Kepalanya terasa sakit. Perlahan-lahan Anggun mencelikkan mata apabila terdengar bunyi desahan ditemani ketawa.Perlahan-lahan Anggun mengangkat kepalanya. Dia tersedar dia telah tertidur diatas lengan Arjuna.
"Bangun dah pelacur?" Tegur Arjuna sambil menonton sesuatu di telefon.
"Awak buat apa ni?"Anggun tersedar dirinya tidak berbalut sehelai kain pun. Dia tidak ingat perkara yang berlaku pada dirinya semalam.
"Aku buat apa? Sekarang ke? Well aku tengah tengok movie porn. Pelakon dia buas betul. Nah tengoklah!" Arjuna melemparkan telefon ke muka Anggun.
Anggun mencapai telefon pintar yang berada di riba sebelum menonton semuanya.
Air matanya jatuh tika melihat dirinya membuat aksi yang tidak senonoh dengan Arjuna.
"Wuish sampai menangis eh kau. Sedih sangat ke movie ni? Hahaha." Arjuna ketawa besar. Telefonnya kembali dirampas dari genggaman isterinya.
"Sampai hati awak. Banyak tahun saya habiskan umur saya sayangkan awak. Macam ni sekali awak pijak maruah saya." Anggun menutup wajahnya lalu menangis.
"Eh tak payah buat drama murah lah kat sini. Masa abang kau pijak maruah aku dulu. Ada dia nak fikir dua kali?" Arjuna mencapai bantal tidurnya sebelum memukul bahu Anggun dengan bantal itu.
"Kau jangan risau. Rakaman ni aku sorang je tengok. Kalau kau buat perangai bebal kau tu..satu syarikat kita akan tau betapa murahnya kau." Arjuna menayangkan telefonnya bangga kerana mempunyai bahan untuk mengugut Anggun.
Anggun mencapai kain bajunya sebelum membawa dirinya kedalam bilik air. Dia tidak rela disakiti Arjuna lagi.
Hatinya remuk. Matanya bengkak kerana menangis. Air matanya tidak berhenti merembes.
Tetapi cintanya tidak pernah pudar terhadap suaminya itu. Dia tahu Arjuna cuma manusia yang penuh ego dan dendam. Dia adalah manusia yang pernah dilukai oleh satu masa dahulu. Anggun yakin Arjuna akan berubah suatu masa nanti.
°°°°
Seperti biasa Anggun agak lambat ke tempat kerja kerana tidak dibenarkan menumpang Arjuna ke syarikat itu.
Anggun menapak dan menunduk. Dia mahu mengelak dari jelingan dan kutukan staf sekeliling.
Perempuan itu terkejut melihat sampah sarap dan makian yang ditulis di nota kecil memenuhi meja kerjanya.
Anggun melihat staf sekeliling yang tidak menghiraukan dirinya.
Arjuna yang duduk berhadapan dengan Anggun menutup mulut menahan ketawa dan cuba fokus pada kerjanya.
'Hipokrit'
'Playvictim'
'Kaki fitnah'
'Gi mampos'
'Resign lah sial'
Satu persatu nota kecil yang melekat dimeja dicabut. Anggun menghela nafas berat. Mahu tak mahu dia perlu menahan perit yang dirasai.
Anggun membuka laptopnya dan menyambung membuat kerja yang ditugaskan.
"Guysss! I would like to congratulate Anggun for her proposal yesterday. Guysss let's praise Anggun for her brilliance!" Encik Raj menepuk tangan. Dia merasa kasihan pula terhadap Anggun yang dipulaukan semua staf.
Anggun mengangkat kepalanya lalu tersenyum simpul mendengar ucapan Encik Raj.
"Guys?" Encik Raj hairan melihat semua staf tidak memberikan reaksi dan menarik muka. Staf perempuan mencemik sambil berbisikan sesama sendiri.
YOU ARE READING
Love Me Again [Completed] ✅
Romance[KARYA PERTAMA] DEWASA Viewer Discretion 🔞 Explicit Content 🌚 Hidup Anggun Sufiya berubah 360° apabila terjatuh ke dalam lembah penipuan sehingga mengahwini seorang lelaki yang merupakan mangsa buli abangnya di sekolah dahulu, Arjuna. "Retak diba...