Bab 14 (Khairi)

2.4K 65 3
                                    

Aduhhh lama pulak aku menghilang. Sorry do keje banyak hahaha

Disebabkan lama sangat aku tak update, so aku update lapan bab terus untuk korang baca.

Elok2 baca tu hahaha

######

Aku menyarungkan pakaian aku yang kelihatan agak pudar warnanya berbanding dengan awal2 beli dulu. Waktu pun dah tengah hari. Celik mata je cari Aiman takde. Gi mana mamat tu. Call tak angkat, whatsapp tak baca pun. Bertuah punya member. Aku ni macam ibarat baru lepas kena rogol tau pastu kena tinggal camtu je. Anjai.. siap kau Aiman. Kalau aku jumpa kau nanti, sebulan kau takleh jalan.

Aku ambik beg aku lalu aku keluar dari bilik Aiman. Aku turun ke tingkap bawah. Aku nampak ayah Aiman ada tengah tengok tv kat ruang tamu. Aduhhhh malu bodo! Macam mana aku nak keluar dari rumah ni? Dahlah aku ni menumpang rumah orang pastu bangun pulak tengah hari. Tak malu betul.

Mampus aku. Tebal siak muka aku. Masalahnya asal dalam banyak2 hari, hari ni pulak ayah dia ni tak pergi kerja? Aiman pulak hilang tinggal aku macam tu. Dahlah tengah sedap2 main dengan aku semalam kau tinggalkan aku. Aku bukan pelacur kay!

"Eh Khairi!" Ayah Aiman tu tiba2 pulak tegur. Nampak pulak dia aku tengah menyorok belakang tangga.

"Errr... Morning uncle. Eh? Good afternoon uncle..." Kata aku bila aku jalan mendekat dengan pintu rumah. Niat nak keluar terus. Pastu boleh pulak ayah Aiman gelak tengok aku.

"Khairi kan nama? Meh lah makan dulu." Ayah Aiman lambai tangan kat aku, suruh gi lepak dengan dia depan tv. Roti bakar pulak ada duk depan dia.

"Eh takpelah uncle. Saya nak balik ni." Kata aku. Segan.

"Kamu balik lepas makan lah. Meh sini."

"Terima kasih uncle." Aku yang tak tahu malu ambik roti bakar kat meja. Lapar dan segan. Tapi bila orang dah pelawa aku ambik je. Rezeki jangan ditolak ye.

Tengah sedap2 aku makan roti bakar, ayah Aiman duk tengok aku. Anjir, jangan tengok aku! Tak pernah tengok orang makan ke aduhh! Tiber takleh pulak telan makanan ni.

"Rupanya yang ni Khairi tu." Ayah Aiman tersenyum memandang aku.

"Hah?" Aku blur.

"Taklah. Uncle ingat dulu waktu Aiman darjah satu dia selalu sebut kawan dia nama Khairi. Rupanya kamu Khairi tu." Kata ayah Aiman. Aku menelan air liur. Rasa gembira pulak Aiman cerita kat ayah dia pasal aku.

"Yeke uncle?" Aku tersengih2. Roti yang aku kunyah tadi tak hancur pun dah lekat kat celah gigi aku. Malu 7 keturunan kalau ayah Aiman nampak ni.

"Haah. Memang dari dulu sampai sekarang uncle tak pernah dengar dia sebut nama kawan dia selain Khairi. Jadi uncle ingat kawan dia Khairi je." Ayah Aiman seperti ajak berbual, televisyen yang menyala tadi ditutup menggunakan remote control.

"Ehh hahaha malulah saya uncle kenal saya sorang je." Aku gelak malu2 gitu. Ayah Aiman pulak tersengih jugak. Ingatkan lawak aku hambar. Rupanya dia support je lawak aku ni ye.

"First time Aiman bawak kawan datang rumah." Ayah Aiman tiba2 cakap macamtu. Aku diam, pastu aku gosok belakang tengkuk aku.

"Tak tahu pulak saya, uncle." Segan nak borak ngan orang tua sebenarnya. Kadang2 cara dorang borak bukan macam budak muda sekarang. Kalau aku silap cakap nanti takut dorang bagi perspektif negatif kat aku.

SUNYIWhere stories live. Discover now