"Selamat pagi dan salam sejahtera! Semua pelajar darjah 1 sila berbaris di hadapan cikgu sekarang ye!" Wanita yang bertudung krim mengangkat tangan kanannya. Aku terpinga2 memandang wanita itu. Aku memandang ke kiri dan ke kanan aku, kelihatan ramai budak baya aku sedang berkerumun berbaris di hadapan wanita itu.
Aku takut..... Kenapa aku kat sini? Ibu dan ayah sengaja nak tinggalkan aku kat tempat macam ni. Aku rasa nak nangis... Budak2 yang lain sedang ketawa kegembiraan sedangkan aku masih tercegat tak tahu nak buat apa dengan beg pokemon aku yang aku galas ini.
"Kenapa kau taknak berbaris?" Tiba2 salah seorang pelajar disitu menegur aku. Aku macam biasa buat bisu je.
"Err..." Aku memandang dia dan kadangkala aku jeling.
"Jomlah berbaris sama2!" Budak lelaki itu menarik tangan aku.
"Woaaa..." Aku hilang imbangan dan tubuh aku ditarik supaya berdiri di sebelahnya di dalam barisan. Aku memandang dia dan dia sedang tersenyum. Macam mana dia boleh senyum macam tu eh? Aku nak senyum pun susah ni.
"Nama aku Khairi. Nama kau apa?" Kata budak lelaki itu.
"Err... Aiman..." Kata aku, mata sedang menjeling ke arah lain. Malu.
"Ohh Aiman. Mulai sekarang kita kawan tau..." Khairi tersenyum lebar, aku hanya memandang wajahnya itu.
"Kawan? Kita kawan?" Khairi mengangguk laju mendengar soalan aku yang masih berotakkan keanak-anakan pada ketika itu.
Sejak dari pertemuan pertama kali itu pada hari pertama aku masuk ke sekolah rendah yang itu pada umur aku darjah satu, aku dan Khairi secara tak sedar menjadi kawan rapat. Walaupun dia ada geng dia sendiri pada hari pertama dia di sekolah, dia takkan pernah lupa aku. Dia tetap akan menegur aku dan tetap jugak akan menempel dengan aku.
Even dia ada ramai kawan, aku jugalah pilihan dia untuk semua benda. Kalau dia nak gi makan ke, dia akan makan berdua je dengan aku. Dan bila dia nak balik rumah, dia sanggup tinggalkan geng2 dia tu untuk temankan aku balik ke rumah. Dia sampai tahu aku suka apa, apa yang aku tak suka. Pertemuan kami pada ketika itu memang singkat sahaja, tapi banyak benda dah dia tahu pasal aku. Tapi kenapa aku susah nak tahu benda tentang dia?
Pada suatu hari, aku keluar dari kelas 1A iaitu kelas aku memandangkan kelas dah habis. Macam biasa Khairi akan berjalan dengan aku. Dan sampai di pagar sekolah, dia akan teman aku sampai uncle Mikael datang jemput aku.
"Aiman, aku suka kau. Jom kita kahwin nanti dah besar." Kata Khairi sambil tersengih memandang aku. Aku yang masih otak darjah 1 waktu tu masih berfikiran kurang matang.
"Kahwin? Tapi ibu aku cakap kahwin ni lelaki dengan perempuan je. Lelaki dengan lelaki mana boleh kahwin." Kata aku sambil memegang beg galas aku yang besar gedabak ni.
"Aku tak kesah kau laki ke perempuan. Yang penting aku nak hidup dengan kau." Khairi tersenyum. Belum sempat aku nak berkata apa2, uncle Mikael datang tepat pada waktunya untuk menjemput aku.
"Kau nak balik macam mana?" Tanya aku bila tengok Khairi masih berdiri untuk menunggu aku pulang.
"Aku balik jalan kaki je." Kata dia tersenyum.
"Jalan kaki? Tak letih ke?" Tanya aku.
