MEREKA kini berada di kafe pelajar yang berhampiran dengan fakulti. Petang tersebut merupakan kelas terakhir mereka.
Alisya memerhati siku Raffa yang ada kesan luka. Namun, telah pun ditampal dengan plaster. Raffa beritahu dirinyaterlibat dalam satu kemalangan kecil. Hanya itu saja. Selebihnya dia tidak tahu. Entah bagaimanalah Raffa boleh terlibatdalam insiden itu agaknya.
"Kau nak tahu sesuatu tak, Raf?" ucap Zafrul seraya angkat kening.
Raffa menoleh.
"Kau kena satu group dengan Qis. Aku baru aje dengar-dengar tadi." Ucap Zafrul.
Berkerut dahi Raffa. Sama sekali tak menyangka. Bibir Zafrul mengukir senyuman gaya mengusik.
"Untunglah kau. Dapat pula dengan Qis. Qis tu... Dahlah budak pandai. Lepak ajelah kau lepas ni. Goyang kaki." Zafrulmenyengih.
Raffa merengus. Lain pula yang dia fikirkan.
"Bukan kau ke yang satu group dengan aku macam biasa?" Dia pandang muka Zafrul.
Zafrul menggeleng seraya menepuk belakang Raffa. "Bukan aku yang tak nak, bro. Kau janganlah salah faham."Jawabnya.
"Alisya?" Raffa menoleh.
Alisya serba salah. Dia tak tahu nak kata apa.
Memanglah dia lagi mahu satu kumpulan dengan Raffa. Mana mungkin dia menolak.
Raffa... lelaki diminatinya sekian lama. Crushnya. Apakan daya yang lebih berhak menentukan ialah pensyarah mereka.Dia pun turut mendengar cerita daripada rakan sekuliah mereka.
"Kenapa takde sorang pun yang sebut nama aku masa aku takde tu? Kau, Zafrul? Boleh main biar-biar aje. Korangpatutnya beritahu prof yang korang dah pilih aku untuk satu group dengan korang." Raffa bernada serius. Jelas benar yangdia tidak berpuas hati.
Masing-masing senyap.
Nampaknya tidak berani nak bersuara lebih-lebih sebaik melihat Raffa sudah mula naik angin.
"Tapi Raf, aku tak nampak pun itu satu masalah. Apa masalahnya? Lagipun Qis sorang aje yang takde group untuk sitevisit pergi Melaka. Logik juga bila prof nakkan kau sama group dengan Qis. Betul tak? Setuju?" Ucap Zafrul.
Raffa mengerling sekilas. "Seriuslah?"
"Aku nak pergi jumpa prof lepas habis kelas. Aku tak setuju," putusnya.
"Eh, mana boleh bro. Setahu aku Prof Rahmat tu tegas. Susah sikit nak berkompromi dengan mana-mana studen." BalasZafrul.
Raffa terdiam.
"Wow, lepas ni diorang selalulah bersama masa pergi Melaka nanti, kan." Alisya menyindir.
Hatinya dipagut cemburu. Sepatutnya dia yang berada di tempat Qistina.
Masing-masing mendiamkan diri sebaik perasan Qistina lalu berhampiran meja mereka.
Qistina buat tak peduli. Terus saja melabuhkan punggung menghadap mereka di meja yang kosong. Beg galas bahunyadiletak di kerusi bersebelahan.
"Hisy, kereknya..." Alisya juih mulut. Memainkan hujung rambutnya dengan jari telunjuk. Dia menjeling Qistina.Kemudian beralih pula memandang Raffa yang bermuka biasa. Dia sememangnya tidak menyukai Qistina.
"Dia selalu aje dekan setiap sem. Sebab baik dengan semua pensyarah. Aku ni tak hairan sangat." Zafrul membalas.Sepasang matanya tepat memandang Alisya.
Alisya gelak.
"Pandai bodek, kan. Itu ke maksud kau? Qis pernah tolak cinta kau, kan?" duga Alisya.
Zafrul berpura-pura biasa. Dia mengerutkan dahi.
YOU ARE READING
BAD CAMPUS LOVE STORY
RomanceA Wattpad Story ˚ ༘♡ ⋆。˚ "Perempuan yang tak reti nak berjalan dengan betul sampai langgar aku semalam, rupanya, satu group dengan aku." -RAFFA "Awak ni menakutkan." -QISTINA Raffa Fathurrahman... Nama Raffa begitu dikenali di fakulti. Agak popular...