Bab 27

1.3K 51 1
                                    

"Ye? Ada apa?"

"Err maaf nak tanya. Ni rumah Khairi ke?" Tanya aku, ibu jari menunjuk ke arah lelaki itu tanda hormat.

"Ye. Abang ni cari Along ke? Tapi dia takde kat rumah sekarang." Katanya.

"Oh yeke..." Aku menggaru kepala.

"Abang jemputlah masuk dulu. Maybe Along balik lewat sikit." Sapa lelaki itu. Tangan kanannya menghulur ke dalam rumah menandakan aku untuk dijemput masuk. Aku tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam.

Kelihatan 2 orang budak lelaki sedang berbaring di atas lantai yang berlapikkan toto nipis. Salah seorang daripada mereka sedang tidur dan seorang lagi seperti mahu bangun apabila melihat aku masuk ke dalam rumah. Seorang budak perempuan pula sedang menulis sesuatu di atas lantai. Ni mesti semua adik Khairi.

Aku melihat keadaan rumah itu sangatlah sempit. Perabot pun tiada. Hanya berbekalkan sebuah bilik sahaja. Itupun tidak cukup untuk 5 penghuni. Aku melihat beberapa bantal berada di atas lantai bersama dengan toto. Mesti mereka semua tidur di luar ni sahaja. Kesiannya.

"Ni adik Khairi yang mana satu ye." Tanya aku kepada budak lelaki yang membuka pintu tadi.

"Angah. Abang bersila lah dulu ye. Saya buatkan air. Sorry rumah ni sempit sikit." Kata dia sopan. Oh Angah rupanya. Jadi dia ni anak kedua daripada 5 orang adik beradik.

"Eh tak payahlah buatkan air. Abang datang sini bukan untuk minum pun." Aku menolak dengan sopan.

"Takpe. Abang kan tetamu. Abang duduk dulu ye."

"Okay."

Budak lelaki yang membahasakan dirinya angah sebentar tadi datang bersama secawan air milo. Dia meletakkan di atas lantai, di hadapan aku yang tengah bersila.

"Jemput minum bang." Katanya.

"Terima kasih. Angah ni nama apa ye." Tanya aku, saja nak borak.

"Nama saya Naqib bang." Katanya.

"Oh Naqib..."

"Tadi saya ada call Along. Dia cakap malam ni dia balik." Kata Naqib. Aku mengintai jam di tangan aku yang menunjukkan hampir pukul 5 petang.

"Oh yeke ermm..." Aku berfikir dahulu.

"Abang nak tunggu Along ke? Kalau abang nak tunggu, abang boleh rehat dulu dalam bilik Along kat dalam." Kata Naqib lagi. Aku memandang ke arah sebuah pintu bilik yang agak terbuka sedikit.

"Takpe ke abang tunggu sini? Takut adik2 kamu tak selesa abang duk sini." Tanya aku risau jika kehadiran aku mengundang masalah lain.

"Dorang ni okay je bang. Kan Alang kan." Kata Naqib, dia berpaling ke arah adik2 nya.

"Kitorang okay je." Mereka tersenyum memandang aku.

"Okaylah kalau camtu. Terima kasih tau." Kata aku. Secara tiba2 aku menerima satu mesej dari Uncle Mikael. Aku membuka telefon aku lalu membacanya.

"Aiman, uncle terpaksa pulang ke company sekarang, ada emergency. Ada pape bagitahu uncle tau."

Haa mampus aku. Aku nak tido kat mana malam ni hahaha.

Dipendekkan cerita, aku borak lama dengan Naqib sampai nak kul 7. Selebihnya Naqib paksa aku rehat dalam bilik. Disebabkan aku malas nak menolak, aku duduk di dalam bilik itu yang berbekalkan katil queen kayu dengan tilam yang agak nipis. Aku berbaring di situ sampailah aku tertidur.

