Bab 11 (Zul)

2.1K 66 2
                                    

Ada sorang budak laki kelas aku ni asyik tengok aku dalam kelas. Buatkan fikiran aku terganggu. Aku bukan nak perasan ke apa. Tapi benda betul. Korang mesti perasan kan kalau setiap kali orang curi2 tengok korang. Tapi bukan sekali, banyak kali. Banyak kali gak lah aku bertentang mata dengan dia. Memang sah dia ada something tak puas hati ngan aku ni.

"Tolong pass kat Aiman jap. Aku nak gi bilik guru." Kata Liana yang nampak tergesa2.

Aku garu kepala. Seriously? Takde orang lain ke dia nak suruh aku pass buku ni? Aiman ni lah yang aku cakap tu, asyik curi tengok aku dalam kelas. Kesudahannya, dah jadi habit dia. Aku masuk dalam kelas dan zapp mata aku bertentangan dengan mata Aiman. See? Memang dia suka tengok aku.

Aku gi kat dia pastu dia pandang kat lain. Dah kenapa? Kau ke aku yang tak puas hati sekarang ni? Aku letakkan buku tu atas meja dia. Aiman nampak terkejut pastu dia dongakkan kepala dia tengok aku. Pastu telinga dia jadi merah hahaha. Kenapa telinga dia merah sampai camtu?

Tulah first time aku tengok muka dia dengan dekat. Good looking jugak tapi pemalu. Lepas aku bagi buku dia haritu, lagilah kerap dia tengok aku. Tak senang duduk sia hahaha. Macam orang tu tengah secret admire kat kita.

Pastu harini dah start program mentor mentee dan tak sangka aku jadi mentee Aiman. Tapi tulah aku buat2 tak tahu. Dan yes betul jangkaan aku sepanjang kitorang buat latihan sama2, dia memang akan tengok aku je. Si Khairi yang duduk sebelah aku taknak tengok lak. Tapi bila aku tengok dia, dia gi tengok kat lain. Kenapa dengan mamat ni? Melainkan.... Ke dia suka aku? Hahahahhaa mengarut dah aku ni.

Makin lama aku kenal Aiman, aku rasa dia ni attractive even dia hanyalah budak paling pemalu dalam kelas. Maybe... I should 'try' him.

"Weh aku nak bagitahu kau something. Tapi kau jangan bagitahu orang lak." Kata Khairi yang macam teruja.

"Ape?"

"Aku senanya dah lama suka Aiman." Kata Khairi.

Shit. Pebenda ni sia. Aku baru nak try Aiman, mamat ni dah jadi orang ketiga. Maknanya si Khairi ni adalah pesaing aku lah?

"HAHAHA!" Aku gelak.

"HAHAHAHAHAHA!"

Si Khairi ikut gelak jugak kenapa? Ada mental health agaknya dia ni.

"Kau kenapa gelak jugak?"

"Sebab kau gelak lah aku gelak jugak." Khairi sengih.

"Disebabkan kau bagitahu rahsia kau, aku pun nak bagitahu rahsia aku jugak." Aku smirk kat Khairi. Macam biasa ah Khairi ni memang tak pandai nak balas balik.

"Wow! Apa dia tu?"

"Aku pun suka Aiman jugak." Kata aku. Khairi senyap.

"Takyah lah nak sindir aku." Nampak lah senyum Khairi makin kendur

"Mana ada aku sindir."

"Ohh.." Khairi menunduk ke bawah.

"Apa kata kita buat pertaruhan." Cadang aku. Tiba2 je ada idea.

"Hah?"

"Sape yang dapat Aiman dulu, jadi partner dia. Dan yang tak dapat kena bla." Kata aku sengih. Best gak main gini. Berkerut nampak dahi Khairi. Tak tahulah sama ada dia tengah tak faham atau tengah bengang dengan aku.

"Kau kenapa ha? Kau ingat Aiman tu mainan ke nak buat taruhan camtu?"

"Just for fun bro. Lagipun, kalau kau dapat dia dulu pun kau takkan dapat bahagia kan dia." Kata aku. Bunyi macam mengugut.

"Apa maksud kau ni?" Tanya Khairi.

"Cuz he likes me." Kata aku. Aku dapat mengagak yang Aiman suka aku. Nampak cam aku tembak betul haha. Muka Khairi mula berubah.

"Yeke?" Tanya dia.

"Kau akan tengok nanti." Aku pun bangun. Acah2 macam penyondol laki orang.

"Kalau kau betul suka kat Aiman. Buatlah cara suka. Jangan main2."

Aku diam.

"Nampak macam aku main2 ke?"

"Ye."

Aku mengeluh sampai nak terbatuk.

"Kalau aku lepak berdua dengan Aiman, kau jangan pulak nak jadi orang ketiga. Aku warning." Kata aku.

"What if I do?" Tanya Khairi. Bunyi macam nak ajak gaduh. Amboi speaking terus mamat ni.

"You will lose him." Ha ambik kau nak debat english ngan aku sangat.

"It is the same thing. Kalau aku buat ke tak buat. I still lose him." Kata Khairi. Aku pandang dia lama.

"Jadi kau sedar? Sedar yang kau buat ke tak buat, dia takkan bersama dengan kau jugak." Ayat aku pedas sikit kot sampai nampak dia cam sedih dengan ayat aku. Macam ni je senang. Sape cepat dia dapat.

Aku pun apa lagi sejak haritu memang aku start buat first move aku iaitu mula flirting dengan Aiman. Dan Khairi memang buat apa yang aku suruh. Dia memang tak kacau aku tiap kali aku lepak berdua dengan Aiman.

Tapi cis aku silap langkah haritu aku kutuk Khairi depan Aiman. Macam aku je hilang dia ni haish. Silap do Khairi tiba muncul time aku ngan Aiman nak lepak sekali. Aku baru plan slow2.

Tapi aku dah first step ke hadapan. I feel his lips. Lembut. Nampak muka Aiman cam cuak aku buat camtu. Baru je sikit ni Aiman.

Lama2 nanti you will be mine....

Aku balik rumah cam biasa. Abah aku mintak tolong aku jagakan kaunter kat kedai dia. Aku pun letak beg aku pastu aku duduk kat kaunter. Abah sibuk duduk kat dapur dengan adik perempuan aku tengah ambik order. Walaupun dah nak waktu petang still jugak ramai orang. Mak pulak duk jaga gerai kat depan.

Even keluarga aku ni dah banyak keuntungan dengan buka kedai makan, mak still nak bukak gerai kuih muih dia tu.

"Apa masalah kau ni?"

"Kau tu dah kenapa cakap kat Khairi macam tu? Kalau ye pun kau tak suka dia lepak sekali dengan kita. Tak payah cakap depan2 macam tu."

"Bodoh."

"Takde mood dah aku nak lepak."

"Habistu Khairi bukan kawan kau?"

Terngiang2 sia apa Aiman cakap kat aku time kelas tadi. Silap langkah do kau Zul. Member dah lah takleh silap sikit mesti dah start turn off.

Apa eh aku nak buat? Dah elok plan aku tibe tak jadi. Aku fikir punya fikir baru aku sedar esok cuti. Maybe ni boleh ubat hati si Aiman tu.

SUNYIWhere stories live. Discover now