Bab 14:Palau

4.9K 83 1
                                    


Ppang!

Vanessa menampar pipi Anggun. Anggun memegang pipinya yang terasa pijar.

"Asal you post macam ni kat IG you? Tak puas hati cakap depan-depan la weh! Main sebar fitnah satu company pulak!" Vanessa menengking Anggun.

Telefon pintar dihalakan ke Anggun. Anggun mengerutkan dahi. Skrin telefon pintar Vanessa ditatap.

"Bila masa saya post benda ni? Semalam saya siapkan draf projek kita. Betul! Sumpah! Awak silap tengok kut. Check balik siapa yang post." Anggun cuba menjelaskan Vanessa yang telah menyinga. 

Vanessa merengus.

"Habis? Ni bukan akaun you ke? Nak tipu apa lagi Anggun? Kalau tak puas hati cakap je depan I. You cakap I partner tak function? Semalam I tak tidur tau cari info call semua runner." Rungut Vanessa. Semua staf saling berbisik sambil melihat perbalahan Anggun dan Vanessa.

"Betul bukan saya? S-saya pun tak tahu camna boleh ada post ni dalam IG saya." Anggun cuba membetulkan situasi.

Arjuna tersenyum jahat. Dia menggigit ibu jari sambil melihat Anggun mula buntu.

"Masalahnya sekarang..you dah fitnah i. Bukan takat Encik Raj dah tengok post you. Orang atasan pun dah tengok! Sekarang ni you nak I jawab apa?!" Marah Vanessa lalu menyerabutkan rambut.

Vanessa mula bertinggung lalu menangis.

"Aku tak buat. Siapa yang post ni?!" Bisik hati Anggun mula menggigit jari. Kepala digaru.

Matanya melilau mencari kelibat Arjuna yang duduk sambil tersenyum jahat kearahnya.

Anggun terus menapak kearah Arjuna. Kemeja Arjuna dicengkam.

"Awak yang post kan!! Jawab Arjuna!" Anggun mula memberontak.

"Eh eh apa ni. Saya tak buat salah apa pun tiba-tiba kena fitnah nih!" Arjuna lantas menolak Anggun sehingga perempuan itu terjatuh ke lantai.

Vanessa melopong.

Semua staf ternganga.

"Wow bukan takat I..you dah fitnah. Sekarang ni you nak fitnah innocent people pulak!" Vanessa terus menarik tudung Anggun sehingga tudung itu tercabut.

Vanessa terus menarik rambut Anggun dan bercakaran. Anggun pula cuba melepaskan diri.

Vanessa menolak Anggun sehingga jatuh ke lantai.

"Dengar sini. Mulai harini kita bukan partner group. You cari lah orang lain!  Tu pun kalau ada lah!" Vanessa terus beredar keluar pejabat untuk menenangkan diri.

"Budak baru tu memang fake duh."

"Sanggup dia fitnah Vanessa. Vanessa baik duh dengan dia."

"Perempuan tak sedar diuntung!"

Pelbagai tohmahan dilemparkan dari staf lain. Anggun terngadah. Tangannya menggeletar. Dia seperti terkena panic attack. Visinya kabur.Matanya berkaca.

Arjuna memandang ke arah Anggun. Hatinya mengekek lucu. Padan muka kau!

Arjuna sengaja menepis cawan berisi kopi panas sehingga jatuh terkena baju kurung moden berwarna pastel milik Anggun.

"Ouch." Anggun mendongak memandang kearah Arjuna yang menyembunyikan tawa. Dia tahu ini semua angkara suaminya.

"Opps sorry." Balas Arjuna pendek dan sinis.

Anggun bingkas bangun. Bajunya basah dengan air kopi hitam. Warna pastel pink bertukar coklat.

"Guys guys. Apa yang bingit sangat pagi-pagi ni." Sapa Encik Raj yang muncul di pintu pejabat mereka.

Kelihatan Anggun yang sudah comot berdiri di hadapan semua staf.

