Hari yang dinantikan oleh pelajar tingkatan 5. Hari ini adalah hari pertama kami menduduki spm. Vibe sekarang memang sangat mendebarkan. Kami semua sedang berbaris di hadapan dewan peperiksaan. Masing2 sedang memegang alat tulis dan ada yang sedang menadah tangan untuk berdoa.
Kami beratur ikut susunan nombor giliran meja peperiksaan. Disebabkan nama aku Aiman terpaksa aku berdiri di depan sekali hahahaha. Aku berpaling ke belakang. Terjongket kaki aku mencari Khairi. Kelihatan dia sedang tersengih memandang aku. Mesti dia dah bersedia untuk hari ni.
"Aiman." Cikgu Firdaus memanggil aku.
"Ye cikgu."
"Parents kamu datang nak jumpa kamu." Kata Cikgu Firdaus.
"Okay terima kasih cikgu." Aku menunduk tanda hormat. Ni mesti ayah dan Uncle Mikael datang ni hehe.
Aku pergi ke sisi dewan dan aku melihat ayah sedang menunggu dengan seorang wanita di sisinya. Itu ibu!
"Ibu!" Aku berlari lalu mendakap tubuh ibu. Aku sangat merinduinya. Ibu memeluk aku lalu rambut aku diusapnya lembut.
"Aiman sihat?" Tanya ibu lembut.
"Sihat ibu. Ibu dan ayah dah bersama kembali kan?" Tanya aku kegembiraan mengharapkan sesuatu yang diluar jangkaan. Ibu memandang ayah dan kemudian dia memandang aku kembali.
"Ibu minta maaf ye sayang. Ibu dan ayah tak dapat nak bersama kembali. Tapi, ibu tetap akan datang jenguk Aiman. Aiman kan masih anak ibu." Ibu mencuit dagu aku. Wajah aku menjadi sedih. Harapan aku untuk melihat ayah dan ibu kembali menjadi punah. Namun, hati mereka aku dah tak boleh paksa. Aku perlu menerima takdir ini. Paling tidak, aku masih anak mereka. Dan mereka masih ibu dan ayah aku.
"Ibu datang nak jumpa Aiman ke?" Tanya aku.
"Mestilah. Harini kan Aiman exam. Ibu datang nak bagi semangat. Ibu dah buat solat hajat semalam untuk Aiman." Kata ibu aku dan dia memeluk aku kembali.
"Terima kasih ibu. Doakan Aiman ye. Exam macam dah nak start je." Aku melihat pelajar lain seperti sedang berpusu nak masuk dalam dewan peperiksaan.
"Ibu sentiasa doakan Aiman. Buat yang terbaik ye sayang."
"Elok2 jawab tu Aiman." Kata Ayah selepas aku bersalaman dengan mereka berdua.
Saat aku ingin berbaris kembali, aku merasakan ada seseorang menyentuh bahu aku dari belakang. Aku memandang ke belakang dan melihat Zul sedang tersenyum memandang aku.
"Good luck." Kata Zul kepada aku. Aku membalas senyumannya.
"Good luck jugak."
Setelah 2 jam kami berada di dalam dewan peperiksaan itu, macam2 aku tengok pelajar dalam tu. Ada yang gelisah, ada yang blur, ada yang tersenyum dan ada yang dah 2 3 kali keluar masuk gi tandas.
Akhirnya aku keluar dari dewan peperiksaan. Alhamdulillah exam kalini aku dapat jawab. Aku kena bersiap sedia untuk paper yang seterusnya.
"Wehh Aiman!" Liana menyergah aku. Terkejut aku dibuatnya.
"Shibal ko terkejut aku."
"Soalan nombor 10 kau jawab apa weh." Tanya dia.
"Manalah aku ingat. Kau ni pun."
"Aduhh! Aku rasa aku salah jawab soalan tu." Bebel Liana sebelum dia bla dari situ. Aku gelak.
Memakan hampir 1 bulan dan aku akhirnya menamatkan paper terakhir aku iaitu paper prinsip perakaunan. Aku dah boleh rasa freedom bila aku keluar je dari dewan tu.
