"RAF, okey tak ni?" tanya Zack seraya merangkul bahu Raffa.
Raffa balas dengan senyuman herot, lalu mencapai segelas air Coke di meja.
Pandangannya tertancap jauh ke depan tanpa menghiraukan alunan muzik rancak lagi bingit yang dipasang memenuhi segenap ruang itu.
Raffa menghabiskan masa bersama kawan-kawannya di majlis hari jadi salah seorang di antara mereka. Majlis itu diadakan secara tertutup di sebuah emper mewah yang menghadap KLCC. Kebanyakan di kalangan mereka merupakan anak orang kenamaan. Termasuklah Raffa.
Tetapi, mereka bukanlah kawan sekuliahnya.
Raffa lebih memilih untuk menikmati pemandangan ibu kota di luar jendela yang mengasyikkan berbanding bersuka ria dengan mereka. Malam ini dia tiada mood. Tak macam kebiasaan. Kawan perempuannya mengajak dia berbual pun banyak kali ditolak mentah-mentah.
Tapi, sekurang-kurangnya dia tetap datang ke majlis itu. Daripada tak datang langsung.
"Kau ingat dia lagi ke?" Zack bernada menyakat.
Dia perhati muka kacak Raffa.
"Siapa dia yang kau maksudkan?" Raffa buat-buat tanya.
"Alah, awek yang kau cerita dekat aku tulah. Qistina kan namanya?"
"No way," ucapnya ringkas.
Betapa malam ini dia mahu fikirkan keseronokan saja. Dia menepis seraut wajah itu jauh-jauh. Tak mahu ada kaitan apa-apa langsung.
"Hai, takkanlah dah putus kot?" Zack menghenyakkan punggung bersebelahan Raffa. Memegang kemas gelas minumannya sambil memandang Raffa dengan pandangan yang sama.
"Really. Antara aku dengan Qis... Mana ada apa-apa pun." Raffa jongket kening sebelah.
Zack gelak besar.
"Takde apa-apa kau kata? Habis? Yang gosip pasal korang studi sama-sama dekat rumah famili kau tu apa? Fake?"
Raffa tak menjawab. Bebola matanya bergerak kepada beberapa gadis yang tengah menyembang di satu sudut. Sebaik perasan Raffa yang tengah memerhati itu, salah seorang di antara mereka mengangkat tangan dan melambai kepada Raffa.
Raffa membalas dengan senyuman kecil sambil Zack terus-terusan memerhati. Menanti dengan sabar.
"Aku masih ingat lagi. Kau pernah beritahu aku dulu."
Raffa mendengus.
"Come on, bro. kau pun tahu taste aku macam mana, kan. Tak payah peninglah fikir pasal dia. Aku ni takdelah nak kata serius sangat pun. Aku dah malas." Ucapnya.
"I'm waiting for someone else. Yang lebih menyeronokkan. Dia tu... boringlah." Sambung Raffa, lalu meneguk minumannya itu. Meletakkan gelas itu semula ke meja dengan lagak biasa.
"Eleh, yelah tu. Apahal muka kau tu monyok aje aku tengok?" Zack menduga.
Raffa mengerling sekilas. "Kata aku apa? Monyok?" dia gelak.
"For surelah aku sukakan dia. Aku ada cakap ke sebelum ni... Yang aku bencikan perempuan? Aku cuma..."
Raffa meleretkan ayat. "Dah bosan."
"Hmm... Okey." Zack memikirkan kata itu.
"Jadi, kalau bosan... Kita cari lainlah. Kan." Sengih Raffa.
Zack tertawa. Dia yang mahu kenakan Raffa, alih-alih, dia pula yang terkena balik. Siot betul Raffa.
"Okey. Fine, kalau macam tu... aku takkan campur lagi pasal hal korang. Pandai-pandai kaulah. Aku tanya sebab nak tahu aje. Belum pernah lagi aku tengok kau rapat dengan mana-mana perempuan dalam tempoh yang lama. Boleh kata nak dekat tiga bulan jugaklah, kan? Kau berhubungan dengan Qis."
YOU ARE READING
BAD CAMPUS LOVE STORY
RomanceA Wattpad Story ˚ ༘♡ ⋆。˚ "Perempuan yang tak reti nak berjalan dengan betul sampai langgar aku semalam, rupanya, satu group dengan aku." -RAFFA "Awak ni menakutkan." -QISTINA Raffa Fathurrahman... Nama Raffa begitu dikenali di fakulti. Agak popular...