Bab 2

27 4 0
                                    

MANA pergi nota assignmentnya? Qistina pelik, terpamer kerutan di dahinya. Kelam-kabut dia mencari notanya itu di dalam beg galas. Langsung tak ditemui di mana-mana.

Sejak tadi Qistina mencari. Puas dia menyelongkar habis di dalam begnya itu. Habislah dia! Minta-mintalah notanya itutidak hilang. Masalahnya siap terselit sekali dengan assignment yang mahu dihantar kepada pensyarah.

"Haisy, mana pula perginya nota exam tu? Seingat aku, semalam lagi aku dah masukkan awal-awal dalam beg."Gumamnya.

Sepasang matanya melingas ke seluruh dewan kuliah yang hingar-bingar dengan suara pelajar. Mungkinkah dia telahtertinggal nota itu di bilik semasa bergegas mahu bersiap tadi? Tak pun ada terjatuh di mana-mana tak?

Qistina mahu mencari notanya. Kutlah, ada tercicir semasa mahu ke kelas.

Qistina berasa hampa kerana masih tak berjumpa lagi dengan notanya itu. Dia memerhati ke sekelilingnya sambilberundur perlahan-lahan dengan mata masih tertancap ke depan. Belum pernah lagi dia gagal menghantar assignmentnyatepat pada masanya.

Tanpa diduga, tubuh kecil molek Qistina berlaga dengan tubuh seseorang.

Qistina terkejut, lalu menoleh. Berderau darahnya. Dia mendongak dek ketinggian itu.

Raffa sedang merenungnya tajam. Mereka bertentang mata. Namun, Raffa langsung tak bersuara. Membiarkan Qistina segera menjarakkan diri.

Qistina terkedu.

Bebola matanya bergerak pula kepada bahagian siku Raffa yang terdedah itu. Ada kesan luka yang nampak seperti barusaja dibersihkan.

"Sorry." Katanya teragak-agak.

Raffa mengerling sekilas.

"Lain kali jalan pakai mata. Bukan kepala lutut. Sampai hampir nak bunuh orang." Ucap Raffa dengan mata tepatmemandang Qistina.

Qistina mengerutkan dahi. Biadabnya.

"Saya tak sengaja. Lagipun saya dah cuba mengelak kan tadi. Awak tu yang salah. Sesuka hati aje bawa laju dalamkampus. Manalah boleh tak accident." Dia menjawab.

Mana boleh dia dipersalahkan. Sebab dia tahu yang dirinya tidak bersalah apa-apa. Dia sudah pun meminta maaf.

Raffa bermuka sinis. "Jadi... salah akulah ni?"

Dia kian mendekati. Selangkah demi selangkah dengan pandangan yang menakutkan. Qistina mengetap bibir bawahnya.

"Taklah. Bukan itu maksud saya..."

"Kau sedar tak? Kalau kau tak menyibuk macam mak cik bawang... Pasang telinga sambil curi dengar perbualan oranglain... Benda macam tu takkan berlaku. Faham." Raffa berbisik rapat. Cukup hampir di gegendang telinga Qistina.

Qistina menelan air liur yang tersekat.

"Aku anti betul dengan orang macam kau. Saja nak play victim. Kau takkan terlepas."

Qistina tersentak. Kata itu seperti berbaur ugutan pun ada.

Raffa mencampak kasar satu nota ke muka Qistina.

Mata Qistina terpejam sesaat. Bahunya terhinggut sedikit. Terkejut dengan tindakan spontan itu.

Qistina terpanar, lalu mencapai nota itu. Dia menyedari nota itu kepunyaannya. Assignmentnya turut terselit di celah notaitu. Rupanya dijumpai Raffa. Dia menghela nafas lega.

Qistina terus-terusan memandang Raffa yang berlalu ke bahagian hujung dewan. Tanpa sempat dia membalas satu apapun.

Raffa berjalan pun lambat-lambat, berusaha tidak menampakkan yang dia sebenarnya tengah menahan kesakitan yangmasih lagi belum hilang akibat insiden itu.

BAD CAMPUS LOVE STORYWhere stories live. Discover now