Urghh bosannya harini. Takde orang datang kedai pun. Ex aku tu mesti tengah gembira dengan boyfriend dia haish. Aku ni bilalah nak ada boyfriend jugak. Penat dah menyinggel. Lepas habis spm haritu memang keje aku duk kat kedai je. Si Aiman dengan Khairi selalu jugak datang dating kat sini. Eee sengaja nak buat aku jeles.
Tengah sedap aku termenung, ada seorang budak lelaki lingkungan dalam umur 15 ke 16 gitu lah. Tapi nampak macam 16 tahun. Dia datang dengan pakaian sekolah dia bersama beg galasnya yang dah lusuh. Dia kelihatan malu2 dan mendekati kaunter.
"Ye dik kenapa tu?" Tanya aku mesra.
"Err bang. Nak tanya kat sini ada kerja kosong tak." Tanya dia.
"Takdelah dik. Sorry."
"Ohh yeke. Ermm takpelah kalau camtu. Terima kasih ye bang." Dia menundukkan kepala dia dan kemudian berlalu pergi. Aku perasan budak tu dari tadi duk pegang perut dia. Dia tengah lapar ke hmmm.
Keesokan harinya budak tu datang lagi. Tapi dia tak datang kat kaunter kalini. Dia duduk di luar kedai sambil intai2 aku yang duk kat kaunter. Aku pulak yang rasa seram dengan budak ni.
Pastu pada hari seterusnya dia datang lagi sekali dengan beg dan baju sekolah dia. Kalini dia duduk kat salah satu meja kosong kat kedai aku. Maybe dia dah lenguh berdiri. Aku pun ambil nota dan pen and then terus gi kat meja dia.
"Nak order apa dik?" Tanya aku. Pen dah siap nak tulis dah ni.
"Ehh takpelah bang. Saya nak duduk sekejap je ni." Katanya.
"Minum pun taknak ke?" Pertanyaan aku membuatkan dia terdiam.
"Saya takde duit." Katanya. Aduihh! Kesian pulak aku tengok budak ni.
"Takpe adik order pape je adik nak. Harini abang belanja." Kata aku.
"Takpe ke ni bang?" Mata bercahaya memandang aku.
"Ye takpe." Aku tersenyum.
"Kalau camtu saya nak milo ais boleh?"
"Boleh. Lagi?"
"Err nak makanan boleh jugak ke?" Tanya dia lagi. Nampak macam segan je.
"Boleh. Order je pape. Abang kan dah cakap abang belanja harini."
Dia tersenyum lebar lalu dia mahukan nasi goreng biasa. Sesudah pesanan dia selesai, dia melahap nasi goreng tu macam dia dah beberapa hari tak makan. Aku duduk berhadapan dengan dia sambil tengok je dia makan.
"Er bang. Harga nasi goreng ni berapa ye?" Tanya dia.
"6 ringgit."
Dia mengeluarkan sesuatu di dalam poket seluarnya. Dia mengira duitnya hanya tinggal 1 ringgit sahaja dan kemudian dia memasukkan kembali ke dalam poket seluar.
"Tak cukup duit." Katanya.
"Kan abang dah cakap harini abang belanja. Takyah bayar." Kata aku ikhlas.
"Saya sebenarnya nak order lagi nasi goreng ni. Nak bawak balik untuk adik2 kat rumah." Katanya.
"Adik? Berapa orang adik kat rumah?"
"3 orang." Katanya lagi.
"Macam nilah. Abang siapkan 4 bungkus nasi goreng untuk adik sekali. Nanti bila adik dah ada duit, adik datanglah bayar balik. Boleh?" Kata aku tersenyum.
"Betul ke ni bang?" Dia tersenyum. Dia kelihatan sangat gembira. Bila aku tengok dekat muka budak ni, kenapa muka dia macam ada iras dengan seseorang eh? Muka dia sebenarnya good looking do. Walaupun kulit dia sawo matang, tapi aku boleh nampak ada side dia yang comel. Baru kenal dah cakap comel hahaha.
"Ye betul. Kejap eh." Aku meminta izin untuk ke dapur kedai. Dalam beberapa minit aku kembali bersama 4 bungkus nasi goreng yang diminta budak ni tadi.
"Terima kasih banyak bang! Saya sangat terhutang budi! Semoga dimurahkan rezeki!" Dia menundukkan kepalanya berkali2.
