Bab 33 - Side story 2

1.3K 59 1
                                    

Aku menongkat dagu aku dengan tangan kanan. Aku tenung Naqib dari tadi yang tengah lap meja. Fuhh kalau hadap dia ni pagi petang siang malam memang kenyang aku tak payah makan pun.

"Ehem nak bayar ni."

"Eh sorry sorry." Aku tersentak dari lamunan aku dan segera mencari kalkulator nak kira total bayaran.

Setelah pelanggan tadi berlalu pergi, aku menyambung kembali kerja aku tengok Naqib. Kalini dia tengah mop lantai. Rajin mat dia ni.

"Zul sayang. Kenapa asyik tenung budak baru tu ha." Umi aku tegur aku yang berada di dapur kedai. Aku tersentak. Ish kacau ah umi ni. Orang tengah feel2 ni kot.

"Takde ape umi. Saje je Zul tengok. Takut2 dia buat keje tak elok ke ha." Kata aku. Mata masih tak berkelip tengok Naqib.

"Yelah tu nak. Nanti nak tutup kedai tolong bagi ni kat Naqib tau. Extra upah dia rajin sangat harini." Umi meletakkan sebungkus plastik berisikan makanan. Aku tak tahu makanan apa tapi macam ada nasi, lauk dan air teh ais. Uish kenyang ah Naqib harini.

Aku letak di tepi lalu mata aku mencari Naqib. Semakin ramai orang datang harini. Walaupun ramai, mata aku masih tertumpu ke arahnya. Tak lama kemudian, Naqib berjalan perlahan ke arah kaunter dimana tempat aku berada.

"Err bang. Bang tengok saya dari tadi. Saya ada buat silap ke waktu kerja tadi?" Tanya Naqib, nampak macam gelisah. Haduihh kantoilah pulak haha.

"Eh tak tak. Abang memang suka tengok Naqib." Kata aku jujur.

"Kenapa abang suka tengok Naqib?"

"Entoh. Maybe sebab Naqib comel kot." Aku tersengih.

"Ehh?? Bang jangan ah cakap gitu. Malu ah..." Katanya. Muka berpaling ke arah lain dan dia melangkah ke belakang untuk sambung bekerja.

Nak pendekkan cerita, Naqib kerja kat sini dah hampir 3 minggu. Sepanjang kerja dia, abah dan umi memang sangat berpuas hati dengan titik peluhnya. Abah sampai bagi extra gaji dekat dia.

"Naqib. Sini kejap." Panggil aku, tangan dilambaikan. Naqib perlahan2 berjalan ke arah aku.

"Ye bang."

"Harini nak lepak ngan abang tak? Kita lepak kat kedai mamak. Abang belanja." Memandangkan harini kedai tutup awal. Ni lah waktunya untuk aku buat first move aku kat Naqib. Relaks. Slow2 je dulu.

"Okay!" Katanya tersenyum. Amboi senyum pun comel.

Aku menekan punat kunci kereta, kedengaran berdecit. Aku membuka pintu kereta dan duduk di tempat pemanduan. Manakala Naqib pula duduk di sebelah. Aku menurunkan handbrake lalu stereng kereta dipulas dengan pedal minyak ditekan.

Sepanjang pemanduan aku, Naqib hanya mendiamkan diri. Aku memandang dia sekilas. Lah tidur rupanya budak ni. Letih lahtu kerja seharian. Aku berhentikan kereta. Aku cuba nak kejut dia. Aduh tak sampai hati lah pulak.

Aku cuba mendekati wajah dia. Batang hidung aku menyentuh pipinya. Naqib terbangun dan memandang aku terpinga2.

"Eh bang. Sorry tertidur." Katanya. Dia menggosok belakang tengkuknya.

"Takpe. Jom." Ajak aku.

Kami berdua keluar dari kereta dan duduk di salah satu meja yang berdekatan. Ramai gak orang kat situ. Biasalah kedai mamak kan. Kami order dan akhirnya kami berdua kembali senyap. Masing2 lidah kelu tak tahu nak cakap ape.

"Bang, nape tiba2 ajak Naqib lepak ni?" Tanya Naqib. Akhirnya kau ajak aku borak jugak.

"Abang nak rapat dengan Naqib. Nak kenal Naqib lagi. Nak tahu semua tentang Naqib." Aku tersenyum lebar. Kedua belah tangan aku disilangkan di atas meja.

