Bab 17

1.4K 47 2
                                    

Aku membuka mata aku yang terasa berat bila aku perasan cahaya lampu dah lama menyinari bilik tidur itu. Aku menggeliat, lalu mengiringkan badan aku ke kanan. Menarik selimut ke paras leher dan mencium bau bantal yang mengundang aku untuk kembali tidur.

Aku melihat secara samar, figura ayah yang sedang membetulkan tali lehernya di sebalik pantulan cermin. Oh yelah. Aku banyak sangat nangis semalam sampai aku tertidur dalam bilik ayah. Wow pertama kali rasa macam ni. Waktu aku kecik dulu pun tak pernah pun nak menempel bawah ketiak ayah aku. Tapi, semalam ibarat masa sedang berputar pada waktu aku masih berumur 2 tahun. Ayah menggendong aku ke sana ke mari.

"Kamu dah bangun?" Tanya ayah sambil dia mencapai jam tangannya di atas meja solek.

"Uwahh~~" Aku menguap.

"Ayah pergi kerja dulu ye. Duit belanja ayah ada letak atas meja." Kata ayah aku sebelum dia keluar dari bilik meninggalkan aku.

Memang nikmat betul tidur dalam bilik ayah aku ni. Dahlah luas. Ada aircond pulak tu. Selimut pulak tebal. Macam dalam hotel 5 bintang. Aku berselubung dalam selimut sambil tersenyum. Tiba2 mata aku tertacap pada jam dinding yang menunjukkan hampir pukul 8 pagi. Astaga! Aku ada kelas tambahan siot harini!

Aku lantas bangun dari katil dan masuk ke dalam bilik aku untuk bersiap. Aku menyarungkan baju tshirt cotton yang dibelanjalan oleh Zul kelmarin. Aku segera mencapai duit di atas meja dan kunci motor. Berlari turun ke tingkat bawah. Menyempat lagi aku mengambil sekeping roti gardenia lalu disumbat ke dalam mulut.

Sesampai di pagar sekolah, aku memecut masuk ke dalam kelas. Kelihatan beberapa pasang mata memandang ke arah aku termasuk juga Madam Fazilah selaku guru bahasa inggeris aku.

"I'm so sorry madam!" Kata aku lalu menundukkan sedikit kepala ke bawah, malu sangat!

"It's okay. You may sit." Kata Madam Fazilah.

Fuh! Nasib baik jadi anak kesayangan cikgu2 kat sini. Datang kelas lambat pun tak kena marah.

"Lambat kau harini. Sekali dalam sejarah." Liana tiba2 menyakat aku saat aku duduk di sebelahnya.

"Terlajak tido." Kata aku. Kalini aku jujur.

Macam biasa kalau dalam kelas memang aku akan fokus. Kalau kelas tambahan memang tak buat aktiviti lain melainkan buat soalan past year. Sampai aku dah muak. Setiap soalan kat exam paper pun hampir sama.

Akhirnya 2 jam berlalu dan kelas tambahan tamat dengan perbincangan skema jawapan untuk latihan paper 1 sebentar tadi. Aku mengemas beberapa helai kertas kajang yang sudah penuh ditulis bersama pencil case aku yang berwarna hitam ke dalam beg.

"Weh man. Asal Zul asyik pandang kau je dari tadi? Kau ada hutang pape ke dengan dia?" Tanya Liana saat dia sedang pegang beberapa helai kertas dalam keadaan wajah cuaknya memandang aku.

Aku berpaling ke arah Zul yang berada di depan pintu kelas sedang tersenyum memandang aku. Shit! Jangan senyum gitu. Dahlah muka handsome ish ish. Aku tertunduk malu. Soalan Liana dibiarkan sepi. Liana yang seperti tahu tiada jawapan dari aku segera beredar menuju ke arah rakan2 nya yang menunggu di luar kelas.

Aku berjalan perlahan ke arah Zul. Kami berdua berjalan beriringan keluar dari kelas. Kedua belah tangan aku sibuk memegang erat beg galas aku, malu untuk memandang Zul. Kelmarin merupakan hari yang indah aku bersama dengan dia. Zul pula memberi reaksi yang sama seperti dalam kelas tadi.

Saat kami berjalan, mata aku memandang pintu tandas yang berada di hujung bangunan berdekatan dengan laluan penjalan kaki pelajar. Aku berhenti lalu menarik lembut lengan baju Zul.

"Nak pergi tandas jap." Kata aku.

"Okay. Zul tunggu kat sini." Zul tersenyum kemudian dia duduk di bangku yang berdekatan.

SUNYIWhere stories live. Discover now