SEJAK tadi Alisya menahan gelak. Tak habis lagi dia mengata Qistina yang boleh terlewat ke kelas.
"Tak sangka, kan? Selama hari ni kita semua tertipu dengan Qis. Best studentlah kononnya... Aku tak puas hati betul dengan Dr. Wardah. Dia tak marah pun bila Qis yang lambat. Cuba kalau budak lain? Hisy... tak adil, kan?"
Senyap. Alisya menoleh.
"Eh, yang kau senyap aje ni kenapa?" tanyanya.
Dia kehairanan sebaik melihat Zafrul diam membisu. Langsung tak berkata apa, hanya melihat telefon pintarnya itu. Alisya mengerutkan dahi. Pelik betul.
Selalunya Zafrul dengan perangainya yang gila-gila itu akan turut mengata sama. Ada saja gosip hangat antara mereka. Lebih lagi perihal Qistina. Mereka sama-sama tidak menyukai Qistina. Terutamanya sejak Raffa sama kumpulan dengan Qistina di semester akhir ini. Lagilah sukar Alisya nak menerimanya.
"Zaf, okey tak ni?" tanyanya lagi.
"Aku okey. Kau janganlah risau, hmm?" Zafrul bersuara.
Keluhannya terbit. Sebelah tangannya naik meraup muka. Alisya memerhati dengan raut curiga.
Alisya menggeleng-geleng.
"Tak. Aku tak percaya. Dah berapa hari aku perasan kau macam ni. Kau okey ke dengan Raf? Dah lama aku tak nampak kau orang lepak sama-sama. Kau asyik nak dengan aku aje sekarang," tegurnya.
Zafrul tersentak. Dia berdeham.
"Aku..." dia mencari ayat yang lebih sesuai.
Ah, apakah alasan yang harus diberikan di depan Alisya? Dia tak mahu Alisya mengesyaki sesuatu nanti.
"Okey aje dengan Raf. Cumanya... Aku tengok Raf macam busy aje sejak dua menjak ni." Keluhnya.
"Hmm, yake?"
Zafrul mengalih pandangannya ke tempat lain. Alisha masih tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Sengaja dia malas nak membuka cerita perihal apa yang berlaku di antara mereka dengan Qistina di depan fakulti tempoh hari. Dia berasa curiga dengan Raffa.
Gaya Raffa apabila bersama Qistina... ketika Raffa bertindak banyak kali cuba menghalangnya daripada rapat dengan Qistina... tentang segala-galanya yang berkaitan dengan Raffa dan Qistina, dia nampak di depan mata.
Masakan matanya itu menipu? Tak mungkin. Dia yakin Raffa sebenarnya turut menaruh hati terhadap Qistina. Bukan hanya dia seorang saja yang menyukai Qistina.
Masalahnya mereka berjumpa dalam kelas hari-hari sejak di semester pertama lagi. Mengapa baru sekarang Raffa mahu tunjukkan perasaannya itu terhadap Qistina?
Raffa tidak boleh menafikan sama sekali tindakannya itu. Ya, ianya mungkin berlaku di luar kawalan Raffa. Dia lebih tahu kerana dia sudah mengenali Raffa sejak sekian lamanya.
Belum pernah walau sekalipun, Raffa tunjukkan sifat mengambil beratnya terhadap seorang gadis.
Siap menuduh dia mengganggu Qistina itu apa? Sampai sekarang Zafrul masih susah menerimanya. Dia kini anggap Raffa sebagai pesaing hebat.
Alisya menyiku lengan Zafrul bersama sengihan.
"Kita dah lama tak keluar sama-sama dengan Raf, kan?" ucapnya.
Zafrul menoleh, lalu mengangguk.
"Kenapa tiba-tiba ni?"
"Aku ingat nak ajak kau orang keluar masa weekend nanti. Nak tak? Jomlah lepak minum dekat tempat biasa kita hang out." Ajak Alisya.
Zafrul terdiam sejenak. Seakan memikirkan sesuatu. Dia belum bersedia nak menghadap Raffa buat masa sekarang. Semuanya... gara-gara Qistina punya pasal.
YOU ARE READING
BAD CAMPUS LOVE STORY
RomanceA Wattpad Story ˚ ༘♡ ⋆。˚ "Perempuan yang tak reti nak berjalan dengan betul sampai langgar aku semalam, rupanya, satu group dengan aku." -RAFFA "Awak ni menakutkan." -QISTINA Raffa Fathurrahman... Nama Raffa begitu dikenali di fakulti. Agak popular...