"QIS, boleh tolong tak? Nak tanya awaklah." Zafrul menegur dengan sengihan.
Dia lihat Qistina baru tiba ke kelas. Terus dia mengambil peluang yang ada.
Qistina menghentikan langkah. Dia memusingkan badan, lalu menghadap Zafrul. Dia mengerutkan dahi. Seakan sukar mahu percaya.
Biar betul? Zafrul benar-benar menegurnya di depan rakan sekelas mereka. Tidak lagi seperti sebelumnya. Hanya berpura-pura di depan orang lain.
Nampaknya kali ini, Zafrul benar-benar ikhlas. Qistina membiarkan Zafrul mendekatinya.
"Ermm... Zafrul." Dia cuba bersuara seraya memerhati ke sekelilingnya.
Zafrul tersenyum. Memahami maksud pandangan itu.
"Kan saya dah beritahu awak sebelum ni. Yang saya akan tegur awak macam biasa di depan kawan-kawan kita. Saya dah tak kira. Orang lain nak cakap tu... terpulanglah. Mulut masing-masing, kan. Bukannya boleh ditutup. Ye tak?"
Sepasang matanya tepat memandang Qistina yang kelihatan ayu berbaju kurung moden berwarna biru laut. Bertudung pula dengan warna sedondon. Zafrul merasakan debaran itu. Tak lekang dia memerhati.
Qistina terdiam.
Raffa yang perasan dengan gelagat mereka itu terus saja menghampiri. Dia kebetulan lalu di situ.
Dia juga baru tiba tadi. Matanya beralih memandang Zafrul. Bersilih ganti dengan Qistina.
Dia mendekati. Perbualan Zafrul dan Qistina terhenti. Raffa menepuk bahu Zafrul dengan lagak biasa seraya mengerling sekilas.
"Qis, nanti kita sambung discuss dalam kejap lagi," ucapnya.
Qistina tersentak sebaik terdengar suara Raffa. Cukup jelas di deria pendengarannya. Matanya berlaga dengan sepasang anak mata hitam pekat milik Raffa. Cepat-cepat Qistina melarikan pandangannya ke tempat lain.
"Bukan ke awak kata petang sikit? Baru nak buat discussion tu?" Qistina pelik.
"Aku okey aje. Malas nak tangguh lagi." Raffa membalas.
Dia berpusing, lalu memandang Zafrul. Menjongket kening sebelah.
"Kau apahal bro?" Raffa sengaja bertanya.
Zafrul kelihatan teragak-agak, memegang belakang lehernya itu. Membiarkan saja pautan kemas di bahunya.
"Err... Aku..." Zafrul terus hilang kata-kata sebaik Raffa turut ada di samping mereka. Habis berterabur segala ayat manisnya yang dia sibuk merangka dalam fikirannya tadi.
Mahu dia ucapkan sebaik berdepan dengan Qistina.
Dia memandang muka Qistina.
"Nak minta tolong dengan Qis." Sambungnya.
Zafrul menjeling Raffa yang berdiri di sebelahnya dengan ekor mata.
Raffa berlagak biasa.
"Tolong apa?"
"Adalah bro..."
Raffa terdiam.
"Boleh aje kalau nak saya tolong awak. Awak nak tanya pasal apa?" Qistina tiba-tiba bersuara.
Giliran dia pula yang menjadi perhatian mereka.
Qistina bermuka selamba. Malas dia hendak berlama-lama. Dia tidak suka menjadi perhatian mereka.
Beberapa pasang mata turut memerhati gelagat mereka ketika itu. Qistina pula berdiri di tengah-tengah antara dua jejaka kacak itu.
Dia benar-benar tidak selesa.
YOU ARE READING
BAD CAMPUS LOVE STORY
RomanceA Wattpad Story ˚ ༘♡ ⋆。˚ "Perempuan yang tak reti nak berjalan dengan betul sampai langgar aku semalam, rupanya, satu group dengan aku." -RAFFA "Awak ni menakutkan." -QISTINA Raffa Fathurrahman... Nama Raffa begitu dikenali di fakulti. Agak popular...