I'm trying my best to fall asleep, but I just can't stop thinking about you.
"Kenapa tiba-tiba Abang balik kampung? tak bagitahu umi pun.."~ Durah yang sedang menyediakan sarapan pagi di atas meja,untuk anak lelaki bujangnya..Semalam nak berborak dengan Zareef,tapi dah lewat..Pagi ni baru sempat dia bertanya..
Macam mana dia tak terkejut..tiba-tiba anak lelakinya balik ke melaka lewat malam semalam..Sudah la jauh, driving pulak sorang diri..Hati ibu mana yang tak risau,nak pula dekat highway tu macam-macam jadi sekarang ni..Nauzubillahi min zalik..
Nasib baik hari ni dan esok dia ambil cuti mengajar,disebabkan ada hal yang nak disettlekan berkenaan kebun arwah suaminya..Tapi bila dah anak balik,tak jadi pulak dia nak pergi ke pejabat hartanah..Biasalah ibu,bila anak balik ke kampung,mula la rasa sayang nak tinggalkan dia dekat rumah..Lagipun Zareef dah 2 bulan lebih tak balik ke kampung sebab busy bekerja..katanya..
Zareef yang baru melabuhkan duduknya di meja makan,belum siap sedia nak menjawab soalan umi..
"Eerrr Abang dapat cuti last minute umi...umi masak apa ni..sedapnya bau..?" ~digosok perutnya yang sangat lapar,sejak dari semalam..Sekali dia cuba menukar topik umi nya bercakap tentang hal cuti..terus otaknya travel ke lain.. haih
Selepas berlakunya kejadian,di antara dia dan Rya pagi semalam, di dalam lif..Dia tak boleh pejamkan matanya..Nak mandi terbayang..nak makan terbayang..nak tidur lagi la terbayang..Kucupan dan deruan nafas mereka bersama semakin terngiang-ngiang di dalam kepalanya..Ini tak boleh jadi!
Jam di dinding dah berganjak ke pukul 10 malam, dia bangun menuju ke arah almari..di ambik bagpack nya dan beberapa helai baju,terus dia balik ke kampung dan cuti emergency..Dia rasa otaknya dah begitu kotor dengan apa yang dia buat pagi semalam..Aku harap bila dah balik ke KL nanti aku akan melupakan kenangan tu..TAPI selepas beberapa jam dia teringat kembali kucupan dan ciuman Rya dibibir dan dilehernya,terus rasa lemah semangatnya..Ahhh bodoh!!
Teringat pula perbualan di antara dia dan Farish semalam selepas kejadian itu...
"Hah..?"~ Zareef blur..
"Aku tanya.. kenapa leher kau ada kesan lisptick merah tu..?"~ soal Farish lagi sekali..matanya tak lepas merenung ke wajah Zareef..
Di sapu-sapu ke lehernya..
"Ish mana ada kau ni mengarut betul..!"~ tingkah Zareef.. dia dah cuak..
"Kau ingat aku tipu kau ke?cuba kau ambil jari kau tu sapu dekat leher..pastu tengok aku salah ke?kau yang betul..?"~ bebel Farish.. apa dia ingat aku buta ke? mata aku ni tajam tau...🧐
Zareef yang mengelabah dan takut..meraba-raba di lehernya,kemudian dia melihat ada kesan pada jari jemarinya..betul!! Kesan lipstick warna merah yang Rya pakai..tak terang dan tak pudar colournya, tapi sangat jelas dimata..Liurnya ditelan kelat..Aduh!! bodoh!! bodoh!!
"Ohhh ini...tadi aku pakai lip balm dalam kereta,yang aku beli hari tu dekat watson..Kau ingat tak? kan bibir aku ni kering..lepas tu benda tu patah..kebetulan pulak leher aku gatal,itu yang melekat ini.."~ jawab Zareef..hentam jela labu apa aku jawab semua mengarut dan tak masuk akal! bisik hatinya lagi...
Tercengang Farish..digaru kepalanya yang tak gatal..
"Apa yang kau merepek ni setannn..aku tak paham? haa tu..kenapa pulak bibir kau luka tu..?"~ soal Farish lagi tak puas hati..sesuatu betul la dengan mamat ni..Coffee? Lip balm? bibir luka?haishh tak masuk akal..
YOU ARE READING
Miss DANGEROUS !!!
Romance"Kau ni asal kerja memang mengedik ke?" ~ Zareef Zufay "Orang lelaki kalau digoda tak jalan maknanya dia bengkok." ~ Rya Atasha Warning 🚫 Sexy Storyline 🚫 18 + 🚫 Matured © All rights reserved by RaraIsmail9