Bab 20

9.5K 603 69
                                    

             Aku menarik nafas lega setelah selesai menduduki kertas peperiksaan terakhir pagi itu. Rasanya tidak sia-sia aku bersungguh-sungguh menghabiskan beberapa minggu kebelakangan ini untuk membuat persediaan. Terkadang aku bermalam di rumah Hana untuk sama-sama membuat ulangkaji dengannya. Mujur Haris juga sangat memahami, dia tidak membantah jika aku meminta izin untuk ke rumah Hana. Aku terkadang turut menjadikan ruang kerjanya di rumah sebagai tempatku menelaah pelajaran. Dia dengan terpaksa membenarkan aku menggunakannya apabila aku tidak memberikannya peluang untuk menyatakan tidak. Aku mengapai telefon bimbitku apabila merasakan getaran di dalam beg sandangku.

MyHaris: How's your last paper? 10.30 am

Reia: Piece of cake. 10.31 am

MyHar is: Glad to hear that. 10.32 am

MyHaris: I know you can do it, baby. 10.33 am

Reia: Thanks sayang. 10.33 am

MyHaris: What's your plan for the day? 10.34 am

Reia: Don't know yet. 1035 am

Reia: I might go straight home. 10.35 am

Reia: Sleeping. 10.36am

MyHaris: Okay baby. You go do that. 10.37 am

MyHaris: See you later. 10.37 am

"We are finally free." Jerit Hana. "Let's go and celebrate." Cadangnya kemudian.

"Kita celebrate lain kali boleh? I tak rasa I ada cukup tenaga untuk raikan hari ini. I tak sabar nak balik rumah dan tidur." Akuiku dan melihat dia mengangguk. Aku pasti dia juga merasakan yang sama.

"Apa pun jom lunch dulu." Cadangnya dan aku tidak menolak. Elok juga mengisi perut sebelum terbang ke alam mimpi. Kami bersama-sama menuju ke kafeteria yang mungkin akan menjadi kali terakhir kami menjamu selera di situ sebagai seorang pelajar.

**********************

            Selesai mandi, aku terus bermalasan di atas tilam. Cuba melelapkan mata. Namun gagal. Jam di dinding baru merangkak ke angka 1 petang. Jadi aku memilih untuk bangun dan mengemas rumah. Sekurang-kurangnya aku punya aktiviti sementara menunggu kepulangan Haris.

             Bermula dari mengemas bilik tidur kami, aku kemudiannya beralih ke ruang kerja Haris. Memandangkan aku banyak menghabiskan masa dalam bilik itu beberapa minggu ini, jadi banyak juga onar yang telah aku tinggalkan. Aku enggan Haris serik untuk membenarkan aku menggunakan ruang peribadinya itu lagi nanti. Aku memastikan segala failnya kembali ke tempat asal, menambahkan sebuah frame gambar kami bersama sebagai hiasan di atas mejanya. Seterusnya aku beralih ke rak bukunya yang menyimpan segala khazanah yang dia ada. Dari buku-buku ilmiah hinggalah ke komik dan novel kegemarannya.

             Aku cuba menyusun setiap buku dalam rak itu mengikut ketinggian. Agar kelihatan kemas dan mudah dicari. Ketika itulah, tanganku bertemu dengan novel cinta yang tersorok di dalam rakitu. 'Biar betul Haris baca novel cinta' detik hatiku. Pantas aku menariknya keluar. Membaca tajuknya sambil tersenyum, tidak menyangka Haris rupanya juga peminat novel romantis. Namun senyumanku mati saat melihat sehelai gambar yang terselit di dalamnya. Ianya gambar mesra Haris bersama kekasih lamanya, Bia Natasha. Jantungku bagaikan berhenti berdenyut saat melihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka dalam gambar itu. Coretan 'FOREVER' yang tertulis di belakangnya membuatkan mindaku terasa berpinar seketika. Aku yakin pemilik sebenar novel itu pastinya Bia Natasha, bukannya Haris seperti telahan awalku tadi. Lama aku menutup mata cuba menenangkan diri. Cuba menyedarkan diriku bahawa Haris kini adalah suamiku dan Bia Natasha adalah kisah silamnya. Wanita itu sudah lama pergi dari hidupnya.

Seseorang Seperti Dia ✔Where stories live. Discover now