Bab 24

36 5 0
                                    

QISTINA perasan ada kehadiran seseorang yang muncul di depannya. Seolah-olah sedang menantinya. Dia lekas menyedarkan dirinya.

Ah... kau jangan nak perasanlah, Qistina!

Mana mungkin... tak mungkin dia tunggu kau.

Seperti biasa Qistina pergi ke studio yang terletak di bangunan fakultinya itu. Dia kini fokus bagi menyiapkan tugasan projeknya.

Namun, Qistina sama sekali tidak menyangka yang mereka akan bertembung juga hari ini. Puas dia mengelak sejak kejadian lalu.

"Qis..."

Dia berpura-pura tidak mendengar panggilan itu. Mempercepatkan ayunan langkahnya.

Entah apa lagi yang Raffa mahukan agaknya? Pergelangan tangannya ditarik pula menyebabkan langkahnya itu terhenti. Berkerut dahi Qistina.

"Lepaskan tangan saya ni," dia menekan satu per satu ayatnya seraya memandang tajam muka Raffa.

Raffa akhirnya meleraikan pegangan itu perlahan-lahan. Terbit keluhannya. Dia meraup mukanya itu dengan sebelah tangan. Gayanya ketara menampakkan yang kali ini dia tidak mampu lagi bertenang. Ketenangan itu sudah lama hapus lenyap semenjak dia mengeluarkan kata-kata kesat itu.

Tapi... tiada langsung kata-kata yang keluar dari mulut Raffa. Hanya terus-terusan memandang Qistina dengan agak lama.

Qistina lekas melarikan anak matanya ke tempat lain. Tak sanggup lagi dia nak membiarkan wajahnya ditatap Raffa. Cukuplah... sekali dulu dia bertindak membiarkan rasa itu menguasai segenap hati. Dia sudah puas terluka dengan ucapan Raffa yang langsung tidak patut.

Lambat-lambat dia membuka mulut.

"Awak nak apa lagi? Tak puas lagi ke awak hina saya... Kata saya macam-macam?" Nadanya berkecil hati.

"Masa presentation nanti kita buat biasa aje. Jangan risau. Saya takkan campur adukkan hal peribadi dengan waktu belajar." Katanya tanpa langsung menatap muka Raffa.

"Aku nak minta maaf." Ucap Raffa tulus.

"Aku tahu yang aku salah... Tak patut cakap kau macam tu. Aku betul-betul minta maaf."

Qistina terpanar.

Raffa memandang muka Qistina. Hampir dua minggu dia tidak mendengar suara itu. Barulah sekarang dia berpeluang untuk bercakap dengan Qistina setelah cuba memberi ruang buat mereka.

Qistina senyum pahit. "Baik, saya maafkan." Katanya sebelum mengayun langkah kakinya itu.

Raffa tersentak. Segera menahan Qistina yang mahu berlalu pergi.

"Macam tu aje?" tanyanya dengan sepasang mata tepat memandang Qistina. Dia inginkan kepastian. Qistina macam tiada apa saja?

"Habis? Nak macam mana?" Qistina angkat kedua-dua bahunya.

"Awak dengar saya cakap apa tadi, kan. Saya dah maafkan. Sekarang biarkan saya pergi." Katanya seraya memandang muka Raffa bersilih ganti dengan lengannya yang tengah dipaut Raffa.

Raffa mengeluh. Namun, pautan itu tetap dia lepaskan. Dia menatap sepasang anak mata Qistina. Kali ini lebih lama dengan raut serius. Menarik nafasnya itu. Dia bersedia mahu meluahkannya. Tentang segala-galanya... tanpa ada apa-apa lagi yang dipendamnya.

"Kan aku dah cakap dulu. Yang aku takkan lepaskan kau atau... tinggalkan kau." Raffa bersuara serak.

Qistina terpaku. Mereka bertatapan.

Qistina menggenggam erat sebelah tangannya itu dengan rasa tidak percaya. Benarkah apa yang Raffa ucapkan itu? Bagaimana kalau Raffa main-main lagi?

Dia... takut. Takut mahu percaya sekali lagi. Takut yang dia bakal dilukai nanti.

BAD CAMPUS LOVE STORYWhere stories live. Discover now