Bab 2

10.5K 621 61
                                    

Haris Raslan Raffi. Umurnya 5 tahun lebih tua dariku. Kali pertama bertemunya, hatiku sudah terpaut. Ketika itu aku baru Tingkatan 3. Dia sahabat baik dan sekelas dengan abangku, Rich. Aku ingin menjadi sahabatnya juga. Masihku ingat bagaimana aku sentiasa cuba membuntuti mereka ke sana ke mari. Sentiasa mencari alasan agar mereka membawaku bersama bila keluar berjalan. Walaupun abangku juga sering mencari alasan untuk tidak membenarkan, namun dengan kuasa airmata dan bantuan Mama, dia sentiasa kalah dan terpaksa beralah. Mama sentiasa menjadi senjata paling ampuh buatku. Seronok bila mengenangkan semuanya mudah suatu ketika dahulu.

Berwajah kacak dan berkarisma. Dia anak kepada pemilik syarikat perabot terkenal di Kuching. Ia sekaligus menjadikannya sentiasa popular di sekolah. Semua orang ingin mengenali dan menjadi sahabatnya. Termasuklah aku. Tapi, perbezaan umur menyebabkan aku tidak dapat mengikut setiap rentaknya. Maklumlah masing-masing punya aktiviti dan waktu yang berbeza. Selain itu, perasaan malu pula mula menebal bila usia makin meningkat dan tanpa disangka aku perlahan-lahan hilang dari radarnya. Aku hanya melihatnya sekali sekala apabila abangku membawanya bertandang ke rumah dan kadang kala bertemu di majlis di sekitar Kuching. Namun itu tidak menghalang aku daripada terus menyimpan perasaan padanya. Pernah sekali aku cuba melupakannya namun setelah mengetahui bahawa dia sudah kembali single, perasaanku yang tidak pernah hilang itu kembali menggunung. Hanya Hana yang tahu perasaanku pada Haris. Hana sahabat baikku itu sanggup menyambung Diploma di Universiti yang sama demi menyokong aku mengejar cinta. Walaupun hanya seuniversiti dengannya untuk satu semester dan gagal medekatinya, sekurang-kurangnya aku sudah mencuba.

"You are late." Itu ayat pertama yang keluar dari mulut Rich sebaik sahaja berdiri betul-betul di hadapanku. Tiada senyuman darinya untukku hari ini.

"I know and I'm sorry. I promise it won't happen again." Ujarku cuba mempertahankan diri.

"Oh I believe you." Ucapnya sambil menjungkit bibir. Itu menandakan dia langsung tidak percaya dengan janjiku itu.

"I cakap I janji, okay." Jawabku sambil memuncungkan bibir. Geram bila abangku sendiri tidak mempercayai kata-kataku. "Oh ya, Mama minta you call dia nanti." Tambahku apabila teringat pesanan Mama pagi tadi.

"This is workplace Reia. Mama tak boleh tolong you kat sini." Komen Rich sambil mengeleng-gelengkan kepala. "I don't know whether you doing your internship here is a good idea or not. Don't make me regret this, please." Tambahnya lagi membuatkan aku terkebil-kebil tidak percaya dia sanggup mengeluarkan kata-kata seperti itu padaku.

"I can't believe you say that." Ucapku perlahan, suaraku kedengaran sedih walau pada pendengaranku sendiri. Spontan wajahnya berubah. Wajah kelatnya tadi berubah memandangkanku dengan lembut. Dia menarikku beberapa langkah menjauh dari kumpulan yang sedari tadi hanya memerhati dan mendengar perbincangan kami.

"Okay, I'm sorry for what I say. Please don't cry. Just promise me, you'll be on time after this. You adik I, tapi ni tempat kerja. You have to behave accordingly." Lembut Rich memujukku sambil meletakkan tangannya di kepalaku. Seolah memujuk anak kecil.

"I promise." Janjiku dengan suara sayu namun tersenyum di dalam hati apabila mendengar Rich mengeluh.

"Okay. I believe you now." Ucapnya sambil menepuk belakangku dengan lembut membuatkan aku tersenyum lebar. Air mata yang bersedia untuk bekerja tadi juga sudah kembali kering. Tidak menyangka strategi yang sering aku gunakan sejak dari kecil itu masih berkesan sehingga kini.

"Did you do that on purpose?" Soalnya apabila melihat senyumanku belum padam. "You did, didn't you?" Soalnya lagi, cuba membaca reaksiku.

"Do what?" Soalku sambil mengerdip-ngerdipkan mata. Cuba membuat wajah comel namun menerima pandangan skeptikal daripadanya.

Seseorang Seperti Dia ✔Where stories live. Discover now