Macam biasa ah aku duduk kat kaunter dengan jari jemari aku mengetuk permukaan meja kaunter. Bosan siot. Harini Naqib tak datang kerja. Katanya dia ada hal yang penting nak diuruskan di pejabat sekolah. Amboi dia ni kan. Mentang-mentang kena cium dengan aku semalam terus tak datang kerja.
Tiba2, datang dua orang lelaki yang sangat aku kenali. Mereka berdua tersengih2 memandang aku. Khairi dan Aiman duduk di meja dan aku pun kenalah jalani tanggungjawab aku dengan ambik order mereka walaupun aku buat secara terpaksa. Aku pergi ke arah mereka berdua.
"Sihat Zul?" Tegur Aiman.
"Alhamdulillah sihat." Kata aku apabila selesai ambik order mereka berdua.
"Weh Zul. Adik aku kata dia ada kerja part time kat kedai kau ni." Kata-kata Khairi membuatkan aku blur. Adik dia celah mana pulak ni yang datang keje kat sini?
Ke Naqib? Eh bodoh sia! Patutlah muka Naqib ada iras Khairi. Adik dia rupanya! Shibal lah!
"Adik kau Naqib ke?!" Jerit aku, sebab terkejut.
"Yee..."
"Eh kau sini. Sorry eh pinjam boyfriend kau kejap." Aku tarik tangan Khairi. Khairi terpinga2.
"Ha okay." Aiman membalas.
Aku tarik Khairi jauh sikit dari Aiman.
"Kenapa eh aku ni takleh lari dari kau ha??" Tanya aku bengang.
"Kau dah kenapa ni? Aku tak faham ah." Khairi menggaru kepala.
"Rupanya Naqib tu adik kau!"
"Ye memanglah. Jadi??" Tanya dia. Blur nak mampus mamat ni.
"Eeee dulu dengan Aiman. Sekarang dengan Naqib pulak. Arghh! Kau ni dimana2 sahaja ada kaitan tau." Aku meramas kepala aku. Khairi pandang aku pelik. Dia tenung aku lama. Maybe tengah berfikir kot. Tak sampai 2 saat muka dia dah start berubah.
"Weh Zul. Kau ada hati kat adik aku ke?" Tanya Khairi, keningnya dijongketkan.
"Kalau ye pun kenapa?"
"Kau cakap betul2 dengan aku. Kau ada sentuh dia tak?" Khairi mendekati aku. Naik bulu roma aku tengok dia.
"T...takde..." Kata aku, bebola mata melihat ke arah lain.
"Ko jangan tipu aku Zul. Cakap betul2. Kau. Ada. Sentuh. Dia. Ke?"
Aku telan air liur. Sakit pulak tiba2 perut ni.
"Err.. aku ada cium dia semalam." Jujur aku.
"ARGHHHHH! AKU BUNUH KO!" Khairi menarik rambut aku lalu digoncangnya kuat. Macam budak2 perempuan gaduh main tarik2 rambut tu. Cam bodo je.
"Arghhh sakitlah! Rambut aku woi! Tercabut nanti botak aku!" Aku menggenggam tangan Khairi dengan kuat. Berkerut dahi aku menahan sakit.
"Woi woi! Kenapa ni? Kenapa korang gaduh ni?" Aiman datang melegakan keadaan. Akhirnya Khairi melepaskan genggaman dia pada rambut aku. Rambut aku dah mencanak naik sebab mamat ni. Rosak style aku.
"Aiman, tolong akuu... Tengok Khairi ni..." Aku memegang tangan Aiman.
"Wo wo! Jangan sentuh Aiman! Dia aku punya!" Khairi serta merta menarik tangan Aiman dan memeluk Aiman dari sisi. Aku mencebik. Bencik tengok pasangan dua ekor ni. Dah lah aku tengah single. Tengok ah nanti aku taken Naqib. Aku peluk cium dia depan korang nanti.
"Garang siot abang ipar aku ni." Kata aku.
"Abang ipar?! Amboi ko ni kan memang tak lama ah kena dengan aku." Khairi membetulkan lengan bajunya.
"Dah dah babe. Jangan gini. Cuba bagitahu kenapa ni." Aiman cuba memujuk Khairi.
"Si Zul ni suka kat Naqib." Kata Khairi pada Aiman.
"Wah seriuslah?" Aiman gelak.
"Suka hati aku ah nak suka sape pun. Kalau kau takleh nak jaga Naqib. Bagitahu aku. Aku dengan ikhlasnya boleh bawak Naqib naik pelamin dengan aku. Biar aku yang jaga dia." Sindir aku.
