Andika merampas budak kecil itu dari pegangan Arjuna.Arjuna terpaku. Enam tahun sudah berlalu dan Andika kini sudah tidak lumpuh lagi.
"K-kau?" Arjuna terkejut melihat budak lelaki itu memeluk Andika erat.
"Asal? Kau ingat aku lumpuh macam dulu ke? Kau cari kitorang sampai sini ek? Nak tuntut hak kau balik?" Andika mengangkat kening.
Arjuna seakan tidak percaya. Dia cuba menyentuh badan budak lelaki itu namun Andika cepat menepis tangan Arjuna.
"Memang. Aku datang sini sebab aku nak anak isteri aku balik." Arjuna cuba mengambil anak kecil itu dari pelukan Andika.
"Boleh gi mampos lah kau. Eh dulu masa aku cacat. Kau hina aku.. kau aniaya kami adik beradik. Atas alasan apa? Balas dendam? Sekarang kau tak dendam dah dengan kami ke? Kau dah bertaubat?" Andika menolak bahu Arjuna.
Arjuna mengetap rahang.
"Kau dari dulu sampai sekarang. Kau tak habis lagi dengan perangai setan kau." Arjuna mencekak kolar Andika.
Anak kecil itu mula merengek dan mahu menangis melihat perbalahan dua lelaki ini.
Andika tergelak kecil.
"Well..dulu boleh lah kau buat macam-macam kat aku masa aku lumpuh. Masa kami tumpang rumah kau. Sekarang kau jangan mimpi nak sentuh rambut budak ni dengan Anggun sehelai pun! Kau datang sini pun sebab cari diorang kan?" Andika mengangkat kening menyoal niat Arjuna datang ke bumi Amerika.
"Kau siapa? Aku ni suami Anggun. Bapa budak ni. Kau takde hak nak pisahkan kami. Asal? Kau nak lawan kat court. Jom! Kau jangan lupa ek. Aku ni tak ceraikan lagi adik kau." Arjuna sekali lagi cuba menarik anak kecil itu dari dakapan abang iparnya.
Andika berang mendengar kata-kata Arjuna. Adrian di dukungan diletakkan.
Bbush!
Pipi Arjuna ditumbuk. Andika melepaskan tumbukan sepuas hati.
Darah mula mengalir di tepi bibir Arjuna.
"Memang aku tak boleh halang kau. Tapi kau tau tak sekarang ni adik aku jijik dengan kau. Sebut nama kau pun dia taknak. Sepanjang kami duduk sini. Bermacam cara kami buat untuk padam kau dari hidup kami. Budak ni pun tak tau siapa kau!" Andika mula menceritakan semua.
Anggun masih belum dapat memaafkan Arjuna. Benci yang dirasa enam tahun dahulu kerana membuatkan Andika koma masih membara.
"Aku tak nafikan aku jahat kat kau dulu. Aku memang bangsat macam apa yang kau kata. Tapi kau pun takde beza la bangsat. Kau tu suami dayus! Manusia yang takda hati perut! Kami sakit pun kau pijak pijak kami!"Andika menggeleng kepala.
Adrian yang hanya berdiri sambil menghisap ibu jari diangkat lalu Andika meninggalkan Arjuna sendiri yang masih cuba menelan kenyataan yang dilontarkan.
°°°°
Anggun menggigit pen. Sudah lewat setengah jam dia menunggu ketibaan wakil syarikat dari Malaysia untuk melabur bersama syarikat tempat dia bekerja.
"I don't think he will come, Madam." Kata Anggun.
"No no. He will come. Usually he is very punctual. We will wait. I knew him. He is best represantative that this company sent." Madam Kalin menggeleng. Dia masih mahu menunggu wakil syarikat itu. Dia pernah berjumpa dengan wakil syarikat itu setahun lepas.
Anggun menggulingkan mata keatas. Jika wakil terbaik. Mengapa lewat datang ke mesyuarat? Mesyuarat penting pulak tu.
"Perhaps this is first time he come here." Madam Kalin masih mahu menunggu.
Seketika kemudian,pintu bilik mesyuarat dibuka.
"I'm sorry. I'm late. Something happen just now." Lelaki itu kelam kabut masuk ke dalam bilik mesyuarat.
Semua pekerja bangun untuk menyambut wakil syarikat itu termasuk Anggun.
Bagaikan mahu terhenti jantung Anggun melihat Arjuna menuju kearahnya yang duduk bersebelahan dengan Madam Kalin.
Anggun terus melarikan wajah. Tidak mahu dicam oleh Arjuna.
"Macam mana pulak dia boleh sampai ke sini?" Getus hati Anggun. Perempuan itu menunduk tidak mahu melihat Arjuna.
Arjuna menghulurkan tangan.
"Hello, nice to meet you. My name is Arjuna. I am represantative of Monachus Company"
Arjuna memandang hairan kearah perempuan yang menunduk dan cuba menyembunyikan wajah darinya.
Salam perkenalan juga tidak bersambut.
Lelaki itu membungkukkan sedikit tubuh cuba melihat wajah perempuan itu.
"Miss Anggun?" Madam Kalin turut hairan melihat kelaku pekerja kesayangannya itu.
Anggun mengetap bibir. Dia mengangkat wajah.
Matanya bertemu mata Arjuna.
-
YOU ARE READING
Love Me Again [Completed] ✅
Romance[KARYA PERTAMA] DEWASA Viewer Discretion 🔞 Explicit Content 🌚 Hidup Anggun Sufiya berubah 360° apabila terjatuh ke dalam lembah penipuan sehingga mengahwini seorang lelaki yang merupakan mangsa buli abangnya di sekolah dahulu, Arjuna. "Retak diba...