"TAK mahal ke makan dekat sini?" Qistina menoleh.
Mereka sudah pun menghabiskan hidangan masing-masing. Raffa mengangkat kedua-dua bahunya tanpa berkata apa. Baginya dia sudah terbiasa makan di tempat sebegini.
Raffa meletakkan sudu dan garfu ke pinggan yang sudah kosong. Terasa kenyang betul perutnya.
"Kau rasa?" tanyanya.
"Mahal juga bila tengok harga makanan dekat sini, kan? First time saya makan dekat sini."
Qistina meluahkan. Dia memandang ke segenap restoran itu. Pelanggan pun boleh tahan ramai juga.
"Really?" Raffa menganggap ia biasa-biasa saja. Biasalah, kafe hipster. Apa yang mahalnya?
Qistina belum lihat lagi setiap kali dia keluar makan berdua dengan kakaknya. Mahu terbeliak mata Qistina agaknya. Kakaknya itu jenis yang high taste berbanding dirinya.
Tak pun setiap kali papanya itu mempelawa mereka sekeluarga makan di luar. Selalunya di hotel mewah bertaraf lebih dari lima bintang. Belum kira lagi percutian mereka di luar negara. Tak usah cakaplah makan mereka itu bagaimana?
Mamanya tidak memasak. Di rumah pula, lebih mengharapkan orang gaji yang tolong sediakan hidangan untuk mereka.
Tapi, Raffa malas hendak bercerita sangat. Untuk apa? Dia tidak berapa suka bercerita tentang gaya hidup mewah keluarganya itu kepada orang lain. Biarlah orang itu ada kaitan rapat sekalipun dengannya.
Dia tidak seperti Zafrul. Zafrul itu lainlah. Lebih suka berkongsi cerita dengan sesiapa pun yang Zafrul suka.
Sebab itulah semasa Qistina mengatakan yang gadis itu cuma makan megi, dia seperti susah nak terima. Takkanlah hari-hari Qistina makan megi? Kurang nutrisi.
Bagaimana Qistina pergi ke kelas dengan sanggup berikat perut? Patutlah dia lihat badan Qistina kurus saja. Kecil molek orangnya.
Terasa mahu saja Raffa bertanya. Tetapi... tidak terluah. Dia akhirnya membiarkan persoalan itu begitu saja.
Raffa memandang Qistina yang tengah mengeluarkan dompet dari dalam tote bagnya itu.
"Nak buat apa?" dia bertanya bersama kerutan di dahinya.
"Ermm... Nak pergi bayarlah. Nak buat apa lagi?" balas Qistina.
"Tak payah." Raffa menahan.
Qistina serba salah. "Ermm... Raf. Takkanlah awak nak belanja semua ni?"
Banyaknya duit Raffa? Nak dibandingkan dengan dia. Hatinya tertanya-tanya. Malas hendak bertanya siapa sebenarnya keluarga Raffa. Dia menyimpan semula dompetnya itu. Lambat-lambat, dia membuka mulut.
"Terima kasih." Ucapnya.
"Hmm."
"Itu... Kereta awak ke?" Qistina ingin tahu.
"Yup."
"Oh..."
"Kau macam nak cakap sesuatu aje." Kata Raffa. Macamlah dia tak perasan. Qistina seperti teragak-agak.
"Ermm... Takde apalah." Geleng Qistina.
"Cakap ajelah." Raffa mendesak.
"Cantik..."
Raffa mengerutkan dahi. "Apa yang cantik?"
"Kereta awak."
Qistina memandang Raffa yang tersenyum lebar. Dia balas dengan jelingan.
"Salah ke soalan saya?"
"Taklah. Aku rasa, kau nak tanya benda lain. Kan?"
Qistina tergamam. Macam tahu-tahu saja.
YOU ARE READING
BAD CAMPUS LOVE STORY
RomanceA Wattpad Story ˚ ༘♡ ⋆。˚ "Perempuan yang tak reti nak berjalan dengan betul sampai langgar aku semalam, rupanya, satu group dengan aku." -RAFFA "Awak ni menakutkan." -QISTINA Raffa Fathurrahman... Nama Raffa begitu dikenali di fakulti. Agak popular...