Jam menunjukkan tepat pukul 11 malam. Aku membuka pintu rumah. Aku ingatkan pintu berkunci, namun sangkaan aku meleset. Pintu rumah dibuka perlahan. Pertama kali aku balik rumah lambat ni. Tapi kalau aku balik ke tak balik, ayah bukan kesah pun aku buat apa. Aku masuk lalu pintu dikunci dari dalam. Aku memandang plastik uniqlo, aku tersenyum manis.
Aku berjalan duduk di ruang tamu seakan2 cuba untuk berehat buat seketika. Namun, aku tersentak saat mendengar dengusan yang kuat datang dari arah dapur. Aku bangkit dari sofa lalu memerhatikan susuk tubuh berpakaian kemeja hitam sedang menjatuhkan wajahnya di atas meja makan bersama beberapa botol arak bersama. Ada yang berselerak di atas lantai dapur. Aku mendekati tubuh itu lalu menggosok perlahan belakang badan itu.
"Ayah?" Panggil aku perlahan. Tubuh ayah aku kelihatan bergerak sedikit akibat terkejut dan kemudian ia tidak bergerak semula. Ayah mengangkat wajahnya, terlihat hanya mata kirinya memandang aku.
"Aiman dah balik?" Tanya ayah, tisu yang berada di sebelah di ambil beberapa helai sebelum ditekap pada wajah yang kelihatan merah dan sembap.
"Ayah kenapa ni? First time Aiman tengok ayah minum arak tau." Tanya aku risau. Sebagai seorang anak, sumpah aku rasa kesian dengan situasi ayah aku sekarang. Aku merasakan dia telah memendam masalahnya seorang diri. Walaupun begitu, itulah hakikat menjadi seorang ayah.
"Takde ape pun." Ayah aku senyum paksa.
"Ayah..."
"Aiman dah makan ke belum?" Ayah mula bangun dari tempat duduknya dan pergi ke arah singki untuk mencuci tangan.
"Aiman dah makan." Jawab aku, tipu.
"Oh yeke. Takpelah kalau camtu. Ayah naik rehat dulu ye." Ayah berjalan melintasi aku.
"Ayah!" Aku menjerit. Ayah aku tersentak lalu berpaling memandang aku.
"Ye kenapa tu?"
"Ayah ada masalah kat tempat kerja ke?" Aku memaut tangan sasa ayah.
"Ayah takde masalah pun kat tempat kerja."
"Habistu ni kenapa? Botol arak ni bersepah." Aku menunjuk ke arah meja makan yang dipenuhi botol arak.
"Ayah teringin je nak minum."
"Tipu! Ayah tipu Aiman!"
"Bukan macam tu Aiman." Ayah menggosok kepala aku lembut seperti memujuk.
"Habistu? Bagitahulah kat Aiman." Aku memandang mata ayah. Mata itu kelihatan sangat kuyu. Menangis darah sekalipun, masih nak berdiam diri ke?
"It's just my personal life." Ayah aku senyum kecil.
"Your personal life? Even pasal personal life ayah pun Aiman tak berhak ke nak tahu?"
"Bukan begitu maksud ayah."
"Ke sebab ibu?" Tanya aku. Tekaan aku nampaknya betul ye. Wajah ayah mula berubah. Air matanya bertakung. Shit! Silap aku gi tanya macam tu.
"Ayah rasa dah tiba masa untuk kamu tahu. Meh kita duduk dulu nak." Ayah menepuk bahu aku agar duduk di ruang tamu untuk lebih selesa berbanding berbual di meja makan.
"Apa tu ayah?" Hati aku mula berdebar. Bermacam spekulasi yang bermain di fikiran aku sekarang. Aku merasakan apa yang ayah ingin bicarakan adalah sesuatu yang membawa petanda buruk.
Aku menelas air liur saat ayah kelihatan berat untuk berbicara. Ayah menggosok belakang tengkuknya sebelum mengeluh.
"Ayah dan ibu dah bercerai."
Terbungkam aku dibuatnya. Dahi aku mula berkerut, terasa sakit di bahagian kepala dan juga dada akibat terkejut. Bebola mata aku seakan2 ingin keluar dengan serta merta. Ini hanyalah satu gurauan kan? Tolonglah cakap ianya semua tipu.
"Ha?"
"Ayah dan ibu dah bercerai, Aiman." Ayah aku mengulangi ayat itu lagi.
"Ayah tipu kan. Janganlah tipu Aiman."
"Ayah tak tipu Aiman. Kami berdua dah lama bercadang nak bercerai. Cuma tunggu masa je." Ayah aku melontarkan ayat itu dengan kata2 yang agak pilu. Aku merasakan mata aku mula kabur seakan2 cecair meliputi di permukaan kelopak mata aku.
"Tapi kenapa? Kenapa ayah?"
"Maafkan ayah." Ayah aku memegang erat tangan aku.
