Bab 28

1.6K 65 3
                                    

Aku melihat iphone aku. Dah pukul 2 pagi. Battery fon pun tinggal 3% je. Aku mengeluh berat. Kat luar ni sejuk gila. Aku tak bawak sweater. Aku duduk di atas lantai di sebelah pintu rumah Khairi sambil aku memeluk lutut aku. Sejuk sangat.

Aku lapar. Aku ngantok. Haih. Apa patut aku buat sekarang? Aku nak turun cari kedai makan pun jauh dari sini. Aku takde kenderaan nak pergi. Kalau jalan kaki pun mesti pengsan tengah jalan. Kalau order grab ada ke kul 2 pagi gini? Dari pagi lagi aku tak makan hmm... Aku nak call ayah atau uncle Mikael tapi mesti dorang tengah sibuk. Aku mengeluh lagi. Berapa kali dah aku mengeluh ni.

Aku membenamkan wajah aku pada lutut. Aku menangis di sebalik itu. Aku rasa telinga dah tak dengar pape maybe sebab aku takde tenaga sangat dah ni. Aku tak sedar apa yang jadi tapi yang pasti aku terlelap sekejap.

Dalam beberapa minit je aku membuka mata dan aku perasan ada orang sedang berdiri di hadapan aku. Aku mendongak dan melihat Khairi sedang merenung aku. Aku terdiam. Aku terasa kesal sangat.

"Pukul lah aku. Aku tak kesah. Tapi aku tetap takkan bla dari sini." Kata aku. Khairi hanya terdiam. Khairi menanggalkan sweater yang dipakainya lalu diberikan kepada aku. Aku terpinga2.

"Pakai." Katanya. Aku menyambut lalu menyarungkan pada tubuh aku yang lebih kecil darinya. Haaa terasa hangat sekali. Aku mencium lengan sweater tu. Begitu kuat bau badan Khairi, aku suka.

"Terima kasih." Aku tersenyum kecil.

"Bangun." Arah Khairi. Aku bangun sambil merenung ke arahnya.

"Nak pergi mana?" Tanya aku saat melihat Khairi berjalan menuju ke lif.

"Ikut je."

Melihat keadaan yang sangat hening membuatkan aku tidak bertanya apa2 dan aku hanya ikut je Khairi. Sesampai di tingkat paling bawah. Khairi menyuruh aku menaiki motor bersamanya. Aku tidak membantah malah hanya mengikut sahaja.

Tanpa diduga, Khairi membawa aku ke kedai mamak yang buka 24jam. Perut aku dah berkeroncong. Sepanjang aku order makanan. Khairi hanya mendiamkan diri. Dia tidak berkata apa2. Dia hanya duduk berhadapan dengan aku dan dari tadi memandang aku.

Beberapa minit gitu, makanan aku sampai. Aku melahap macam orang kebulur je. Lapar siot. Sumpah lapar. Khairi tak order apa2 pun. Maybe dia dah kenyang kot. Selesai aku makan, Khairi masih mendiamkan dirinya.

"Khairi." Akhirnya aku ada tenaga nak berbicara sekarang ni. Walaupun dah lewat, tapi aku rasa inilah peluang yang bagus untuk aku bercakap dengan dia.

"Ye?" Khairi bersuara. Dari nada suara dia, mood dia macam dah okay.

"Err... Kau masih ada perasaan kat aku ke?" Tanya aku. Memandang wajahnya.

"Entah." Wajah Khairi seperti kosong.

"Aku dah mula suka kat kau." Aku malas nak berdrama, jadi aku straight to the point terus.

"Oh." Khairi balas gitu je. Terasa aku.

"Hati aku dah berpegang pada kau, Khairi."

"Okay."

"Takpelah. Maybe aku salah tanya." Aku menundukkan kepala aku.

"..."

"Khairi, kau masih cintakan aku ke? Atau kau nak aku pergi je?" Tanya aku lagi.

"Secara jujurnya aku dah start move on dari kau." Kata Khairi. Shit! Kenapa aku rasa sakit gila dia cakap macam tu? Aku rasa kecewa gila sekarang. Aku nak kau....

"Aku selalu lakukan kesalahan yang sama berulang kali dan menyakiti kau dari dalam. Tapi aku berusaha untuk elak daripada aku melakukan kesalahan itu lagi. Aku tahu susah untuk kau terima aku dan lupa dengan apa yang aku dah buat kat kau. Aku tahu ini semua salah aku. Tapi boleh ke kau bagi aku peluang kedua untuk aku betulkan semuanya? We start our new chapter together. Aku janji aku takkan buat lagi...." Kata aku, suara aku kedengaran sayu sehinggakan jari jemari aku disembunyikan disebalik lengan sweater yang aku pakai.

SUNYIWhere stories live. Discover now