Bab 14

18 6 0
                                    

SELURUH tetamu yang hadir telah pun menyaksikan upacara persandingan di antara pasangan mempelai itu. Majlis resepsi itu diraikan dengan cukup meriah dan besar-besaran.

Perlahan-lahan, dia menapak kepada jendela. Menghampiri isterinya yang berdiri di situ sambil tengah memerhati pemandangan di luar bilik tidur mereka dengan senyuman. Di luar malam begitu pekat.

Namun, mereka masih belum lagi melelapkan mata.

Seluruh tubuh isterinya direnung. Segenap inci. Tak lepas sepasang matanya memandang wanita cantik yang kini sudah sah menjadi miliknya beberapa jam yang lalu. Seakan sukar dia nak percaya.

Terasa bagaikan mimpi yang mereka sudah selamat diijab kabulkan. Impian untuk hidup bersama hingga ke akhirnya, tercapai jua. Sedangkan terlalu banyak halangan yang mereka terpaksa lalui dalam perhubungan.

Menyebabkan dia kadangkala memikirkan yang ianya adalah mustahil... mustahil baginya memiliki Qistina.

Dia kian mendekati, selangkah demi selangkah.

Pandangannya tertancap kepada pemain piring hitam di meja, lalu memasangkan ia... memainkan irama lagu berentak romantis. Menaikkan lagi mood yang hangat itu. Sungguh! Malam ini cukup istimewa buat mereka.

Qistina tersenyum sebaik menyedari pelukan erat dan hangat yang melingkari pinggangnya yang ramping itu. Dia membiarkan saja walaupun debarannya itu kuat. Rambut ikalnya yang panjang melepasi bahu itu dialih oleh Raffa ke belakang dengan lembut.

Agak lama mereka berkeadaan begitu sambil Raffa terus terbuai dek harumnya wangian syampu dari rambut Qistina. Sesekali, dia mencium rambut isterinya dengan mata yang terpejam sejenak seraya mengemaskan lagi pelukan.

"Apa yang sayang tengah fikirkan tu?" tanya Raffa senafas sambil membelai rambut isterinya.

Hembusan nafas itu cukup hangat seakan membelai pipi kanan Qistina. Membiarkan jari-jemari mereka bertaut.

"Tengok pemandangan dekat luar ni, abang. Takde fikir apa pun." Jawabnya malu-malu.

Raffa melebarkan senyuman, merapatkan muka ke telinga isterinya.

"Bukan sebab fikirkan abang?" duganya.

Qistina menunduk. Raffa memaut dagu itu, mengangkatnya perlahan-lahan agar pandangan mereka saling bertemu. Dia tidak puas memandang isterinya.

"Betul tak? Sayang fikirkan pasal... kita... Pasal abang..." Raffa meleretkan ayat.

"Me too, honey. Abang pun fikirkan pasal sayang setiap masa. Lebih lagi malam ni... Malam kita, kan sayang?" Dia berbisik sambil memainkan jari-jemari runcing itu dengan jari-jemari kasarnya.

Muka Qistina panas membahang. Bibir bawahnya diketap.

"Abang," dia lemparkan jelingan manja.

"Salah ke apa abang teka?" Raffa gelak nakal, lalu mengucup pipi isterinya.

"Betul ke abang selalu fikir pasal sayang?" Qistina mengerling.

"Hmm..." Raffa pegang dagunya, buat-buat berfikir. Dia senyum nakal.

"Memang ya pun. Dan... abang dah tak sabar-sabar lagi nak jadikan sayang milik abang sepenuhnya. Abang juga nak sayang memiliki abang. You're my honey." Bisiknya.

Qistina bagai hilang kata-kata. Kata-kata romantis itu membuatkan dia makin malu hendak menatap muka Raffa.

Tak pernah dia menyangka Raffa boleh bertukar menjadi seromantis ini dalam sekelip mata sebaik mereka mendirikan rumah tangga. Selama ini Raffa tidak pernah pun begini... setakat yang dia kenali Raffa. Sejak mereka masih lagi bergelar pelajar. Sehinggalah masing-masing semakin meningkat dewasa.

BAD CAMPUS LOVE STORYWhere stories live. Discover now