Aku tersedar dari tidur yang lena. Kepala masih berpusing. Kebiasaannya kalau hujung minggu memang aku sambung tido sampai ke tengah hari. Tapi sebab aku rasa sebelah aku macam kosong je sedangkan semalam tak rasa kosong macam ni pun. Aku bangun pastu menggeliat. Pastu aku baring balik.
Mana si Khairi ni pergi? Dia dah balik ke? Aku tengok jam kat phone aku. Baru kul 8 pagi. Si Khairi ni jenis morning person rupanya. Aku ni kalau dah duk sorang kat rumah pastu campur cuti lagi memang keje aku tido je. Breakfast pun aku skip.
Aku nak sambung tido senanya tapi bila tengok cermin mata Khairi ada kat sebelah bantal aku buatkan aku bangun balik. Memang kerja dia ni suka tinggalkan cermin mata dia eh? Kenapa benda ni boleh mengganggu aku pulak? Aku ambik cermin mata Khairi kemudian aku turun niat nak cari Khairi takut ada kat bawah ke.
Aku tengok kat bawah kosong dan mata aku tertacap pada sebungkus makanan yang berada di atas meja dapur. Aku menghampiri meja lalu melihat sekeping kertas surat khabar yang telah dikoyakkan menjadi serpihan yang kecil. Aku ambil pastu nampak ada tulisan kat kertas tu.
'Terima kasih bagi aku tumpang tido semalam. Ini sebagai tanda terima kasih aku kat kau.'
Aku senyum. Eh? Dah kenapa aku senyum pulak? Aku duduk di meja lalu aku tenung cermin mata milik Khairi pada tangan kiri aku.
Aku baru teringat yang aku tak pernah ada nombor telefon si Khairi. Mamat ni duk tinggalkan barang dia kat sini. Kan mudah kalau ada nombor dia boleh aku contact bagitahu.
Pada pagi isnin, aku pergi ke kelas seperti biasa. Dari pintu pagar sekolah lagi aku duk dengar suara Khairi. Bunyi macam makcik bawang tengah mengumpat. Popek popek! Sakit kepala aku dengar.
"Aiman!" Tiber Zul tegur aku. Haish, ape ni crush duk tegur. Malu do. Dup dap dup dap rasanya.
"Y...ye?"
"Kau gamer rupanya!" Zul berlari mendekati aku. Macam mana pulak dia boleh tahu ni?
"Ma..macam mane..."
"Khairi bagitahu aku yang bilik kau ada pc pastu banyaklah peralatan untuk gamer. Pastu dia bagitahu bilik kau penuh dengan poster anime." Kata Zul nampak macam teruja je. Si Khairi bagitahu rupanya. Jenis tak pandai nak simpan rahsia. Suka cerita kat orang.
"Oh haha.." Aku gelak paksa.
"Petang nanti nak lepak ngan aku tak? Kita mabar sama2." Ajak Zul sambil dia duk tunjuk2 pada permukaan fon dia isyarat untuk bermain game bersama dengan dia nanti.
Aku diam. Kalau lepak ngan Zul mesti ada member dia sekali. Tak selesa aku. Tapi....
Ni first time Zul ajak aku lepak. Bukan selalu crush ajak lepak ni. Sekali je takpe kan?
"Nak ikut jugak!" Khairi mengampuk perbualan aku dengan Zul.
"Boleh. Marilah.." Zul tersengih.
"Tapi aku tak main game lah. Tak reti" Khairi garu kepala.
"Lah... Kitorang lepak sebab nak main game je."
"Lah yeke? Takpelah." Khairi bla. Nampak cam merajuk je.
"Macam mana Aiman? Jom arr lepak. Lagipun kitorang selalu main tak cukup sorang player." Zul memaut bahu aku dari sisi. Astaga lemah lutut aku.
"Err... Aku ikut je memane."
"Nice."
Aku berjalan menuju ke meja Khairi lalu aku meletakkan cermin mata dia di atas meja. Aku pandang kiri kanan, tadi nampak kelibat Khairi. Ni takde pulak. Dia merajuk sampai menangis dalam tandas ke? Malas aku fikir pasal dia buat apa. Aku pergi ke meja belajar aku.
Seperti yang dijanjikan, habis je waktu kelas, aku jalan kaki ke luar pagar sekolah. Zul selalu lepak kat kedai berdekatan sekolah. Kat situ biasa tempat pakcik2 minum kopi. Kalau belah petang jadi tempat budak2 muda gi lepak.
