Bab 35 : Malam Genap 🌚

8.9K 87 13
                                    


Anggun mengerling kearah Arjuna lalu memejamkan mata. Selimut dipeluk erat. Tidak betah disentuh lelaki itu.

Seketika terasa tilam katilnya memberat. Jantung Anggun berdegup kencang.

Anggun mencelikkan mata. Kelihatan Arjuna masih lengkap berbaju. Memandang kosong kearahnya.

"Tunggu apa lagi? Cepatlah! Tak dapat nanti memintak pulak. Euw." Anggun menjeling tajam lalu memandang kearah lain.

"Do i have your consent?" Tanya Arjuna lagi.

"Ishh pulak. Yes. Cepat." Anggun menjulingkan mata keatas.

Anggun menghidu sesuatu yang menarik perhatiannya.

"Kau pakai minyak wangi eh? Sini!" Anggun menghidu bau bahu Arjuna. Sudah lama dia tidak bau sesuatu seperti ini.

Arjuna mengerutkan dahi. Rasanya dia cuma memakai minyak atar selepas solat. Dilihat kearah isterinya yang membuang tebiat.

Anggun menarik tangan lelaki itu lalu menghidu. Kali terakhir dia mencium bau ini adalah ketika mereka masih belajar bertahun dahulu di negara ini.

Anggun masih tidak puas menghidu bau itu lagi. Bau minyak atar itu terasa lebih wangi dari minyak wangi mahal di luar sana. Leher Arjuna pula dihidu.

Pipi Arjuna memerah. Kelakuan isterinya benar menguji nafsunya.

"Dah puas ambik bau? Saya ni macam ayam goreng dah eh awak buat." Arjuna tergelak kecil.

Anggun mencebik.

Rambut isterinya yang panjang dielus. Anggun melarikan mata kearah lain. Tidak mampu menatap anak mata Arjuna.

Arjuna menghidu leher isterinya. Mata Anggun membulat melihat perlakuan lelaki itu.

"Eh apa ni? Memandai je nak bau anak orang. Sexual harassment!" Anggun menolak.

"Tadi bukan main awak bau saya. Bila saya nak bau awak. Jadi sexual harassment pulak? Mana boleh." Sengaja Arjuna mengusik.

Anggun tergelak. Betul jugak kata lelaki itu.

Arjuna memberanikan diri mengucup pipi isterinya. Apabila tiada sebarang bantahan dari Anggun,barulah lelaki itu meneruskan perbuatannya.

Sengaja Arjuna menggeletek pinggang isterinya sehingga mereka berdua tergelak.

Anggun cuma membiarkan suaminya mengucup leher dan bahunya. Entah mengapa dia juga rindukan sentuhan lelaki itu.

Benteng egonya terasa runtuh sepenuhnya apabila lelaki itu membelainya tanpa sebarang kekasaran dan dihadiahkan kucupan lembut.

Sentuhan lelaki itu membuatkan dia hanyut terbuai dalam asmara yang tidak bertepi. Terasa lelaki itu mula menyedut buah dadanya. Anggun merengek perlahan membiarkan sahaja dirinya diulit.

Dia tahu malam genap bakal menjadi malam kegemarannya selepas ini

Andika yang terdengar gelak tawa mereka dari bilik mengepal penumbuk. Dia terasa terseksa melihat kebahagiaan mereka berdua.

°°°°

Anggun menolak lengan Arjuna yang memeluk pinggangnya erat. Matanya tertancap kearah botol putih yang tertonjol di balik bagasi baju suaminya yang terbuka.

Anggun bangun dari katil lalu mencapai botol putih itu. Botol itu dibelek. Dia pernah lihat botol ini sebelumnya.

Lorazepam.

Anggun tersentak. Sudah lama dia tidak lihat botol ini sebelumnya.

Bahu Arjuna yang masih tidur nyenyak ditepuk. Arjuna membuka mata kerana terkejut dikejutkan oleh isterinya.

Love Me Again [Completed] ✅Where stories live. Discover now