RAFFA memeluk tubuh seraya menyandar pada rak buku. Dia memerhati gelagat Qistina dengan raut biasa.
Qistina terpaksa membiarkan. Dia sudah cakap tadi. Meminta supaya Raffa menunggu saja di meja. Atau pun, mencari sendiri buku yang mahu dijadikan rujukan nanti. Pelajar tidaklah begitu ramai ketika ini.
Memudahkan mereka untuk mencari bahan rujukan tanpa perlu bersesak sangat. Kalau tengah musim peperiksaan? Lagilah penuh gamaknya.
Qistina menjeling. Raffa buat tak tahu saja. Terus-terusan mengekorinya sampai ke sudut paling hujung di perpustakaan itu.
"Kau ada tak puas hati dengan aku ke? Yang masa kita keluar sama-sama tu?" soal Raffa.
"Tak puas hati? Apa maksud awak?" dia bertanya. Agak hairan dengan pertanyaan itu.
Raffa menghembus nafas seraya memerhati ke sekeliling mereka. Barulah dia bersuara.
"Yalah. Kutlah kau ada pendam sesuatu..." Dia lirik sekilas.
Qistina tersenyum kecil.
"Sekarang, saya pula nak tanya. Kenapa awak tiba-tiba aje macam nak ambil berat ni?" Kening sebelahnya diangkat.
Raffa tergamam. Terus menjatuhkan kedua-dua tangannya itu. Sepasang matanya memandang Qistina dengan panahan tajam.
"Nak kenakan aku balik ke?" duganya.
Qistina ketawa kecil. "Taklah."
Tanpa disedari, hujung bibir Raffa terlukis senyuman. Dia menjeling dengan ekor mata. "Qis..."
Qistina berpusing, lalu tergamam sebaik melihat Raffa menapak perlahan-lahan. Mahu mendekatinya.
Dia terpaku.
"Kau boleh janji sesuatu tak dengan aku?" Raffa bernada serius. Sepasang matanya itu tepat memandang Qistina.
Raffa meletakkan kedua-dua tangannya itu ke rak yang berkedudukan agak tinggi sedikit dari paras ketinggian Qistina. Manakala Qistina pula berdiri di tengah-tengahnya.
Qistina mendongak pandang. Dia membiarkan pandangan itu tertancap lama ke mukanya.
Masing-masing saling bertatapan.
Qistina berusaha menepis debaran kuat yang dia rasai sekarang. Terasa mahu saja dia lari sejauh mungkin... Namun, situasi itu tidak memungkinkan dia untuk lari. Apatah lagi menjauhkan diri daripada Raffa. Raffa semakin sukar dijangka setiap perlakuannya itu.
"Raf, awak berdiri rapat sangat." Tegurnya. Dia buat-buat tak nampak senyuman itu.
Dia jadi risau. Raffa tidak perasan ke yang perbuatan mereka sekarang boleh mengundang curiga buat sesiapa saja yang melihat? Buatnya ada yang lalu-lalang nanti bagaimana? Beginikah social life Raffa? Sangatlah open baginya...
Sedangkan dia tidak pula begitu. Raffa buat tak endah.
"Aku cuma nak dengar... Kau setuju ke tak, janji sesuatu dengan aku." Raffa berbisik rapat di telinga Qistina.
Qistina menghembus nafas. Genggaman sebelah tangannya dieratkan.
"Ja... Janji apa?" Qistina bertanya gugup. Memaling wajahnya ke sudut lain.
Raffa pamer senyuman.
"Jangan cuba nak beritahu pada sesiapa pun... tentang mama aku. Tentang segalanya yang kau tahu. Kalau aku dapat tahu yang kau cuba nak bongkar rahsia aku, aku takkan sesekali lepaskan kau. Faham?" Raffa menggertak.
Qistina bagai hilang kata-kata. Namun, dia angguk juga. Cukup jelas ayat yang keluar dari mulut Raffa.
Raffa senyum puas hati. "Good girl."

YOU ARE READING
BAD CAMPUS LOVE STORY
RomanceA Wattpad Story ˚ ༘♡ ⋆。˚ "Perempuan yang tak reti nak berjalan dengan betul sampai langgar aku semalam, rupanya, satu group dengan aku." -RAFFA "Awak ni menakutkan." -QISTINA Raffa Fathurrahman... Nama Raffa begitu dikenali di fakulti. Agak popular...