"Aiman!"
Aku berpaling ke belakang. Aku nampak si Khairi macam tengah berlari ke arah aku sambil duk pikul beg galasnya. Aku pandang dia dari jauh. Membuatkan aku teringat tempoh hari. Hari dimana Khairi tumpang tido kat rumah aku. Macam2 jadi antara aku dengan dia. Tapi boleh pulak Khairi ni tegur aku macam takde pape yang jadi.
"Hoi Aiman! Sini sini!"
Aku berpaling ke arah kiri aku. Aku nampak kelibat Zul kat kedai tepi sekolah dengan geng dia. Aku berpaling ke depan semula memandang Khairi yang tengah berjalan laju ke arah aku. Dan kemudian aku berjalan laju menuju ke arah Zul.
Aku akhirnya berhenti dan aku berpaling ke belakang. Nak tengok Khairi ikut aku lagi tak? Khairi berdiri lebih kurang 5 kaki di belakang aku.
"Kau kenapa ha ignore aku?" Tanya Khairi. Aku tersentak, dia macam nak marah aku je.
"Ma..mana ada aku ignore."
"Dahtu? Dari pagi tadi lagi aku tegur, kau buat bodo. Time kelas aku tanya pasal belajar kau cakap kau tak tahu. Kalau sebab haritu, aku minta maaf. Tapi kau nampak macam suka je aku ciu..."
"Hoi hoi! Kau jangan cakap kat sini lah!" Secara automatik tangan aku mencengkam mulut Khairi yang celupar tu.
"Betul! Malam tu kau nampak cam suka aku cium kau.. Hmpp!" Khairi bergelut dengan aku. Dia duk tepis2 tangan aku yang tengah tutup mulut dia.
"Diamlah bodo!" Bisik aku pada Khairi.
"Ape ni main pegang2 mulut. Nak cium ke?" Tanya Khairi. Eh shibal lah Khairi ni. Kalau orang dengar kan mesti dorang pandang pelik.
"Shhh!"
"Korang dua gaduh ke?" Zul bangun dari meja lalu mendekati kami. Mesti niat dia nak try leraikan kami sebab maybe dia ingat kitorang gaduh betul2 kot.
"Tak gaduh pun." Khairi tersengih. Dia membetulkan tali lehernya akibat aku tarik kuat sebentar tadi.
"Aiman meh lah main. Kitorang tunggu kau ni." Ajak Zul. Dia tarik kerusi di sebelah dia. Aku pulak cam malu2 nak duduk sebelah dia dengan member dia yang lain duk tengok.
"Hm okay." Aku duduk. Aku keluarkan iphone 15 aku.
"Nak tengok kau main." Khairi yang cuba nak menepel dengan aku duk jenguk2 fon aku. Nak tengok aku main apa.
Sepanjang kitorang main game, memang si Khairi ni duk clingy ngan aku dari tadi. Dia tengok aku main dari tadi sampai tengkuk dia senget 90 darjah. Rimas pun ada aku dengan dia ni. Banyak kali gak la aku tolak kepala dia. Takleh fokus aku nak main. Si Khairi ni macam boyfriend yang nakkan attention dari aku.
Pastu ada jugak dia duk tanya main game apa. Macam mana nak main. Kekadang puji aku main hebat. Masalahnya dia puji tu sampai orang kat kedai semua tengok aku. Aku sumbat mulut tu dengan tisu baru tahu.
"Esok marilah lepak lagi. Takyah bawak Khairi." Bisik Zul yang berada di sebelah kanan aku. Aku diam, aku pandang ke kiri. Tengok Khairi yang masih tekun tengok aku main game.
Kenapa dia taknak Khairi join skali? Dia tak suka Khairi ke? Ke sebab Khairi ni jenis suka annoyingkan orang? Aku malas ah nak tanya. Aku bukan jenis yang menyibuk pasal orang pun
YOU ARE READING
SUNYI
RandomSambungan HUTANG Aku sunyi. Aku takde adik beradik. Ayah dan ibu aku selalu gi kerja pastu balik lambat. Sampai satu tahap aku ni jadi introvert. Aku susah nak bergaul dengan orang, nak ada kawan pun susah. Tapi aku mempunyai habit lain yang membuat...