Bab 3

2.5K 82 4
                                    

"Cikgu nak kamu duduk dalam kumpulan mentor mentee masing2. Ini senarai pelajar 5A untuk mentor mentee. Sape nak tengok boleh datang ke depan." Cikgu Hamidah selaku cikgu matematik aku mengarahkan semua budak kelas aku duduk dalam bentuk kumpulan. Ni mesti nak buat soalan past year ni.

Budak kelas aku time tu semua duk kerumun meja cikgu nak tengok list nama. Aku cam biasa ah tunggu orang semua tengok dulu baru aku nak gi tengok.

"Yeayyy! Mentor aku Aiman! Aimann!" Khairi yang duduk depan meja cikgu duk lambai2 tangan kat aku. Hadehh.. apa yang kau gembira sangat bro?

"Baiklahh semua! Sila duduk dalam bentuk kumpulan masing2." Arah Cikgu Hamidah. Aku pulak pelan2 bawak buku math aku gi depan kat tempat duduk Khairi. Khairi tak habis2 dengan tangannya yang duk atas dari tadi. Dahlah tu weh. Malu aku.

Aku duduk depan Khairi dan sebelah dia pulak ada Zul. Jadi mentee aku sekarang Khairi dengan Zul. Sebenarnya kan... Hehehe... Aku pernah suka Zul dulu time form 4. Sebab dia handsome hahaha. Muka dia ada iras macam orang arab gituu. Muka macam tu aku suka ah hahahaha.. Lama2 aku tenung muka Zul nanti silap haribulan berdarah hidung aku.

"Semua mentor sila datang ke depan ambik soalan past year. Buat bersama dengan mentee masing2 ye."

Aku dengar je arahan Cikgu Hamidah, aku terus bangun untuk dapatkan set soalan past year. Aku kemudian kembali ke tempat duduk.

10 minit berlalu, memang Zul dan Khairi tak cakap pape. Dorang tengah tekun jawab soalan. Lagi2 Khairi, bersungguh gila dia jawab soalan. Kalau boleh mata tu melekat terus kat atas meja. Sebelum ni dalam kelas takde pun bersungguh macam ni.

"Aiman, soalan nombor 3 tu macam mana nak buat?" Khairi tiba2 tanya soalan kat aku. Jari telunjuk dia duk tekan2 pada kertas soalan.

"Jawapan dia 3/4." Jawab aku.

"Aduh Aiman. Aku tanya macam mana nak buat. Bukan jawapan." Khairi tengok aku. Please jangan tengok aku camtu do Khairi. Macam nak makan aku je.

"Ohh..." Aku garu kepala macam mana eh nak explain? Aku jarang sia bergaul dengan orang ni.

"HAHAHAHA!" Aku pandang Zul. Asal mamat ni duk gelak? Kelakar ke?

"Asal kau gelak?" Tanya Khairi.

"Kelakar tengok korang dua." Kata Zul. Hadeh dia gelak pun handsome si Zul ni.

"Tang mana yang kelakar?" Khairi tanya lagi. Aku memang senyap je ah. Malas nak cakap pape.

"Kelakar tengok orang extrovert cakap dengan introvert. Korang boleh jadi kawan baik lepas ni." Kata Zul. Aku pandang Khairi. Khairi pandang aku. Takde kesudahan lah jawabnya kalau duk pandang2 camtu.

"Extrovert? Introvert? Apa tu?" Tanya Khairi.

"Kau gi masuk balik tadika. Benda gitu pun tak tahu." Kata Zul. Aku dah hampir tergelak dah.

"Lahh bagitahu lah apa benda tu."

"Aku bagi contoh paling simple ah. Aiman ni introvert. Kau pulak extrovert." Explain Zul. Jari telunjuknya menunjuk ke arah aku dan Khairi.

"Ohhhhhhh...." Khairi pandang aku kemudian dia senyum. Tak lenguh ke senyum do? Dia senyum macam dalam citer 'it'... Seram gak kekadang

"Nak study ke tak ni?" Aku yang lama diam akhirnya tanya dengan tegas. Rimas gak aku kalau dorang ni banyak borak dari belajar.

