"WEI bro..." tegur Zafrul dengan sengihan.
Mereka berbalas fist bump. Raffa menghenyakkan punggung bersebelahan Zafrul. Zafrul sampai ke kelas terlebih dulusebelum Raffa. Seluruh dewan kuliah itu Raffa pandang. Meliar sepasang matanya itu mencari kelibat seseorang. Taknampak pula kelibat Qistina.
Dia mengalih semula pandangan kepada Zafrul.
"Kau buat apa dekat library? Shahir bagi tahu aku, dia nampak kau dekat sana pagi tadi." Zafrul pelik.
"Oh, really?" Raffa angkat kening sebelah.
"Yup. Susah nak tengok kau lepak dekat library, melainkan kalau dah terpaksa. Kan?" Zafrul berkata seraya menyikulengan Raffa.
Raffa tersenyum kecil. "Ada hal sikit tadi."
"Hal apa?" tanya Zafrul.
Raffa tak terus menjawab. Sebaliknya dia mengeluarkan buku nota kosong dengan sebatang pen berwarna hitam.
"Hai... Takkanlah dengan aku pun nak berahsia bro?"
Beberapa ketika kemudian barulah Raffa membuka mulut. "Aku jumpa Qis."
Dia berterus terang. Zafrul seakan sukar mahu percaya, terus-terusan memerhati Raffa.
"Nak buat apa kau jumpa Qis?"
Zafrul menyengih. "Haa..." Dia meleretkan ayat. Gayanya itu nakal.
Raffa langsung tak menjawab pertanyaan itu. Hanya membiarkan saja ia berlalu begitu saja.
Suara Zafrul yang agak kuat itu sedikit-sebanyak menarik perhatian Alisya yang duduk di depan mereka.
Alisya berpusing bersama kerutan di dahinya. Riaknya tertanya-tanya. Entah apalah yang mereka tengah bualkanagaknya?
"Zafrul? Kata apa tadi?" tanyanya.
Raffa mengeluh. Meraup wajah dengan sebelah tangannya. Tak pasal-pasal hal remeh begitu bertukar jadi isu pula. Diamalas hendak memperbesarkan soal yang dia pergi berjumpa Qistina. Kerana baginya, itu hal biasa saja.
Zafrul menyedari pandangan Raffa tertancap lama ke mukanya. Memahami maksud pandangan itu. Dia serba salah.
Dia senyum kekok seraya membalas pandangan Alisya itu.
"Err... Takde apalah." Gelengnya.
"Tapi..." Alisya mengerutkan dahi. Memikir balik kata yang baru saja dia dengari itu.
"Aku dengar kau macam sebut nama Qis. Apahal dengan Qis? Apa kaitannya dengan Raf?" Alisya memandang merekabersilih ganti.
Zafrul tergamam. Dia menepuk dahinya itu. Kemudian memandang pula Raffa yang ketara sungguh tidak selesa. Merekasudah faham kerenah Alisya bagaimana. Habis nak dikorek segala mak nenek rahsia.
Raffa menggeleng dengan senyuman. Alisya pandang senyuman menawan itu, dia jadi terpaku sejenak.
"Takde apalah. Kau salah dengar tak?" Raffa berpura-pura.
"Oh, yake..." Alisya menggumam. Namun, dia tetap membalas senyuman itu. Muka Zafrul dia pandang sekilas.
Lambat-lambat, Alisya memusingkan badannya. Hatinya masih dipenuhi tanda tanya. Masakan telinganya salahmendengar butir bicara mereka sebentar tadi? Dia jelas menangkap nama itu. Qistina... Apa kena dengan Qistina? Dan,mengapa Raffa pergi mencari Qistina sehingga ke perpustakaan?
Macamlah dia tidak mengenali diri Raffa itu bagaimana.
Belum pernah pun selama ini Raffa menegur Qistina di depannya.
YOU ARE READING
BAD CAMPUS LOVE STORY
RomanceA Wattpad Story ˚ ༘♡ ⋆。˚ "Perempuan yang tak reti nak berjalan dengan betul sampai langgar aku semalam, rupanya, satu group dengan aku." -RAFFA "Awak ni menakutkan." -QISTINA Raffa Fathurrahman... Nama Raffa begitu dikenali di fakulti. Agak popular...