"Macam mana dengan Aiman? Ibu dan ayah bercerai ada fikir ke tak pasal Aiman?" Aku tanya, bergetar suara aku.
"Kami fikir Aiman. Setiap kali kami fikir untuk bercerai, kami selalu fikir macam mana keadaan Aiman selepas kami bercerai." Kata2 ayah itu menyebabkan aku menunduk wajah aku ke bawah, menyembunyikan wajah aku yang sangat sedih. Ayah menarik kepala aku untuk disandarkan pada dadanya. Dia menggosok lembut rambut aku, lalu dicium lama.
"Setiap hari Aiman tunggu ibu dan ayah pulang dari kerja, mengharapkan jika ibu dan ayah dapat luangkan masa dengan Aiman kat rumah ni. Tapi sekarang ibu tak pulang pun. Ibu dah tak sayangkan Aiman ke?" Air mata aku berlinangan jatuh. Bukan ini yang aku mahukan. Setiap masa, setiap saat, memang aku sunyi dan sering berfikir jika aku dapat kebahagiaan yang sama seperti keluarga lain? Bukan ke sepatutnya anak tunggal sangat disayangi dan dimanjai oleh ibu bapa mereka? Kenapa aku tidak? Kenapa aku tak lalui pun semua itu? Itu hanyalah mimpi sahaja.
"Ibu kamu sangatlah sayang pada kamu. Dia menangis saat meninggalkan rumah dan berjuta kali berfikir jika kamu akan baik2 sahaja jika ketiadaan dia." Ayah mengusap lagi rambut aku. Suasana terasa amatlah janggal. Ini adalah pertama kali aku menangis di depan ayah dan inilah pertama kali jugalah ayah meluangkan masa dengan aku walaupun hari ini adalah hari yang menyakitkan buat aku.
"Kenapa ayah dan ibu bercerai?" Tanya aku. Tiada jawapan dari ayah. Aku mengangkat kepala aku memandang wajah ayah yang melihat kosong di hadapan.
"Ayah?" Aku memanggilnya lagi.
"Sebenarnya sepanjang perkahwinan kami, kami tak bahagia pun." Kata ayah. Aku memandang wajah ayah yang senyum tipu itu.
"Apa maksud ayah ni?"
"Perkahwinan ayah dan ibu adalah satu paksaan dan bukan cinta. Datuk mahukan ayah kahwin dengan ibu kamu. Tapi selepas datuk meninggal, perlahan2 ibu meninggalkan rumah." Kata ayah aku. Kedengaran suaranya agak berat untuk berbicara.
"Ayah tak cintakan ibu? Habis Aiman ni apa?"
"Kamu adalah tanda yang ayah nak tunjuk pada datuk bahawa ayah bahagia dengan pilihan dia. Hakikat yang sebenarnya ayah tak bahagia pun. Ayah cuba untuk mencintai ibu kamu. Tapi ayah tak mampu. Setiap hari ayah cuba membina cinta bersamanya, tapi ayah tidak mampu dan menyebabkan kami saling berjauhan." Ayah memandang tepat ke arah mata aku yang masih kemerahan.
"Ayah tak sayangkan ibu? Sampai hati ayah...."
"Aiman, ayah mencintai orang lain." Ayah aku melafazkan bait-bait ayat yang aku taknak dengar pun. Aku sebagai seorang anak, hati aku luluh mendengar nya. Hati aku sangat hancur. Kalau aku ditempat ibu, aku mungkin akan merana bertahun2. Patutlah ibu membuat keputusan untuk berundur diri. Dia sudah tidak mampu untuk menangani hati ayah yang sudah dimiliki oleh orang lain yang lama kelamaan memakan hatinya sendiri.
"Ayah, berbaiklah dengan ibu. Aiman akan tolong ayah untuk berbaik dengan ibu semula. Kalau ayah suruh Aiman gantung bunga ke dalam rumah ni, tabur ros ke banyak2, Aiman boleh tolong. Marilah kita sama2 hidup dalam satu keluarga balik." Pujuk aku. Ayah hanya terdiam tidak mampu untuk berkata-kata.
"Kami tak boleh Aiman. Hati ayah yang mencintai orang lain menyebabkan ibu kamu disakiti berkali2."
Dahi aku berkerut seribu. Sakit yang teramat aku rasakan melihat ego melawan ayah aku sekarang ini. Aku mengetap bibir, geram.
"Siapa perempuan tu? Siapa yang ayah sangat cinta kan tu?" Tanya aku, bunyi sedikit menengking.
"Dia lelaki."
Wajah marah aku menjadi kendur.
YOU ARE READING
SUNYI
RandomSambungan HUTANG Aku sunyi. Aku takde adik beradik. Ayah dan ibu aku selalu gi kerja pastu balik lambat. Sampai satu tahap aku ni jadi introvert. Aku susah nak bergaul dengan orang, nak ada kawan pun susah. Tapi aku mempunyai habit lain yang membuat...