"Tengok tu cikgu dah marah." Khairi menyiku tangan Zul yang ada kat sebelah.

"Maafkan saya cikgu." Zul menundukkan kepala dia ke arah aku. Aku dalam hati dah tergelak dah. Kelakar diorang ni. Mungkin macam ni kot rasa bila ada kawan pastu duk borak2. Takdelah sunyi hidup kalau camni hari2. Tapi ada ke nak kawan dengan aku?

"Eh nak tak petang ni kita study math sama2?" Khairi mengemukakan idea. Dia pandang aku.

"Boleh je. Nak study kat mana?" Tanya aku.

"Kat rumah kau."

Aku terdiam sekejap. Bila difikirkan balik. Bernas jugak idea tu. At least boleh menceriakan rumah aku yang sunyi tu.

"Ikut je." Kata aku simple.

"Yeayy! Jom Zul!" Ajak Khairi.

"Aku takleh. Aku nak kena tolong mak aku kat gerai." Jawab Zul. Nampak muka kesal dia.

"Kalau camtu aku dengan Aiman jelah ni?" Khairi pandang aku dengan mata berkilau dia tu. Aku akhirnya mengangguk tanda setuju.

Kelas dengan Cikgu Hamidah pada harini merupakan waktu yang last. Jadi semua pelajar akan balik. Harini aku rasa cam tak selesa sikit sebab Khairi duk ikut aku dari belakang. Memang kitorang janji nak study sama2. Tapi aku ni tak biasa. Aku tak pernah bawak balik sesiapa kat rumah aku.

"Aku takde extra helmet." Kata aku sambil kaki aku sibuk hidupkan enjin motor. Aku tahu Khairi hari2 pergi dan balik sekolah jalan kaki. Sebab tu aku cam takpe je kalau dia naik motor dengan aku. Kesian juga dengan dia kadang2.

"Takpe jeee..." Kata Khairi senyum. Dia kemudian memegang bahu aku. Aku jadi kaget. Khairi kemudian memaut kedua belah bahu aku untuk naik di atas motor di belakang aku.

Aku yang malas buang masa terus pulas pemegang motor lalu pergi meninggalkan kawasan sekolah. Tengah syok aku bawak motor si Khairi ni pulak duk peluk aku dari belakang. Kenapa ek? Kalau membonceng memang kena peluk orang ke? Dia siap letak dagu dia kat bahu kanan aku lagi. Amboi kau. Eksiden nanti salah kau.

"Kau ni dah kenapa duk peluk?" Tanya aku. Aku pandang muka dia kat side mirror.

"Saje. Aku memang suka peluk."

Lantak kau ah Khairi nak buat apa. Sampai je kat rumah aku, aku ngan Khairi turun dari motor. Aku ambil kunci rumah dari beg sekolah aku lalu bukak pintu rumah.

"Masuk." Arah aku. Gelap rumah aku. Takde orang biasalah.

"Gila bapak besar rumah kau!" Khairi teruja. Dia pandang atas. Sampai kepala tu nak tercabut ke belakang.

"Masuklah dulu."

"Parents kau takde ke?" Tanya Khairi saat dia masuk ke dalam rumah aku. Aku pulak duk sibuk bukak segala tingkap yang ada.

"Takde."

"Ohh.." Khairi masih dongak ke atas tengok sekeliling rumah. Dia kemudian letak beg dia di tepi sofa.

"Kau nak minum air apa?" Tanya aku.

"Air love you ada tak?" Khairi tersengih2. Maaf bro pickup line kau tak jadi.

"Takde."

"Nak gurau sikit pun takleh." Khairi duduk di atas sofa. Mulut dia dimuncungkan. Kalau nak sangkut hanger boleh ah tu.

"Aku buat jelah air pape eh." Kata aku lalu pergi ke dapur.

"Okay!" Khairi nampak gembira.

Beberapa minit kemudian aku kembali dengan air sunquick dan biskut.

"Nak study yang mana?" Tanya aku lalu duduk berhadapan Khairi. Aku buka beg sekolah aku lalu mengeluarkan pensel box aku.

"Aku ingat nak sambung buat soalan tadi."

"Okay."

SUNYIWhere stories live. Discover now