"Takde hal lah. Btw, nama apa ye? Dah 2 3 hari tengok lalu lalang sini tapi tak tahu nama." Tanya aku. Saje nak kenal2 hehehe.
"Nama saya Naqib bang." Katanya. Comel je nama.
"Ohh Naqib. Nanti kalau ada pape datanglah sini lagi. Abang sudi menolong."
"Abang dah banyak sangat tolong saya harini. Saya akan balas budi abang nanti. Saya janji!" Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Aku membiarkan sahaja tangan aku disambut olehnya. Dia mencium tangan aku. Aku dapat rasakan tangan dia agak kasar. Maybe dia ni jenis orang yang kuat bekerja. Tapi time dia cium tangan aku tu, lembut lah pulak rasa.
Setelah dia berlalu pergi, aku menghidu tangan kanan aku. Bila lagi eh agaknya aku dapat jumpa lagi si Naqib ni?
Keesokan paginya dia datang dengan berpakaian jersey merah dia. Oh aku lupa. Harini cuti so dia tak sekolah. Aku tersenyum lebar memandang dia. Dapat tengok dia lagi.
"Ye Naqib. Ada apa2 abang boleh tolong?" Tanya aku mesra.
"Bang, tolong benarkan saya kerja kat sini!" Dia mendekati kaunter secara mengejut. Tersentak aku dibuatnya.
"Tapi Naqib. Kat sini takde jawatan kosong."
"Pleaseeee... Saya nak balas balik jasa abang. Abang boleh tolak gaji saya untuk 3 4 hari ni. Saya janji saya akan kerja keras kat sini!" Katanya lagi bersungguh. Aku menggaru kepala.
"Jangan sampai macam tu Naqib." Aku cuba untuk memujuk.
"Kenapa ni bising2?" Kedengaran suara abah dari ruangan dapur. Dia pergi ke kaunter.
"Err sebenarnya. Budak ni nak keje kat sini abah." Kata aku, dengan rasa bersalahnya.
"Ohh nak keje sini. Tapi kat sini takde jawatan kosong dik." Kata abah. Naqib kelihatan sedih. Dia asyik tundukkan kepala dia je dari tadi.
"Abah. Memang takleh ke bagi dia keje sini?" Aku cuba memujuk abah.
"Hurmm kalau ikutkan kita dah tak perlu pekerja tambahan dah. Tapi kalau Zul rasa kerja Zul kat sini banyak, Zul boleh je ambik Naqib ni." Abah menyentuh dagunya sambil berfikir.
"Betul ke ni abah?" Tanya aku untuk kepastian.
"Haah. Kalau dia jadi tukang cuci pun okay gak an." Kata abah. Matanya ligat ke arah lain. Sedang berfikir barangkali.
"Abah! Nak balik." Adik perempuan aku yang keluar dari ruangan dapur mengerutkan muka dia. Mulut tidak henti terkumat kamit seperti sedang membebel kat diri sendiri je.
"Aik. Pinggan dah habis basuh ke?" Tanya abah.
"Belummm... Suruhlah anak abah sorang lagi tu gi sambung basuh pinggan. Orang nak balik study ni. Esok ada kuiz." Adik perempuan aku menghentakkan kakinya, tengah marah. Biasalah tu perempuan kan kalau badmood semua benda nak marah.
"Tak nampak ni tengah jaga kaunter?" Jeling aku.
"Tengok tu! Abah tolong ah! Orang tak study pape lagi ni..." Ngadu adik perempuan aku.
"Ha yela yela. Kamu gi balik dulu. Nanti abah settlekan." Kata abah. Adik perempuan aku mengambil begnya dan berlalu pergi. Memandangkan kedai kami berasingan dengan rumah. Memang ulang alik setiap hari. Tapi rumah duk belakang kedai ni je haha.
"Macam mana abah?" Tanya aku pada abah.
"Okaylah kalau camtu. Kamu boleh keje kat sini." Kata Abah selamba kepada Naqib yang setia menunggu dari tadi. Dia meramas rambut Naqib. Maybe geram kot.
"Terima kasih banyak uncle!"
YOU ARE READING
SUNYI
RandomSambungan HUTANG Aku sunyi. Aku takde adik beradik. Ayah dan ibu aku selalu gi kerja pastu balik lambat. Sampai satu tahap aku ni jadi introvert. Aku susah nak bergaul dengan orang, nak ada kawan pun susah. Tapi aku mempunyai habit lain yang membuat...