Bab 3

10.3K 612 57
                                    


Minggu pertama menjalani praktikal di Everlast Holdings, banyak juga yang aku pelajari. Memandangkan banyak produk baru yang bakal dipasarkan, maka jabatan pemasaran itu agak sibuk. Aku ditugaskan untuk membantu Sara dan seorang lagi eksekutif pemasaran iaitu Linda untuk membuat promosi produk built-in closet. Seronok juga dapat mengaplikasikan sedikit sebanyak apa yang dipelajari di universiti dulu ke alam pekerjaan. Melihat bagaimana apa yang dipelajari secara teori dulu digunakan secara praktikal dalam setiap tugasan. Aku juga berpeluang belajar banyak teknik pemasaran yang baru daripada kedua-dua mereka. Sara terutamanya memang sangat membantu. Tidak lokek dengan ilmu. Linda, walaupun tidak seramah Sara tetap membantu apabila melihat aku terkial-kial menyelesaikan tugasan.

Ketika jam merangkak ke angka 12.05 tengah hari, aku meminta diri untuk keluar lunch. Pagi tadi aku berjanji untuk ke food court yang jaraknya hanya beberapa meter dari pejabat itu bersama Hana dan Isaac. Setibanya di lobby pejabat, kedua mereka sudah pun menunggu. Walaupun kedatanganku disambut dengan muncung daripada Hana, aku menjadikan senyuman manis Isaac sebagai penawarnya. Jadi menurutku semuanya masih normal dan terkawal. Kami berjalan kaki bersama menuju ke arah food court. Tidak sabar mengisi perut yang sudah berkeroncong minta diisikan. Langkahku terhenti seketika apabila disiku oleh Hana. Aku memandangnya geram dan menjingkitkan kening meminta penjelasan.

"Arah jam 3 petang. Abang you dan Haris." Jawabnya berbisik dan begitulah mudahnya jantungku berdetak kencang. Perlahan-lahan aku menghalakan pandangan mengikut arah yang dinyatakan Hana. Benar. Di tepi gerai Nasi Kari Banjir itu, aku menangkap kelibat kedua mereka sedang asyik menikmati hidangan tengah hari masing-masing. Pantas aku menarik tangan Hana menuju ke arah mereka setelah mendapati meja panjang itu mempunyai ruang yang cukup untuk menempatkan kami bertiga.

"Jom." Ajakku dan cepat mengatur langkah. Aku menarik kerusi di sebelah Rich dan duduk tanpa meminta kebenarannya. Aku ingin mengambil peluang itu untuk sesekali mencuri pandang ke arah Haris yang duduk bertentangan dengan Rich. Terasa begitu lama tidak menatap wajahnya. Kali terakhir bersua dengannya adalah pada hari pertama aku menjejak kaki ke Everlast Holdings, hari Isnin yang lalu. Dia dekat tapi jauh. Sedih.

"Banyak lagi meja kosong kat sana. Kenapa duduk sini?" Soal Rich tidak puas hati. Aku hanya tersengih sebagai menjawab soalannya itu.

"You dah lama tak belanja I. I rasa nak laksa special hari ini. Mesti extra sedap kalau abang I yang bayarkan." Jawabku sambil mengerdip-ngerdipkan mata padanya. Cuba membuat wajah comel. Rich membulatkan mata mendengarnya. Aku menghadiahkan senyuman manis kepada Haris apabila melihat dia tersengih sambil mengeleng-geleng kepalanya mendengar perbualan kami.

"Okay, pergilah order." Ujarnya mengalah.

"You tolong orderkan boleh? Bukannya selalu." Pujukku. Sekali sekala menggunakan kuasaku sebagai adiknya seronok juga. Rich mengeluh panjang. Mungkin cuba menyabarkan dirinya.

"Biar I orderkan. Reia nak laksa special kan?" Soal Isaac yang sedari tadi menjadi pendengar setia. Mungkin cuba menyelamatkan keadaan. "Kebetulan I pun rasa nak makan laksa." Tambahnya sambil mengangkat kedua belah tangan apabila Rich menghantar pandangan tidak senang padanya. Pantas dia bangun dan menuju ke gerai laksa selepas aku mengangguk mengiyakan soalannya tadi.

"See, I rasa you kena belajar jadi gentlemen sikit macam Isaac. Maybe sebab ni you belum ada steady girlfriend." Bisikku, ikhlas menasihatinya. Tawa kecil daripada Hana dan Haris menyedarkanku bahawa nasihat yang aku khaskan untuk abangku itu turut didengari oleh mereka. Tidak mengapa, jika nasihatku itu dapat membantu lebih ramai lelaki di luar sana bolehlah aku menganggap ianya sebagai sumbangan kecilku kepada masyarakat.

Seseorang Seperti Dia ✔Where stories live. Discover now