"Anggun. What happen dengan post semalam? You okay?" Encik Raj bersemuka dengan anak buahnya itu.

Vanessa yang muncul di belakang Encik Raj mula bersuara.

"Sir. Judging from her IG post recently, Anggun taknak jadi partner I in this project. So please let me jadi partner with Lisa and Nara." Vanessa mula membuat aduan.

Encik Raj mula menggeleng kepala. Dia juga sudah melihat ciapan benci Anggun di Instagram kerana dia turut ditag di siaran itu.

"Guys please. You guys are grown up! So please if ada tak puas hati or whatsoever. Don't post it on social media. Dey it's immature! But fine the damage has been done. I allow you guys form group with 4 or 5 people for proposal! Thats all. Semua boleh sambung kerja macam biasa!" Encik Raj membuat keputusan.

"Ok Sir!" Sahut semua staf.

Anggun menunduk. Air matanya merembes keluar. Bibir digigit. Nasibnya sungguh malang hari ini.
Hatinya remuk apabila difitnah memfitnah orang lain.

"Semua orang! I think kita kena reform balik group. Pilih group korang memasing." Syaf mula bersuara.

Semua staf mula berpandangan.

"Satu group 4-5 orang. Ok guys boleh pecah dah pair partner korang." Syaf menepuk tangan tanda sedia. Semua staf mula mencari ahli pasangan kumpulan. Suasana sedikit hingar.

Anggun terkesima. Semua sudah mempunyai ahli group. Hanya dia yang tersisa.

"Boleh saya join group awak?" Soal Anggun kepada kumpulan staf berbangsa Cina. Mereka menggeleng kepala sambil berbisik mengutuk Anggun dalam bahasa Cina.

"Boleh saya join group awak pula?" Anggun masih tidak berputus asa. Satu kumpulan berbangsa India disoal. Mereka turut menolak Anggun.

Anggun menghela nafas. Ada dua kumpulan yang belum disoal. Group Vanessa dan Group Arjuna.

"Why you standing here? Mana group you?" Soal Encik Raj hairan sambil memegang fail dan dokumen.

Anggun terpaksa menebalkan muka dan mengutarakan kebenaran.

"I don't have group yet Sir. They won't accept me." Balas Anggun menelan air liur kesat.

"Tak malu!"

"Dah lah fitnah orang! Dah ludah nak jilat balik!" Hina staf sekeliling berbisik.

Encik Raj meraup muka kasar.

"Well I cannot force people to cooperate since we need mutual agreement to form a group. Then you did people wrong. Making mistakes. So I allow you do this project alone. Nothing can be done after all." Encik Raj membuat keputusan membiarkan Anggun berseorangan membuat projek ini.

Staf menjuih benci melihat Anggun. Anggun mengangguk faham kemudian menapak ke ruang kerjanya. Air mata sedaya upaya ditahan.

"Well. I decide to make this project as competition since we have lots of investor that want to collaborate with us in education sector. Our company are solely based on development of building especially involving civil engineering industries. Now we already expand our business to another sector which is education. Remember! The chosen winner will be rewarded with 10k ringgit." Jelas Encik Raj.

Semua mata staf bersinar mendengar hadiah 10 ribu ringgit akan dihadiahkan kepada projek yang dipilih oleh pelabur. Semua mula berbincang tentang projek.

Arjuna juga turut terkejut dengan amaun hadiah yang akan diberikan. Dia mula berambisi dan bercita cita tinggi. Dia boleh buat macam-macam dengan 10 ribu ringgit.

Anggun mengetap bibir. Dia duduk berseorangan.

Namun dia tidak akan berputus asa. Dengan 10 ribu ringgit dia mampu membiayai kehidupan abangnya dan dirinya tanpa bergantung kepada Arjuna.

Otaknya mula merencanakan idea dan mengemaskini draf projek miliknya.

Kali ini dia tidak mempunya sesiapa selain dirinya!

-

Love Me Again [Completed] ✅Where stories live. Discover now