Bab 10

17 5 0
                                    

"RAF?" tegur seseorang.

Raffa menoleh.

Agak terkejut sebaik menyedari kehadiran wanita itu. Di sisi wanita itu ada seorang lelaki yang berpakaian kemas dengan gaya korporat.

Berubah mukanya.

Qistina turut memandang wanita yang begitu anggun bergaya sedang tercegat di depan mereka. Dia tertanya-tanya.

Mahu bertanya kepada Raffa, dia lihat Raffa macam tidak suka dengan kehadiran wanita tersebut. Begitu juga lelaki yang langsung tidak dikenali itu.

"Eh, Raf buat apa dekat sini?" Senyum wanita itu sambil membetulkan rambut beralunnya yang panjang paras bahu itu. Lembut gaya percakapannya.

Haruman pewanginya bagaikan membuai diri Qistina yang begitu leka memandang. Wanita itu sangat cantik. Berkulit putih licin tanpa langsung ada kedut. Masih kelihatan muda dan bijak bergaya. Blaus merah hati yang digayakan oleh wanita itu dipadankan pula dengan tas tangan kulit.

Qistina memerhati dengan rasa penuh kagum. Berlainan pula dengan Raffa ketika ini.

Raffa benar-benar tidak boleh menerima kehadiran mereka yang langsung tidak diinginkannya. Penumbuknya dikepal.

Raffa memaling muka ke tempat lain bersama rengusan kasar. Rautnya tegang.

"Raf..." Wanita itu bersuara seraya mengangkat kedua-dua keningnya. Lengan Raffa disentuh.

Raffa hanya membiarkan tanpa langsung membalas pandangan mereka.

"Mama." Perlahan nadanya.

Qistina tersentak.

Rupanya itu mama Raffa. Dia sama sekali tidak menyangka... seakan sukar nak percaya. Serupa adik dengan kakak saja. Mudanya mama Raffa.

Mama Raffa tersenyum seraya mengalih pandangan kepada lelaki di sebelahnya.

"Rasanya you belum proper kenal lagi dengan anak I ni, kan? You boleh panggil dia, Raf." Senyum Puan Adelia.

Hati Raffa bengkak. Dia melirik sekilas.

"Oh, inilah dia Raf yang you selalu cerita tu ya? Wah, handsomenya. Ada iras muka youlah, Lia. Ini mesti mengikut mama dia, kan." Dato' Izham membalas ramah.

"Ha'ah, I ada beritahu you, kan." Puan Adelia gelak seraya menampar lembut lengan Dato' Izham sambil tajam diperhati Raffa.

"Yang anak sulung you tu?" tanya Dato' Izham.

"Tasha." Puan Adelia mengangkat kening sebelah.

"Ya, ya... I ingat lagi. Tasha namanya. Dia dah kahwin, kan?"

Puan Adelia mengiakan. Mereka berbalas senyuman mesra.

Meluat Raffa melihat gelagat mereka. Puan Adelia beralih memandang Raffa yang langsung tak bersuara. Dia senyum kekok. Memahami cara pandangan anaknya itu.

"Raf, ini mama nak kenalkan dengan Raf. Ermm... kawan mama. Kami baru aje kenal. Boleh panggil, Uncle Iz."

"Hai, Raf. Selamat berkenalan." Ucap Dato' Izham seraya menghulurkan tangannya itu.

Raffa hanya memandang huluran itu tanpa bersambut.

Dia semakin panas hati. Merasakan mamanya itu seperti tengah mempermainkan perasaannya sebagai anak ketika itu. Ini semua ibarat mimpi buruk buatnya.

Tidak habis lagi pasal hal kedua-dua orang tuanya yang baru lepas bercerai. Ketika dia tengah sibuk menghadapi peperiksaan akhir di semester lepas. Dia sampai hilang fokus. Terus hilang minatnya nak belajar.

BAD CAMPUS LOVE STORYWhere stories live. Discover now