"Kepala bapak ko! Aku tak restu! Kau dengar betul2 ni! AKU TAK RESTU!" Pekik Khairi. Bising sial mamat ni.
"Zul, kau memang betul2 suka Naqib ke?" Tanya Aiman sambil tangannya tidak henti menahan tubuh Khairi yang bergelora bak gunung berapi sekarang ni.
"Ye. Aku suka Naqib. Aku nak jadikan dia milik aku." Kata aku dengan bangganya.
"Nek cik ko!" Khairi menyumpah lagi. Dengan segala maki hamun dia bagi kat aku harini. Biasalah tu bila dah dapat keluarga mertua macam ni haish. Kita kena bersabar ye.
"Bye abang ipar ku~ Tak lama lagi Naqib akan jadi milik aku." Kata aku pada Khairi sambil tangan dilambaikan.
"Lancau ah ko!"
Haish dia ni kang. Baran betul. Nasib baik aku seorang yang penyabar. Khairi yang asalnya tengah membara tiba2 dia berhenti. Dia dan Aiman membulat memandang aku. Aku pelik. Dah kenapa dua orang ni? Aku berpaling ke belakang.
"Eh Naqib? Sejak bila duk situ? Lama dah ke?" Tanya aku.
"Ba...baru je...." Naqib menundukkan wajahnya. Aku dapat lihat muka dia kemerahan. Dia dengar ke apa yang kami borakkan tadi?
"Naqib dengar ke?" Aku menghampiri Naqib. Naqib mengangguk perlahan. Alahai kantoilah pulak. Tapi kalau kantoi pun senang ah aku takyah dah confess dia depan2 hahaha.
Naqib tak cakap pape tapi dia berlari tinggalkan aku. Aduh satu hal lah pulak aku nak kejar dia. Dengan apron yang aku pakai ni lagi. Ah lantak ah kejar jelah. Biarlah orang lain tengok drama tengah hari macam ni.
"Naqib! Tunggu! Nak pergi mana tu?!" Aku panggil nama dia. Naqib akhirnya berhenti di salah sebuah lorong dimana ada aku dengan dia sahaja. Tercungap2 aku dibuatnya.
Aku mendekati Naqib yang bersandar pada dinding. Naqib terdiam. Muka dia masih merah. Dia blushing ke tu?
"Bang..."
"Kejap eh tengah letih ni." Aku mengangkat tangan kanan aku menandakan 'sebentar'.
"Okay. Sorry sorry."
"Ha okay sambung." Aku membetulkan posisi aku menegak dan mengadap Naqib. Naqib menunduk ke bawah.
"Bang..."
"Naqib kenapa lari ni?" Tanya aku.
"Abang suka Naqib ke?" Dia bertanya dengan keadaan tangan kanannya menutup bahagian mulutnya.
"Ye. Abang suka Naqib. Abang nak jadikan Naqib milik abang." Aku memegang kedua belah tangan Naqib. Naqib berpaling ke arah lain, mengelakkan wajahnya memandang aku.
"Naqib pun.... Naqib suka abang dah lama." Naqib akhirnya memandang mata aku.
"Eh yeke?" Teruja aku dibuatnya.
"Naqib suka abang sejak abang berkawan dengan Along. Naqib selalu intai abang kat sekolah dulu. Tapi bila Naqib dapat tahu abang keje kat sini, Naqib mula usya kedai abang ni." Kata Naqib jujur. Wahh aku tak sangka. Dia suka kat aku dulu sebelum aku suka dia. Romantiknyaaaa... Comel gila.
"Naqib..." Aku tak cakap apa, aku terus ragut bibir Naqib. Memang aku cium sepuasnya ah.
"Hmmpp!" Naqib macam hilang pernafasan. Aku memberhentikan ciuman aku pada bibirnya.
"Naqib. Jom kapel. Jadi pasangan abang." Confess aku. Kedua belah tangannya yang aku pegang sedang bergetar. Seperti sedang berdebar2 di hati.
"Kapel?" Muka Naqib makin merah siot hahaha. Aku peluk Naqib sambil gelak.
"Comelnya Naqib ni!" Geram aku.
YOU ARE READING
SUNYI
RandomSambungan HUTANG Aku sunyi. Aku takde adik beradik. Ayah dan ibu aku selalu gi kerja pastu balik lambat. Sampai satu tahap aku ni jadi introvert. Aku susah nak bergaul dengan orang, nak ada kawan pun susah. Tapi aku mempunyai habit lain yang membuat...