Saat aku sedang mengemas barang aku di sisi dewan, aku melihat sebelah aku. Khairi sedang setia menunggu aku. Dia memdekati aku lalu kepalanya dijatuhkan tepat pada bahu aku. Aku menggosok belakang badannya. Dia kelihatan sangat penat.
"Aku bangga dengan kau. Aku bangga sangat bila tengok kau berdiri di sini bersama aku. Aku tahu hari2 sebelum ini adalah hari yang sangat sukar untuk kau. Kau adalah seorang yang sangat kuat. Teruskan." Aku menepuk tubuh Khairi sebelum aku mendakapnya erat.
Kami pulang ke rumah Khairi dan Khairi menjatuhkan tubuhnya di atas katil. Dia berguling lalu dia merenung wajah aku yang duduk di birai katil.
"Aiman, izinkan aku berehat sebentar. Aku betul2 penat dengan semua benda. Mental dan fizikal aku terasa lemah sangat." Kedengaran suara Khairi sangat perlahan. Matanya separa buka. Bila2 masa sahaja mata itu akan tertutup. Aku meratapi Khairi lalu baring disebelahnya. Aku mengiring ke kanan lalu memeluk tubuhnya yang terlentang.
"Kau dah boleh berehat sekarang Khairi. Beristirehatlah. Aku tahu kau sudah lelah dalam perjuangkan segalanya. Sudah tiba masanya untuk kau memberi dakapan hangat pada diri kau sendiri. Jangan lupa bilang terima kasih pada diri kau atas segala luka yang kau pendam, segala trauma yang kau telan dan segala duka yang kau tangisi." Aku menggosok perlahan rambut Khairi sambil kepala aku menyandarkan pada dadanya. Khairi tersenyum kecil lalu dia memeluk tubuh aku menggunakan tangan kirinya.
"Boleh ke aku nak minta satu permintaan dari kau?" Tanya Khairi apabila dia mengambil masa yang lama untuk berdiam diri.
"Boleh. Apa dia tu?" Aku mengangkat kepala aku memandangnya.
"Bila aku buka mata nanti, benda yang pertama yang aku nak tengok adalah kau." Kata Khairi. Matanya dah terpejam.
"Anything for you." Pipinya aku cium manja. Bunyi dengkuran kedengaran. Khairi dah tidur.
Khairi mengambil masa hampir 24 jam dia tidur. Aku masih setia tunggu dia di sisi. Aku duduk di birai katil sambil bermain dengan rambutnya. Aku melihat wajahnya yang kelihatan sangat lega. Dia seperti baru sahaja terlepas dari bebanan yang amat besar dalam hidup dia.
Perlahan2 Khairi membuka matanya. Dia tersenyum melihat aku. Dia memegang lembut tangan aku lalu diciumnya.
"Aku sayang kau Aiman." Itulah kalimat pertama yang dia kata pada aku setelah dia tidur dalam tempoh masa yang terlalu lama. Aku tergelak kecil.
"Aku pun. Aku pun sayang kau. Jangan pernah hilang lagi okay?" Kata aku lalu mencium lembut bibirnya. Dia membalas ciuman aku lalu tubuh kecil aku dipeluknya erat.
"Will you be my boyfriend?" Khairi mencuit dagu aku. Hidung kami bersentuhan.
"Yes. Let's live together from now on." Aku tersenyum lebar.
"Aku gembira sangat." Khairi tidak henti mencium bibir aku.
"Kita jaga baik2 ya hubungan ni. Kalau kita ada masalah, sama2 lah kita keluar dari masalah itu dan jangan keluar dari hubungan ini ya..." Kata aku lalu memeluk erat tubuh sasa itu. Aku menghidu bau badan Khairi. Sangat mengasyikkan.
"I promise." Senyum Khairi.
The end of the main story
YOU ARE READING
SUNYI
RandomSambungan HUTANG Aku sunyi. Aku takde adik beradik. Ayah dan ibu aku selalu gi kerja pastu balik lambat. Sampai satu tahap aku ni jadi introvert. Aku susah nak bergaul dengan orang, nak ada kawan pun susah. Tapi aku mempunyai habit lain yang membuat...