Bab 20

1.5K 51 1
                                    

Aku menuruni anak tangga bersama butang baju sekolah aku yang masih belum dibutangkan secara rapi. Aku melihat ayah berdiri di diruang tamu sedang tekun memandang televisyen. Walaupun dia kelihatan tergesa-gesa sebetar tadi, tapi sempat lagi melayan berita awani.

"Seorang lelaki didakwa telah membunuh isterinya di hadapan anak-anak dengan menggunakan senjata tajam. Berdasarkan siasatan ahli forensik, mangsa telah menerima 5 tikaman pada bahagian dada dan 3 tikaman pada bahagian perut. Wajah mangsa juga didapati kesan lebam dan disyaki suspek mendera mangsa sebelum membunuh mangsa." Kedengaran suara pembaca berita wanita di kaca televisyen menyebabkan langkah aku terhenti dan aku sempat berdiri di sebelah ayah yang masih tekun menonton berita awani.

"Kejamnya." Kata aku.

"Tulah kan. Kesian isteri dia." Sambung ayah aku.

"Macam mana lah agaknya anak2 dia nanti tu hurmm..." Kata aku lagi.

"Eh kamu tak tahu ke?" Tanya ayah aku, wajahnya pelik memandang aku.

"Tahu apa, Ayah?" Tanya aku pelik.

"Ah takde apelah. Ayah gi kerja dulu eh. Tolong tutupkan tv." Kata ayah aku dan segera berlalu pergi. Aku mengangkat kening, hairan.

Sesampai sahaja aku di sekolah, macam biasa aku masuk ke dalam kelas. Semua classmates aku pandang aku. Mereka yang selalunya akan bising pada waktu pagi, tapi kalini mereka duduk di tempat masing2 dan mereka menunduk memandang meja masing2. Dah kenapa ni? Aku salah masuk kelas ke?

Aku berjalan perlahan lalu aku melintasi meja Khairi yang kosong. Kemudian aku duduk di tempat aku.

"Weh Liana. Kenapa dengan budak kita hari ni?" Tanya aku. Liana diam. Wajahnya kelihatan sedih.

"Aiman, kau tak tahu pape ke?" Liana berpaling ke sisi memandang aku dengan wajah pilunya.

"Tahu apa?"

"Pasal berita pagi tadi."

"Oh yang berita pasal lelaki bunuh isteri dia tu ke?" Tanya aku.

"Ye yang tu." Balas Liana.

"Kenapa dengan berita tu?" Tanya aku, masih menunggu jawapan.

"Sebenarnya..."

"Assalamualaikum kelas. Takpe jangan bangun. Duduk je." Kata guru kelas aku, Cikgu Firdaus saat kami semua ingin bangun memberi salam namun dihalang lembut olehnya.

"Kamu semua tahukan berita pagi tadi? Saya ada berita buruk pada kamu semua. Salah seorang pelajar kelas kita iaitu Khairi telah kehilangan ibunya dan ayahnya telah dimasukkan ke dalam penjara pada malam semalam." Kata Cikgu Firdaus.

Aku ternganga. Jadi berita pagi tadi pasal ibu bapa Khairi ke? Sumpah aku tak expect pun. Aku memandang ke arah meja Khairi yang kosong. Sedihnya... Sumpah sedih jadi Khairi.

"Marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah kepada ibu Khairi dan mendoakan agar beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin." Cikgu Firdaus menadahkan tangannya diikuti pelajar lain. Mereka menunduk meratapi nasib yang menimpa Khairi.

Sepanjang kelas pada hari ni, hati aku tak tenang. Aku makin lama makin rasa bersalah apa yang aku dah buat dekat Khairi tempoh hari.

Sesampai sahaja waktu kelas tamat, aku segera keluar dari kelas dan berlari menuju ke motor aku yang diparking berdekatan dengan pegawai keselamatan sekolah.

"Aiman!" Zul menjerit memanggil nama aku, dia berlari ke arah aku.

"Kenapa?" Tanya aku, sedang tergesa-gesa.

SUNYIWhere stories live. Discover now