Bab 23

23 5 0
                                    

PERBUALAN mereka terhenti sebaik Qistina menghampiri. Air muka Qistina biasa-biasa saja. Namun, hatinya itu siapa yang tahu? Tak mungkin dia boleh melupakan kata-kata itu semalam.

Dia pandang muka Raffa pun nak tak nak saja. Ah, dia sudah malas.

"Hai, Qis," tegur Zafrul dengan senyuman.

Qistina balas dengan sekali anggukan. Raffa langsung buat tidak endah. Lagak Raffa yang hanya memeluk tubuh itu dia perhati dengan ekor matanya.

Ada sebab kenapa dia mahu bertemu Raffa. Boleh jadi... ini mungkin yang terakhir. Mereka pun sudah menghabiskan peperiksaan akhir bagi semester ini.

Tinggal projek terakhir saja lagi yang harus mereka selesaikan. Disebabkan itulah, mereka masih perlu berada di kampus sehinggalah ke final presentation.

"Awak sihat?"

"Alhamdulillah, ermm... Awak? Sihat tak?" Qistina tersenyum seraya membalas pandangan Zafrul.

Zafrul terpanar. Mulutnya separa terbuka. Sempat dia menoleh kepada Raffa yang berpura-pura dengan lagak tenang itu sambil terus membetulkan duduknya. Dia yang tadinya menyandar ke kerusi, lalu duduk tegak.

Dia menyengih.

Meraup rambutnya itu ke belakang dengan hanya sebelah tangan. seakan sukar mahu percaya saja. belum pernah lagi Qistina bertanyakan dirinya. Siap bertanya khabar lagi. Tidak berkelip dia memerhati senyuman yang cukup manis itu.

"Err... sihat. Macam yang awak tengok saya sekarang... Eh, Qis. Buat apa berdiri? Duduklah lepak minum-minum sekali. Saya belanja awak. Nak?" beria-ia Zafrul mempelawa.

"Sekali-sekala apa salahnya, kan?"

Raffa menjeling. Dia mendengus.

Namun, Zafrul buat tidak peduli, terus bangun dari kerusinya dan menarik kerusi yang kosong bersebelahannya itu.

Zafrul kenyit mata kanan kepada Qistina sampaikan tersipu-sipu Qistina dibuatnya.

Raffa memerhati gaya mereka dalam diam tak diam.

"Alah, kau tak payahlah nak pelawa dia, Zafrul. Buang masa aje." Katanya dengan kerlingan sekilas.

Rautnya cukup sinis. Masih tidak memandang muka Qistina yang berubah.

Benar-benar menyentap tangkai hati Qistina.

Jika tidak difikirkan ada hal mustahak dia perlu cakap, tak mungkin dia berada di samping mereka. Apatah lagi hendak pandang muka Raffa.

Kalau Raffa boleh bersikap selamba dengan buat dia begitu, dia pula?

Apa? Raffa fikir dia sama seperti perempuan lain yang Raffa kenali? Tidak kuasa dia hendak terhegeh-hegeh dengan lelaki berlagak seperti Raffa.

Dia sudah nekad. Dia harus melupakan Raffa... membuang segala kenangan mereka itu jauh-jauh daripada fikirannya.

"Biarlah, bro. Kau tak suka... pergilah jauh-jauh. Dah, tak payah duduk sini. Biarkan aku nak berdating dengan Qis." Zafrul berkata selamba.

Raffa tersentak.

Qistina melirik dengan senyuman.

Raffa perasan dengan lirikan itu, lalu buat-buat tak nampak. Ekor matanya tertancap kepada wajah polos itu. Genggaman sebelah tangannya di bawah meja itu erat tanpa sedar.

Qistina segera melarikan pandangannya sebaik ditenung Zafrul. Sebaliknya, dia melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan Zafrul.

Raffa bengang.

BAD CAMPUS LOVE STORYWhere stories live. Discover now