Bab 12:Kerja

11K 101 1
                                    


Spplash

Air Milo panas disimbah ke wajah Anggun. Mak Esah membentak geram. Mug kaca dibaling ke lantai.

Anggun menghela nafas. Cukup benci ibu mertuanya padanya.

"Maaf mak." Anggun melutut lalu mengutip serpihan kaca cawan itu.

Mak Esah menunjal kepala Anggun kerana tidak puas hati.

"Kenapa ni mak?" Tegur Arjuna yang bersiap untuk ke tempat kerja. Kelihatan Anggun mengutip kaca mug dan air Milo tumpah ke lantai.

"Anggun buat air Milo dan bihun goreng tapi mak taknak makan." Jelas Anggun perlahan.

Arjuna melopong. Langkah diatur kearah isterinya.

Rambut Anggun dicengkam.

"Mak aku tu ada kencing manis dan darah tinggi. Kau nak bagi dia mampus awal ke hah?! Kau memang sengaja kan!"Dagu Anggun dicengkam pula.

"Ni apa ni? Bihun goreng? Kau ingat kami orang kampung ke nak makan makanan bodoh macam ni? Kau gi masak benda lain!" Herdik Arjuna. Bahu Anggun terhincut kerana dimarahi.

Anggun kemudian mengangguk akur.

"Nih bihun nih. Kau bagi la abang cacat kau tu makan. Aku dan mak aku tak layak nak makan makanan miskin macam ni." Piring berisi bihun goreng itu dilempar ke tepi.

Anggun kemudian membuka api dan memanaskan periuk. Spaghetti di dalam plastik dan olive oil dicapai.

Andika terdengar herdikan suara Arjuna menghina adiknya di ruang makan. Dia mengetap bibir. Air mata jatuh di tubir mata. Dia sedar dia lah angkara adiknya diseksa.

°°°°

Hujung baju kemeja Arjuna ditarik. Lelaki itu menoleh.

"Awak-boleh saya tumpang...hari ini hari first saya masuk kerja. Kita dah lambat kan?" Pujuk Anggun yang sudah siap berpakaian pejabat. Beg berisi laptop dan kertas disandang ke bahu.

Arjuna tergelak kecil. Dahi isterinya ditunjal.

"Ewah engkau. Kau nampak muka aku macam driver kau ke?" Balas lelaki itu. Tangan yang dipegang isterinya direntap.

"Tolonglah. Ini hari first saya masuk kerja. Kita satu tempat kerja kan?" Sekali lagi Anggun memohon. Mengharap Arjuna jatuh kasihan padanya.

"Eh aku bagi kau kerja pun dah besar tuah tau. Gi mampos lah kau lambat ke apa ke. Kau sekarang ni melambatkan aku! Apa kata kau suruh abang kau hantar kau? Eh lupa dia cacat kan? Naik wheelchair. Awww kesian." Arjuna menolak Anggun sehingga isterinya terjatuh ke rumput.

Pintu kereta dibuka. Arjuna terus meloloskan diri kedalam perut kereta.
Enjin dihidupkan. Lelaki itu terus mengeluarkan kereta dari garaj dan memecut pergi.

Anggun menghela nafas berat. Langkah kaki diatur cepat ke jalan untuk mencari teksi. Kebetulan Grab susah dicari pula pada waktu itu.

Arjuna memandang kelibat Anggun yang semakin menjauh di cermin sisi kereta. Dia ketawa terbahak-bahak melihat perempuan itu terkial mencari teksi.

Seketika Arjuna menyandarkan badannya ke seat. Jalan raya direnung kosong.

Memorinya berputar ketika mereka hangat bercinta. Tika itu terasa cintanya begitu ikhlas. Cintanya terlalu besar buat Anggun. Mereka bagaikan lintah. Tidak dapat berpisah antara satu sama lain. Dari subuh hingga tengah malam mereka meluangkan masa bersama.

Air mata lelakinya jatuh. Hatinya terasa sakit. Cintanya kepada Anggun semakin pudar. Kini cinta itu bercampur dendam kesumat dan ego.

Parut di lengannya diperhati lama. Parut itu hasil buatan Andika.

"Jangan salahkan aku. Sebab abang kau..aku layan kau macam ni." Bisik kecil Arjuna.

°°°°

"You first time kerja pun lambat already!!" Herdik Encik Raj. Anggun menunduk. Hujung tali beg dikuis.

"Maafkan saya Encik." Anggun mengulangi permohonan maaf buat kali kesepuluh.

Arjuna yang duduk di meja staf tersenyum senget melihat Anggun dimarahi. Padan muka!

"You lulusan luar negara. Sebab tu syarikat ni hire you. Tapi careless. Sebab apa kamu lambat?! Sudah mau pukul sebelas baru masuk kerja ke dey? Sebab apa kamu lambat?" Tambah Encik Raj. Jari ditunjukkan kearah jam tangannya berulang kali.

Mata Anggun melilau kearah semua staf yang melihat kearahnya. Suara sumbang yang mula bergosip singgah ke telinga.

Kelihatan Arjuna yang menutup mulut dengan tangan sambil ketawa melihat kearahnya. Pandangannya sangat sinis.

"Se-sebab..." Anggun terbata. Matanya berkaca melihat kearah Arjuna.

"Tadi ada kesesakan lalu lintas." Balas Anggun perlahan.

Encik Raj menggeleng kepala. Fail dihempas ke meja.

"Lepas ni kalau kamu lambat lagi! Gaji kamu akan dipotong!" Ugut Encik Raj. Anggun angguk akur.

"Okey guys today kita ada staf baru. As you can see. Kenalkan diri kamu." Encik Raj menepuk tangan menarik perhatian semua staf.

"Saya Anggun Sufiya. Selamat berkenalan dan mohon tunjuk ajar." Anggun menyapa sambil tersenyum pahit melihat reaksi staf yang menyampah melihatnya.

Ada sekumpulan staf berbangsa Cina. Sekumpulan staf berbangsa Melayu dan sedikit staf berbangsa India.

Anggun mengatur langkah ke arah meja staf miliknya yang berhadapan dengan Arjuna.

Barang diletak keatas meja dan disusun kemas. Pandangan benci staf diabaikan. Anggun duduk dan membuka komputer riba. Staf sekeliling berbisik sesama sendiri.

Arjuna menggulingkan mata keatas melihat Anggun yang optimis mengabaikan pandangan sekeliling.

Dia mahu Anggun rasa sakitnya ketika diabaikan semua murid di sekolahnya dahulu. Badannya penuh luka tetapi tiada siapa sudi menolong dan berkawan dengannya ketika di sekolah dulu.

Ini semua angkara Andika!

Akan dia pastikan Anggun rasa keperitan yang dirasainya ketika dahulu.

Love Me Again [Completed] ✅Where stories live. Discover now