Bab 26

7.8K 148 9
                                    

Love you but I'm letting go,
Little did I know, love is easy,
But why was it so hard?,
It was like never enough...


3 tahun kemudian...


"Abang dah hantar surat cerai itu dekat dia..He is not coming to the court." ~ ujar Arya Zidan..sambil melabuhkan duduknya dihadapan Rya...

Rya mengangkat kepalanya ke arah Zidan..dilepaskan satu keluhan kecil dari mulutnya..hmm aku dah agak! Ya Allah kenapa susah sangat dia nak lepaskan aku?berani buat tapi tak berani nak tanggung..dasar jantan tak guna! Hish sabar jela aku..

Teringat kiriman Whatsapp daripada Zareef selepas dia menghantar surat cerai pertama,kepada suaminya dulu..

Jangan harap i akan ceraikan you Rya Atasha!! Mark my words baby!!

Dicampak iphonenya di atas meja..tiba-tiba hilang terus mood nak buat kerja..Huh! Yes Zareef yang dulu bukan Zareef yang sekarang..dia keras! aku keras! sama-sama tak nak mengalah..Sampai bila? sampai abang jamil mampos! Masalahnya salah siapa? siapa yang mulakan dulu..Cap ibu dan anak! Selalu menyakitkan hati aku..

Dan muncul lagi di memori ingatanya,beberapa kiriman whatsapp dari Zareef..

You ingat i takut dengan surat cerai you?not me baby!

Kalau you berani sangat datang sini jumpa i face to face..then mintak cerai sekali lagi depan i..i can play card with you? dare or truth? love me or miss me?

Let's fix this,i can't lose you baby...

Huh dan itu adalah whatsapp terakhir dari Zareef,sejak 2 tahun yang lalu..memang satu pun tak dibalas..Rasanya lebih baik aku diamkan diri dari bergaduh dalam handfone buat aku sakit jiwa!

"Hantar lagi sampai dia rasa fedup..Sha tak nak jumpa dia Abang.."~ walaupun dalam hatinya,hanya Allah saja je yang tahu...

Zidan melepaskan keluhannya.. Dua dua degil ! dah 3 tahun berlalu..dari Zea kecik sampailah Zea dah besar,issue ni masih berpanjangan..apa diorang berdua nak aku pun tak paham..Nasib kau lah Zid!!

"Apa kata Sha jumpa dia kali ni je..dan itu permintaan dia..kalau Sha betul-betul nak bercerai dengan dia.."~

Laju Rya gelengkan kepalanya..Itu namanya aku cari nahas..aku kenal Zareef..kalau dah siap ugut aku macam tu..Orang bodoh pun boleh agak apa dia nak buat..

"No! Sha takkan jumpa dia Abang..dah cukup baik Sha bagi dia peluang jumpa Zea..sebab Zea tu anak dia.."~ mendatar saja suaranya..

Terimbas kembali kata-kata makian dari mulut umi sebelum dia keluar dari rumah Zareef...

"Kamu ingat kamu akan bahagia dengan Zareef selamanya?"~

Tersentak Rya..dia hanya mampu berdiam diri..benci sungguh umi pada aku?

"Entah-entah budak tu pun bukan darah daging Zareef!"~

Pantang sungguh aku kalau orang nak pertikaikan bab anak yang dikandung aku selama 9 bulan..sakit aku beranak kau tak fikir pulak.. Cakap ikut sedap mulut sendiri,tuduh orang sesuka hati..

"Dia anak Zareef.." ~ lawan Rya..

Berani kerana benar dan takut kerana salah..

"Kamu yakin ke dia cucu aku? aku tak rasa dia cucu aku..rambut pun dah macam kacukan..entah mat saleh celah mana yang kau tidur,lepas tu kau suruh Zareef pulak jadi pak sanggup?"~

Miss DANGEROUS !!! Where stories live. Discover now