"Ohh ermm..." Naqib nampak macam malu je.

"Naqib ada berapa adik beradik?" Okay ini adalah pertanyaan pertama. Kalau boleh banyak benda aku nak tanya si Naqib ni.

"Naqib ada 5 beradik. Naqib anak kedua." Katanya.

"Oh kiranya Naqib ada abang lah sorang. Abang Naqib mana?" Aku makin tertarik.

"Abang Naqib selalu takde kat rumah. Dia keluar pagi gi kerja pastu malam baru balik. Kadang tak balik langsung."

"Dia kerja apa?"

"Macam-macam kerja dia buat. Demi nak sara adik2 dia, Along sanggup korbankan masa dia untuk dapatkan duit makan." Naqib berkata sambil menghirup air sirapnya.

"Parents Naqib macam mana pulak?"

"Naqib anak yatim piatu."

"Allahu sorry abang tak tahu..." Aku tersentak. Tak sangka pulak dia ni takde parents. Kuatnya jadi dia ni. Sedihnya hidup takde parents. Kecik2 kena cari duit sendiri.

"Takpe.. Naqib suka cerita pasal diri Naqib. Sebab Naqib boleh luahkan apa yang Naqib rasa. Inilah pertama kali Naqib cerita kat orang pasal diri Naqib." Naqib tersenyum kecil. Aku rasa special lah pulak bila dia cakap macam tu.

Sepanjang dia menceritakan kisah dia, ibu dia telah meninggal dunia kerana di bunuh. Dan ayah dia pula meninggal dunia kerana menerima hukuman mati di penjara. Hmm macam pernah dengar je kes ni kat berita.

Naqib juga ada memberitahu bahawa dia bekerja ni pun sebab dia nak ringankan bebanan abang sulung dia. Dia kesiankan abang dia yang bersusah payah jaga dia dan adik2 dia yang lain. Jadi dia berusaha cari kerja untuk tolong kewangan mereka sekeluarga.

Dulu dia pernah bekerja di food truck. Tapi sekarang dia bekerja di kedai makan keluarga aku ni. Aku rasa macam bersyukur sebab aku hidup dalam keluarga macam ni. Bagaimana agaknya Naqib dan adik beradik dia hadap hidup macam tu? Lagi2 abang sulung dia yang bersusah payah cari duit.

Berjam2 jugak kitorang lepak dan akhirnya aku bawa dia pulang.

"Bang. Berhenti sini jelah. Saya boleh jalan kaki sampai ke rumah." Kata Naqib saat kami sudah sampai di kawasan perumahan rumahnya.

"Takpe ke? Lewat malam gini tak elok tau anak teruna jalan sorang2." Tegur aku.

"Hahaha takpeee.. Naqib dah biasa jalan kawasan ni sorang2." Naqib membuka pintu kereta.

"Eh jap Naqib."

"Ye kenapa tu bang?" Naqib yang dah berada di luar kereta mula menundukkan badan dia memandang aku yang berada di dalam kereta.

Aku keluar dengan selamba dan menghampiri dia.

"Naqib ingat tak dulu Naqib cakap nak balas budi abang?" Aku mulakan langkah aku dengan menyentuh jari jemarinya.

"Ingat! Naqib masih fikir macam mana nak balas budi abang. Abang baik sangat dengan Naqib." Mata Naqib ralit memandang tangan aku yang bermain dengan jari jemarinya.

"Macam mana kalau Naqib balas dengan cara ni." Aku melangkah ke depan untuk mendekatinya. Aku menunduk sedikit kepala aku, memandangkan dia agak pendek. Namun Naqib tak berganjak pun dari tempat dia. Mata dia berkelip2 memandang aku.

"Dengan apa tu?" Tanya dia hairan. Dia mendongak memandang wajah aku yang semakin mendekat dengannya.

"Dengan ni." Aku memaut lembut leher Naqib lalu bibirnya aku kucup lembut. Tangan aku yang satu lagi merangkul pinggangnya yang kecik.

Naqib tersentak tapi dia tidak menolak aku pun. Mata dia terbuka luas. Mata aku terpejam rapat. Bibir kami bersentuhan dengan agak lama. Semakin lama semakin asyik aku menggosok tengkuknya dan semakin kuat pelukan tangan aku pada pinggangnya.

SUNYIWhere stories live. Discover now