"Takpun hehe... Byee!" Khairi melambaikan tangan saat aku menutup pintu kereta.
Setibanya di rumah, aku bergegas ke arah ayah yang baru sahaja pulang dari office nya. Dia seperti sedang menghirup teh sambil menyilangkan kakinya di sofa.
"Ayah! Ayah!" Aku berlari mendapatkan ayah aku sehinggakan beg yang aku galas terjatuh ke atas lantai rumah.
"Ye Aiman... Kenape tu?" Tanya ayah, matanya melirik di kaca televisyen.
"Ayah... Boleh ke kalau Aiman nak kahwin dengan Khairi nanti dah besar?" Tanya aku kegirangan. Ayah yang tersedak mendengar soalan aku, mulutnya tersembur air teh panas yang diminum tadi.
"Kenapa kamu tiba2 cakap macam tu Aiman?" Tanya ayah, jarinya mengelap bibirnya yang basah.
"Sebab Aiman suka kat Khairi dan Khairi pun suka kat Aiman. Boleh kan ayah?" Tanya aku. Wajah ayah aku kelihatan cuak memadang aku.
"Astaga! Anak aku ni ikut baka aku ke jadi macam ni?" Kata ayah aku. Aku mengangkat kening, hairan.
"Ni semua salah abang!" Ibu aku yang berada di arah dapur tiba2 bersuara.
"Eh saya pulak yang kena." Kata ayah aku.
"Abang lah tu ajar anak kita jadi macam tu." Ibu berjalan ke arah ruang tamu dimana ayah aku tengah berada.
"Mana ada! Abang tak buat apa2 lah."
"Yelah tu! Aiman baru darjah 1! Dah kuban2 dah tu dia cakap!" Ibu menepuk kuat lengan ayah.
"Aduh sakitlah.... Abang tak buat apa2 lah!"
.
.
.
.
.Aku merenung siling bilik aku yang kelihatan sangat gelap pada pandangan mata aku sedangkan siling itu berwarna putih. Tubuh aku yang terlentang di atas katil tidak langsung bergerak malah mata juga tidak berkelip.
Apa bodohnya aku ni? Mengingati kembali pertama kali aku bertemu dengan Khairi, aku tak tahu yang Khairi akan jadi orang sepenting ini kepada aku. Aku menyentuh dada aku, hati aku terasa sakit. Kadangkala bibir aku tersenyum terkenangkan memori aku bersama Khairi ketika darjah 1 dulu.
Khairi, adakah hati kau sesakit ini? Atau apa yang kau alami sekarang lebih perit dari ini? Kenapa Khairi? Kenapa kau still suka kat aku even banyak benda jahat yang aku dah buat kat kau? Adakah sebab kita kawan sejak kecil? Atau sebab lain?
Dalam setiap malam aku yang sunyi, setiap hari aku yang gelap, kau sentiasa ada dengan aku.
Aku rindu kau. Kau buat apa ye sekarang ni? Agaknya kau dah makan ke belum? Aku rindu nak tengok muka kau, rindu nak tengok gelak tawa kau yang menemani setiap saat dalam hidup aku.
Dimanakah patut aku cari kau? Terlalu banyak persoalan dalam fikiran aku yang terlalu lama aku pendam.
Kepala aku rasa sangat sakit, penglihatan aku menjadi kabur, hidung aku mula tersumbat. Muka aku berkerut menahan tangisan aku. Air mata aku mengalir sehingga membasahi bantal.
"Khairi, aku sayang kau."
YOU ARE READING
SUNYI
RandomSambungan HUTANG Aku sunyi. Aku takde adik beradik. Ayah dan ibu aku selalu gi kerja pastu balik lambat. Sampai satu tahap aku ni jadi introvert. Aku susah nak bergaul dengan orang, nak ada kawan pun susah. Tapi aku mempunyai habit lain yang membuat...