Bab 23

1.3K 45 3
                                    

Aku keluar dari bilik guru, aku memandang tingkap cermin bilik guru itu. Kelihatan mata aku berkaca, hidung aku mula kemerahan. Aku mengheret kaki aku yang terasa sangat berat. Aku berjalan sambil memaut dinding yang berada di belah kiri aku. Semakin aku berjalan, tubuh aku semakin membongkok dan akhirnya aku terduduk. Aku memeluk erat tubuh aku.

Aku merangkak ke arah tong sampah yang berada di hadapan aku. Aku memaut lalu aku memuntahkan segala isi yang berada di dalam perut aku. Kecewa dan sedih yang aku rasakan sekarang membuatkan perut aku bergelora ingin keluar.

"Wuarghhh!" Kerongkong aku mula pedih dan air mata aku berlinangan jatuh mengenangkan Khairi. Mengenangkan apa yang aku dah lakukan pada Khairi.

"Eh? Aimann!! Kau kenapa ni?" Liana yang kebetulan lalu di kawasan itu mendapatkan aku.

"Erkkk!" Aku menutup mata aku dengan tapak tangan.

"Weh kau sakit ke Aiman? Meh gi jumpa doktor!" Liana menarik lengan baju aku malah aku menepisnya dengan lembut.

"Liana.... Aku dah buat kesilapan yang amat besar dalam hidup aku." Kata aku. Liana memandang aku dengan wajahnya yang keliru. Dia mengajak aku untuk mencari tempat duduk dahulu sebelum menceritakan kepada dia apa yang sedang berlaku.

Nasib baik pada ketika itu kelas dah habis dan kesemua pelajar dan guru sudah pulang. Aku dan Liana duduk berhadapan di meja cafe. Dan disitulah aku menceritakan segala isi hati aku dan apa yang telah berlaku dari awal sampai akhir. Dia sudi mendengar. Dari apa yang aku cerita kepadanya, sikit pun aku takde tokok tambah dan aku memang cerita detail supaya dia faham situasi sekarang.

"Khairi tu adalah seorang anak yang tidak pernah dapat kasih sayang daripada seorang ayah. Jadi, dia tidak akan pernah memahami sepenuhnya bagaimana rasanya dicintai oleh lelaki. Itulah sebabnya dia mengharapkan lebih daripada kau." Liana akhirnya berbicara setelah beberapa saat aku menamatkan cerita aku.

"Dia sangat kuat." Kata aku, jari aku menyentuh pipi aku yang basah. Liana menghulurkan tisu poket kepada aku lantas aku mengambilnya.

"Cuba kau fikir tentang kawan baik kau atau orang yang paling rapat dengan kau. Apakah tanggapan pertama kau terhadap dia? Bagaimana ia berubah dari masa ke semasa?" Pada ketika itu, pertanyaan Liana membuatkan lidah aku kelu, sukar untuk aku memberi jawapan aku sehingga wajah Khairi terlintas di fikiran aku.

"Khairi adalah orang yang aku perlukan setelah dia datang dalam hidup aku." Aku menundukkan kepala aku ke bawah.

"Kau sedar tapi kau lambat sangat sedar tu. Kau dengan Khairi dah lama berkawan tapi sekarang baru nak sedar."

"Ye aku tahu salah aku. Setiap kata2 aku pada dia dan layanan aku pada dia memang menyakiti dia. Aku akui memang semua yang terjadi ni salah aku." Aku menangis lagi.

"Jadi berhati-hatilah dalam berbicara, sakit hati seseorang tidak mungkin boleh dibayar dengan kata maaf." Kata Liana. Aku terdiam, air mata aku dah mula menjadi kering.

"Aku masih tertanya pada diri aku. Aku dah buat banyak silap pada Khairi sampai dia sanggup pergi. Adakah betul tindakan Khairi untuk pergi?" Tanya aku saat aku melihat Liana mengeluh berat memandang aku.

"Ada orang pergi sebab tak dihargai, ada juga orang pergi sebab sedar diri, dan ada juga orang pergi sebab kehadirannya tidak diperlukan lagi. Sebab itulah Khairi pergi."

Air mata aku yang asalnya kering menjadi banjir macam tadi. Sungguh aku ingin katakan sekarang, rasa bersalah aku pada Khairi membuatkan diri aku jatuh dengan kemurungan. Setiap hari aku berfikir teruknya sikap aku pada dia.

"Hari2 aku teringat tentang dia. Aku asyik menangis je sejak dia pergi." Jari aku bermain pada permukaan meja.

"Bila kau teringat pada dia, itu adalah rindu. Dan bila kau menangis kerana dia, itu adalah cinta." Kata2 Liana membuatkan lidah aku kelu. Adakah sebenarnya aku cintakan Khairi?

SUNYIWhere stories live. Discover now