yang kebetulan mengangkat kepala, seolah mendengar bisikkan kami. Dia berpura-pura tidak faham dan berani pula bertanya 'what?' melalui isyarat bibirnya. Aku hanya mengeleng kepala melihatnya tingkahnya itu.

"What? Why.. What did I do?" Soal Hana perlahan. Memastikan soalan itu hanya diterima oleh telingaku sahaja.

"Soalan yang tepat adalah 'apa yang you tak buat Hana?'" Ujarku sambil merenungnya. Dia berfikir sebentar sebelum tersengih panjang.

"You found out I blocked him?" Aku mengangguk "Itu je ke?" Soalnya lagi. "You're being mean to me. I cuma nak lindungi you. Can't you see?" Ucap Hana cuba mempertahankan tindakannya. "For your information, I don't regret what I did. I do more than that if he ever hurt you again." Ucapnya serius.

"I tahu. And for that I love you." Ucapku jujur. "But I tak rasa Haris have the same feeling." Tambahku membuatkan Hana membesarkan biji matanya.

"Why?" Bisiknya lagi sambil menoleh pada Haris sekilas.

"I terlepas cakap. Haris tahu you yang aturkan janji temu I dengan Isaac and... I told him about the 'revenge dress' too. Which is, your idea." Hana memandangku seolah tidak mengenal bahawa akulah yang berada di depannya ketika ini. Itu menandakan dia betul-betul tidak percaya aku sanggup memasukkannya ke dalam mulut harimau.

"God Reia. Why would you tell him that?" Soalnya lagi. "Sekarang I menyesal biarkan dia tahu mana nak cari you." Tambahnya geram.

"What do you mean?" Soalku hairan.

"Rich bagitahu I yang Haris macam orang gila cari you. So I decide to end his misery. Before you ask, Isaac also part of the plan." Ujarnya mengejutkanku. "I cuma nak pastikan Haris tahu apa yang dia nak." Tambahnya, sekaligus menjawab segala persoalanku.

"Betul cakap Haris, you kadang-kadang memang menakutkan Hana." Ulasku membuatkan dia tersengih panjang.

"Tapi plan I menjadi kan?" Soalnya dan aku mengangguk. "So just be happy with the result." Tambahnya lagi. "Apapun, I kena gerak sekarang before your husband kill me with his eyes. Meet me outside. Okay." Putusnya sebelum cepat mengangkat punggung. Sempat dia mengucapkan bye kepada Haris walaupun tidak berbalas sebelum keluar dari villa itu menuju ke arah pantai.

         Aku mengalihkan pandanganku kepada Haris yang masih lagi duduk di tempat yang sama. Seolah tiada apa yang berlaku."You." tegurku sedikit keras membuatkan dia mengangkat kepala. "You're making my best friend uncomfortable. That is so not cool Haris." Ucapku sambil merenungnya tajam. Geram pula melihat dia memandangku dengan wajah penuh tanda tanya seolah-olah tidak tahu apa yang aku maksudkan.

"What? I tak buat apa-apa pun." Dalihnya.

"Exactly. You did nothing. Not even saying hi or bye. You just look at her with your venomous stare. That is so not cool bro." Balasku. Sengaja menggunakan perkataan yang tidak digemarinya untuk menyampaikan mesejku padanya.

"God baby, I can't help it okay." Ucapnya mempertahankan diri. "And will you stop calling me bro, please. Do I need to proof to you that I'm far from a brother to you? Kalau itu yang you nak, I'm always ready, baby. You just need to say the word." Jawabnya sambil tersenyum nakal membuatkan aku tersenyum sinis memandangnya.

Seseorang Seperti Dia ✔Where stories live. Discover now