Dan bila aku membuka mata, aku mendengar mereka sedang berborak. Kedengaran yang sangat jelas. Aku bangun lalu duduk di birai katil. Aku memandang jam tangan aku. Ia menunjukkan pukul 10 malam. Lama siak aku tidur.

Keinginan aku untuk berdiri terbantut saat aku melihat seorang lelaki tinggi lampai berdiri di muka pintu bilik. Mata aku agak samar memandang ke arah pintu dengan lampu bilik ini yang tidak dapat dihidupkan. Jadi aku susah nak tengok sape yang berdiri tu. Nak kata Naqib, tapi bukan. Sebab Naqib ni kecik je orangnya. Ni besar pulak aku tengok.

"Kau buat apa kat sini?"

Aku tercengang. Suara tu... Aku kenal sangat! Khairi! Akhirnya aku jumpa kau Khairi! Aku berdiri dengan teruja. Mata aku yang kelihatan agak kabur akhirnya dapat melihat wajah tampan Khairi bersama cermin matanya yang tidak pernah dipisahkan.

"Khairii!" Aku menghampirinya.

"Aku tanya kau buat apa kat sini?!" Suara Khairi kedengaran agak kuat dan kasar. Aku tersentak. Bibir aku yang senyum lebar tadi menjadi kendur.

"Aku datang cari kau."

Khairi mengeluh berat seperti kehadiran aku adalah suatu bebanan buat dia. Aku menunduk ke bawah.

"Balik." Katanya. Mata aku membulat memandangnya.

"Tapi Khairi..." Aku cuba menghampiri Khairi.

"Aku kata balik tu baliklah!" Tengking Khairi. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa mata aku dah berair siak. First time Khairi macam ni kat aku.

"Khairi... Ki..kita borak dulu jom. A...aku ada benda nak cakap dengan kau." Aku cuba memujuk. Tipulah air mata aku tak mengalir waktu tu. Khairi dah nampak lain. Dia dah berubah.

"Takde apa yang kita boleh borak. Keluar dari rumah aku sekarang!" Tegas Khairi.

"Khairi! Aku minta maaf! Tolong bagi aku peluang! At least bagi aku cakap satu benda kat kau! Please....." Aku berlutut di depannya. Suara aku bergetar dengan tangisan aku. Berjurai air mata aku jatuh. Khairi malah menjeling aku.

"Dahlah! Kau nak cakap ape lagi? Muaklah aku tengok muka kau."

Berkecai siak hati aku dia cakap macam tu. Khairi menarik lengan aku dengan kasar. Dia heret aku. Aku tak mampu nak lawan. Dia sangat kuat sehinggakan tubuh aku terangkat. Aku sedaya upaya untuk lawan. Tapi tak boleh. Sedar tak sedar. Aku dah berada di luar.

Adik beradik Khairi yang nampak kejadian itu cuba untuk memujuk Khairi tapi Khairi langsung tidak layan. Naqib siap menarik2 tangan abangnya itu.

"Along! Sabar Along! Kesian abang tu!" Jerit Naqib.

"Diam! Along tahu apa Along buat." Tegas Khairi.

"Dia datang jauh pastu tunggu Along berjam2. Pastu Along nak halau dia? Sampai hati Along." Naqib pujuk lagi. Khairi memandang aku tajam. Matanya penuh dengan kebencian. Khairi tidak berkata apa-apa, namun dia masih lagi mahu aku keluar dari rumah ini.

"Khairi...." Rintih aku, memandang wajahnya yang semakin lama tiada lagi wajah gembiranya.

Sangat kuat genggaman Khairi pada lengan aku sampai aku rasa kebas. Khairi menolak tubuh aku keluar sampai aku tertiarap ke atas lantai luar rumahnya. Tanpa berkata apa-apa, Khairi menghempaskan pintu rumahnya. Aku terdiam.

Begitu sakit hati kau Khairi, aku minta maaf.

SUNYIWhere stories live. Discover now