Bab 2:Buli

9.4K 109 1
                                    


Flashback

2016

"Kita nak kemana ya?" Soal Arjuna polos. Dia pelajar baru di sekolah asrama itu. Selesai sahaja tingkatan 3. Dia berpindah ke sekolah baru.

Tiba-tiba malam itu dia dipanggil pula oleh sekumpulan senior.

"Kau ikut je lah. Budak baru kan? Banyak songeh pulak!" Bentak salah seorang senior yang mengelilinginya.

Arjuna mengangguk perlahan. Cermin mata yang melorot jatuh dibetulkan.

Sampai sahaja di tandas sekolah. Seorang lelaki menyandarkan diri di dinding menyapa.

"Ni ke budak baru tu?" Lelaki itu menekapkan kedua belah tangan ke pipi Arjuna. Mata bundar Arjuna memerhati lelaki itu naif.

"Aku Andika. Kau Form 4 kan?" Lelaki itu menghulurkan tangan. Bibirnya mula mengukir senyuman sinis.

"Ada apa-apa ke? Kalau takda saya nak balik bilik siapkan kerja rumah."Arjuna tidak menyambut huluran tangan Andika.

"Pergh budak pandai shiak. Aku pun malas nak cakap banyak. Cam ni la. Harini duty aku kena basuh jamban busuk ni. So aku pass duty aku lepas ni kat kau la eh? Aku takleh duh busuk-busuk ni. Bukan level aku." Andika tergelak kecil. Matanya menatap tajam kedalam anak mata Arjuna.

"Kenapa saya nak kena buat pulak bang. Duty abang kan? Saya banyak kerja ni."Arjuna mengerutkan dahi berasa tidak adil.

"Wuuuh melawan pulakkk. Mi. Ajar jap budak ni!" Andika mengerling kearah Fahmi, Redza dan Haziq

Bukk!

Satu terajang dihadiahkan ke perut Arjuna sehingga rebah.

Paip getah dicapai dan digulung lalu dilibas di belakang Arjuna berpuluh kali.

"Aduh. S-sakit!" Arjuna mengerang.

Andika mencengkam rambut Arjuna lalu menariknya. Kepala lelaki itu terdongak memandang wajah Andika.

"Eh kau tu Form 4 tau. Aku ni tua dari kau. Mak bapak kau tak ajar ke hormat orang tua. Hah bodoh!" Jerkah Andika.

Dia kemudian menerajang wajah Arjuna hingga darah terhambur keluar dari mulut.

"Sebab kau ni tak dengar cakap. Mulai hari ni aku lantik kau jadi anjing aku. Kau tau apa tugas anjing?" Tanya Andika senyum senget.

Arjuna menggeleng laju. Gerun dikelilingi 10 orang pelajar Form 5.

"Tugas kau. Jilat kaki aku. Ikut semua aku nak. Faham?" Kata Andika. Kaki ditonyoh ke wajah Arjuna.

Arjuna tergadah. Dia tidak menyangka sejak dari itu dia telah menjadi sasaran kuncu-kuncu Andika.

••••

"Kau kena belasah dengan set-set Andika ke?" Soal Ammar,rakan sekelas Arjuna.

Arjuna mengangguk perlahan.

"Aduh susah la kalau diorang dah target kau Arjuna...dulu sebelum kau masuk sekolah ni. Ada sorang mamat ni. Nama dia Harun. Dia kena buli teruk jugak lah dengan Andika tu. Habis satu badan dia melecur. Lebam sana sini. Last skali dia..." Ammar menggantungkan ayat.

"Dia apa?" Arjuna ingin tahu.

"Bunuh diri. Tapi dekat rumah dia lah. Polis cakap ini kes tekanan jiwa. Tak ada siapa pun berani buka mulut cakap Andika yang buat. Lagipun Harun tu kan ada bukti sakit jiwa dari psikiatri. Orang pun ingat dia tak tahan hidup." Cerita Ammar panjang lebar.

Arjuna ternganga. Seteruk apakah perbuatan Andika terhadap mangsanya?

"Sini ada orang nama Arjuna tak?" Jerit Andika lalu masuk kedalam kelas 4 Fikir itu.

Semua menoleh dan menuding kearah Arjuna yang menelaah buku Matematik Tambahan.

"Heii. Kau gi mana hah? Geng aku semua rindu kau. Habis kelas ni jumpa aku kat asrama Form 5."Andika mengatur langkah lalu memeluk bahu Arjuna.

Arjuna kaku. Dia masih takut.

Arjuna tergelak kecil. Air coke di dalam genggaman dicurahkan ke buku latihan milik Arjuna. Tin dikepal dan dilempar ke wajah Arjuna.

Ammar cuma terkelu dan menunduk takut.

••••

" Pegang dia. Pegang." Andika mengarah kuncu-kuncunya mengunci pergerakan Arjuna.

Bbuk!!

Andika menumbuk bertubi tubi perut dan dada Arjuna.

Lelaki itu termuntah darah.

"Apa macam? Best jadi douch bag aku?" Andika ketawa pulas.

"Tolong. Saya janji. Tak buat dah. Maafkan saya." Arjuna longlai. Bibirnya pecah dibelasah lelaki itu.

"Ziq,turn kau pulak tumbuk budak lembik ni." Andika mengarah.

Haziq tergelak lalu mengambil tempat.

Dush! Dush!

Tumbukan bertubi-tubi dihadiahkan ke dada Arjuna.

"Woi Ziq rilek ah. Patah rusuk budak tu karang." Andika tergelak suka.

Arjuna menangis teresak-esak.

"Kenapa kau orang buat macam ni hah? Tolong!!!" Arjuna meraung kuat. Darah mengalir di tepi bibirnya.

Andika memeluk tubuh. Dagu Arjuna dicekup.

"Kau tahu tak kenapa kau jadi sasaran kami? Sebab tak ada siapa pun akan tolong kau. Aku dengar kau ni anak yatim. Bapak mati. Mak kau OKU kan. Bisu plus pekak. Jual kueh depan sekolah ni. Kau ingat aku taktau ke beb. Hah?" Tambah Andika ketawa lucu memandang hina Arjuna.

Semua kuncu-kuncu Andika turut gelak.

"Aku boring do. Asal si Harun tu mati awal eh? Aku takde orang nak main sekali. So kau salahkan la si Harun tu. Kalau sial tu hidup lagi mesti kau tak kena buli." Andika menjuih bibir mengejek.

"Jadi sedar la diri eh. Semua takkan dengar cengeng kau tu." Andika menampar lembut pipi Arjuna.

Arjuna tergadah. Visinya kabur dengan air mata.

Dia tidak punya jalan keluar.

-

Love Me Again [Completed] ✅Where stories live. Discover now