FlashbackSandwic dimakan. Buku diselak. Esok adalah hari peperiksaan semester pertamanya. Sudah tentu dia perlu mengekalkan skor yang baik. Jika tidak habislah biasiswanya bakal ditarik.
Arjuna mendongak. Terasa butir salji mula turun mengenai wajahnya. Itu salji pertamanya.
Langkahnya terhenti apabila sekumpulan lelaki mat saleh dan lelaki berkulit hitam mula mengerumuninya.
"Yo bro. You are that dumbass who tryna stop us hittin that Malay chick right? Remember? Last Monday?" Salah seorang daripada mereka menolak bahu kanan Arjuna.
"Shut the fuck up and fuck off. Piece of shit." Arjuna membalas. Dia cuba melintasi mereka namun gagal.
"Come on man. You defend that chic last Monday. Now defend yourself bruh. Try us. Try me motherfucker" Lelaki berkulit hitam meludah ke wajah Arjuna.
Arjuna mengetap gigi. Penumbuk dikepal. Ludah di wajahnya dilap dengan hujung baju.
Luka buli di hati masih segar. Dia takkan biarkan diri dia dilayan sebegitu rupa sekali lagi.
"Son of a bitch!" Arjuna melepaskan tumbukan ke wajah lelaki berkulit hitam itu.
Mereka mula saling bertumbukan. Cuma kali ini sekumpulan lelaki itu membelasah Arjuna.
Mereka menerajang Arjuna dan menumbuk wajah lelaki itu. Perutnya dan belakang menjadi tumpuan sepak terajang sekumpulan lelaki itu.
Anggun yang kelam kabut hendak pulang ke dorm terhenti langkahnya apabila terlihat sekumpulan lelaki yang mengacaunya tempoh hari sedang memijak seseorang.
Kelihatan Arjuna cuba melindungi wajahnya dari disepak sekumpulan lelaki berkulit putih itu.
Anggun cepat mencapai air kotak susu didalam beg sandangnya lalu dibaling kuat sehingga mengenai tepat ke belakang tubuh salah seorang dari mereka.
"You motherfucker! How dare you!" Lelaki berkulit hitam mula menyerang Anggun. Kolar gadis itu dicengkam.
"Touch me one more time. I will report you to the police for sexual harassment and bullying of innocent people!" Anggun bersuara tegas.
Lelaki berkulit hitam itu melepaskan cengkaman lalu menolak Anggun sehingga terjatuh.
"Stop!" Anggun menjerit lalu berlari kearah sekumpulan lelaki yang membelasah Arjuna. Lelaki itu ditolak kasar.
Mereka berhenti menerajang Arjuna apabila perempuan itu memeluk Arjuna cuba melindungi lelaki itu.
"Let's go man. Leave them behind." Salah seorang lelaki cuba mengajak mereka meninggalkan Anggun dan Arjuna apabila melihat salah seorang profesor menuju kearah mereka.
"God..sorry. Awak okay? Sorry..sebab saya.. awak jadi macam ni sekali." Kepala Arjuna dipangku. Anggun menekap bibir Arjuna yang berdarah dengan sapu tangannya.
Arjuna terbatuk keras. Perutnya terasa sengal dek kerana tendangan yang kuat.
Matanya menatap wajah gadis yang diselamatkan tempoh hari.
Anggun menangis sambil mengelap bibirnya yang penuh darah.
Terasa debaran di dada ketika anak matanya bertemu anak mata gadis itu.
Tidak pernah dia rasa seperti ini seumur hidupnya. Hatinya jatuh ketika melihat Anggun memeluk kepalanya dipangkuan sambil meminta tolong.
Dia tidak pernah jatuh cinta kerana seumur hidupnya dia hanya disakiti dan tiada sesiapa yang peduli akannya.
YOU ARE READING
Love Me Again [Completed] ✅
Romance[KARYA PERTAMA] DEWASA Viewer Discretion 🔞 Explicit Content 🌚 Hidup Anggun Sufiya berubah 360° apabila terjatuh ke dalam lembah penipuan sehingga mengahwini seorang lelaki yang merupakan mangsa buli abangnya di sekolah dahulu, Arjuna. "Retak diba...