Bab 32

9.4K 607 88
                                    

Aku melabuhkan punggung di sofa ruang tamu villa itu. Mengatur duduk, mencari kedudukan yang selesa, bersedia mendengar penjelasan Haris. Haris kelihatan tenang duduk bertentangan denganku.

"Ingat tak projek yang syarikat kita menang dua bulan yang lepas?" Soalnya membuka cerita.

"Projek untuk cawangan baru Syarikat Warisan tu?" Soalku sambil mengerutkan dahi, cuba mengingati. Haris mengangguk.

"Yes. Projek itulah yang temukan I semula dengan Bia." Ujarnya sekaligus mengejutkanku. "Rupanya Bia adalah project manager yang dihantar to foresee the progress of their new branch in Kuching." Jelasnya lagi. "Kali pertama I jumpa dia, awal bulan lepas. Masa first project presentation. Lepas tahu yang I kena berurusan dengan Bia, I kerahkan my team untuk cepatkan progress projek tu. I'm a professional businessman tapi I tetap rasa tak selesa berurusan dengan my ex. It's feel like I'm cheating on you. Walaupun I memang tak pernah terfikir pun untuk buat macam tu. Jadi, I promised my team that if we are able to finish the project before deadline, semua akan dapat bonus. So you boleh bayangkan, semua staf kita termotivasi untuk settlekan projek tu secepatnya. Semua tak kisah balik lewat dan kerja lebih masa." Ceritanya sambil tersenyum. Aku membiarkan Haris menceritakan semua yang berlaku. Seperti yang kujanjikan, aku langsung tidak mencelah.

"We start designing their office seminggu selepas tu. And I try to minimize communicating thing with her. I hanya akan email jika ada keraguan and I ask Azlan to contact her on my behalf if the need persist. Things are okay the first week. But on second week she been trying to reach me. She even come to the office without appointment, asking to see me. Dengan alasan ada urgent details tentang projek yang perlu dibincangkan. So nak tak nak, I jumpa dia. But to my dismay, she talk about our past. About how she still feel for me. I bagi tahu dia yang I'm a happy married man. That I have beautiful wife whom I adore waiting for me at home." Ucapnya sambil matanya redup merenungku. "I told her that she is my past and I don't feel the same way about her anymore. She left crying. I thought that is her last attempt. Tapi I silap. Few days later, she ambush me again. She even know my working schedule. Dia tahu bila I akan datang untuk monitor everything dekat pejabat mereka. As usual I let my team entertain her, but still dia masih dapat jumpa I." Ceritanya lagi membuatkan mataku membulat tidak percaya. Versi yang sungguh berbeza dengan apa yang diceritakan oleh Bia padaku minggu lepas.

"Bila I masih tak layan dia, that is the time she drop the bomb. She told me the most ridiculous thing. That I have a daughter with her. Dia bagi tahu yang itu sahaja sebabnya dia nak jumpa I. Untuk kenalkan I pada anak I. Not to rekindle our past love. You can only imagine how I felt that time. Betapa bersalahnya I rasa pada you jika apa yang dia beritahu itu betul." Ucapnya nampak betul-betul kesal.

"But I still can't ignore the possibility of me fathering her child. So just like any responsible being I'm trying to be. I ask to meet her, Dea Natalia. Untuk sekurang-kurangnya mengenali anak yang mungkin adalah darah daging I. I tahu I salah sebab tak bincang semua ni dengan you. Tapi I ada sebab sendiri. I masih berharap yang Bia hanya tipu I. Kata orang, ignorant is bliss. So, kalau boleh I tak nak you tahu tentang semua ni. I tak ada rancangan untuk beritahu you selagi I tak ada bukti sama ada Dea anak I atau tak. I know it will break your heart." Ucapnya sambil merenungku. "Tapi things don't go as I plan. You left before I even have the proof with me. I guess it's hurt you more when you find it out from her." Jelasnya panjang lebar.

Seseorang Seperti Dia ✔Where stories live. Discover now