Bab 7

23 6 0
                                    

ALISYA merungut sendirian.

Entah manalah Raffa agaknya? Katanya tadi sekejap saja mahu pergi berjumpa Prof Rahmat. Zafrul siap tolong membelikannya jus tembikai, lalu meletakkan gelas minuman itu di atas meja.

"Mana Raf?" tanya Zafrul.

"Entah, dari tadi tunggu. Tak sampai-sampai lagi." Jawab Alisya.

Zafrul mengerling sekilas. Menarik kerusinya, lalu melabuhkan punggung menghadap Alisya. Telefon pintarnya itu diletak atas meja.

"Sabar ajelah. Dalam kejap lagi sampailah tu agaknya. Minumlah dulu air tu." Pelawanya.

"Hmm. Thanks." Ucap Alisya.

"You're welcome." Zafrul kenyit mata.

"Ada sesuatu yang aku nak tanya. Tapi... Nanti dululah," kata Alisya.

Dia memikirkan perbualan Raffa dengan Zafrul itu. Dia masih tertanya-tanya.

Zafrul memandang muka Alisya.

"Aku tahu... Kau sukakan Raf, kan?" Zafrul menduga.

Alisya tergamam.

Lambat-lambat, dia mengangguk tanpa berselindung apa-apa lagi. Dia pun rapat dengan Zafrul. Nak disorokkan soal hati dan perasaan ini, memanglah payah. Lambat-laun, salah seorang antara mereka pasti boleh menghidu juga.

Mereka bertiga jadi rapat kerana sudah lama berkawan baik sejak dulu lagi. Menyambung pengajian di universiti yang sama. Kedua-dua ibu bapa Alisya berkawan baik dengan orang tua Raffa. Manakala Zafrul baik dengan Raffa ketika mereka masih bersekolah menengah lagi. Kerana hubungan itulah menyebabkan Zafrul dan Alisya turut jadi rapat. Semuanya disebabkan Raffa.

"Ermm... Kau jangan bagi tahu Raf pasal apa yang aku rasa ni tau? Aku tak naklah Raf tahu." Alisya berkata, lalu menyedut minumannya itu dengan straw.

Zafrul menyengih. Dia cuma angkat bahu.

"Fine, tapi... macam mana kalau aku terlepas cakap?"

Alisya menjeling.

"Janganlah macam tu. Please, Zafrul..." Dia separuh merayu.

Zafrul terdiam.

"Okeylah. Aku takkan bagi tahu Raf. Takkanlah aku nak buat macam tu. Kau janganlah risau, hmm?" Dia angkat kening sebelah.

"Trust me, okay?"

Alisya menghela nafas lega. Mujurlah Zafrul okey. Kalau orang lain... jangan haraplah dia mahu percaya.

"Mana kau tahu?" Alisya bertanya.

"Eleh, cara kau tu... Sekali tengok pun aku macam dah boleh agak. Kau dah sukakan Raf. Selalu aje tanya pasal Raf. Lepas tu, kau tak boleh tengok Raf rapat dengan mana-mana perempuan. Betul tak?" Ucap Zafrul penuh yakin.

Alisya jeda.

"Kau pula? Ada minat dengan sesiapa tak?" senyumnya. Sepasang matanya itu mengecil.

"Apa? Aku?" Zafrul buat-buat gelak.

Alisya angguk berkali-kali. Dia menanti dengan rasa tidak sabar.

"Mana ada." Zafrul menafikan.

"Alah, tak payah kelentong akulah. Aku tak percaya. Mesti ada, kan? Aku tengok kau handsomeapa." Alisya juih mulut.

Zafrul ketawa besar.

"Mana lagi handsome? Aku ke... Raf?" dia buat-buat tanya.

Alisya menjeling.

BAD CAMPUS LOVE STORYWhere stories live. Discover now