Aku menghulurkan duit ke arah abang grab sebelum aku keluar dari perut kereta. Aku berjalan masuk ke pagar rumah aku yang berkarat dengan beberapa serpihan telah senget dan jatuh ke tanah. Aku melihat semak samun yang semakin panjang ke paras lutut. Rumah kayu aku ni makin lama tak nampak macam rupa rumah dah.
"Along! Along!" Aku memandang ke arah pintu rumah yang terbuka luas. Melihat salah seorang adik lelaki aku memanggil-manggil aku. Wajahnya sembap, pipinya berkilat dan hidungnya kemerahan.
"Kenapa ni atih?? Kenapa atih nangis ni??" Aku memegang pipi dia dan kelihatan titisan darah di bahagian tangan kirinya dan juga di telinganya.
"Kenapa berdarah ni??? Apa jadii?" Tanya aku cemas.
"Bukan... Ni bukan darah atih..." Air matanya mengalir deras di pipi, suaranya tersekat-sekat.
"Habistu darah siapa ni?? Apa jadi?" Tanya aku lagi.
"Mak....." Adik aku memejamkan matanya, air mata tidak henti mengalir. Aku menjadi cemas.
"ALONG! TOLONG ALONG! MAK!" Aku mendengar jeritan dari adik perempuan aku. Secara automatic aku segera masuk ke dalam rumah dan menuju ke arah datangnya bunyi bising itu. Aku pergi ke arah dapur dan melihat percikan darah yang berada di lantai dapur dan juga meja makan.
Aku memandang adik perempuan aku yang sedang memeluk erat tubuh mak aku yang tidak bernyawa. Dia menangis dengan teriakannya yang sangat kuat. Melihat tubuh mak yang tidak bernyawa itu membuatkan nafas aku menjadi laju, jantung aku bergerak laju ibarat aku baru sahaja terlibat dalam larian 200 meter.
Aku melihat 2 orang lagi adik lelaki aku sedang menahan tubuh abah aku yang sedang menggila. Kedengaran suara dengusan mereka memenuhi ruangan dapur. Tangan abah aku dipenuhi dengan darah pekat dan pisau yang berada di lantai membuatkan 2 orang adik lelaki aku itu mengheret kuat tubuh abah aku menjauh. Mereka menjerit memanggil aku.
"ALONGGG! TOLONG! ABAH TIKAM MAK!" Jerit Angah. Dia sedang berusaha menggunakan tenaganya dengan memegang erat tubuh abah dari belah kanan. Manakala disebelah kiri di peluk kuat oleh Alang.
"HAHHH???!" Aku jerit. Aku seakan2 tidak percaya apa yang terjadi.
"ARGHHHHHH!!!" Abah menggelupur untuk dilepaskan. Tangannya mencapai botol arak yang berada di atas meja.
"JANGAN ABAH!!" Alang menjerit sekuat hati saat dia tidak sempat menghalang tangan abah menghempapkan botol arak tepat ke arah wajah Angah.
"ARGHHH! SAKITTTT!!" Angah menjerit sakit. Namun dia tidak berganjak langsung untuk melepaskan tubuh abah yang sedang menggila. Darah Angah mengalir sehingga ke paras leher.
"ALONGG!! TOLONG ALONGG!! APA PATUT KITA BUAT NI??!!" Alang menjerit-jerit memanggil aku.
"MAKKKK!" Kedengaran suara adik perempuan aku sedang meratapi mak aku.
"ALONGG!!" Atih memeluk erat lengan aku sambil menangis ketakutan.
"ALONGG!"
"ALONGG!!!"
"ALONGGGGGGGG!!!!!"
Apa patut aku buat ni? Apa yang sepatutnya seorang abang lakukan? Air mata aku mengalir deras, kepala aku berdenyut sakit. Nafas aku tersekat2, tubuh aku menggeletar takut. Mak...... Apa patut Along lakukan.....? Makk....
Flashbacks....
"Along... Oh along..." Mak aku memanggil manja nama aku. Aku memandang ke arah wajah mak aku yang suci itu. Dia tersenyum manis memandang aku.
"Ye mak..." Aku berjalan ke arahnya. Mak memeluk tubuh aku lalu rambut aku dibelai lembut. Dahi aku diciumnya.
"Mak tengok yang Along ni sangat bertanggungjawan tau. Mak bangga dengan Along." Puji mak aku sambil dia memandang tepat ke arah wajah aku.
YOU ARE READING
SUNYI
RandomSambungan HUTANG Aku sunyi. Aku takde adik beradik. Ayah dan ibu aku selalu gi kerja pastu balik lambat. Sampai satu tahap aku ni jadi introvert. Aku susah nak bergaul dengan orang, nak ada kawan pun susah. Tapi aku mempunyai habit lain yang membuat...