Bab 24: Tak tentu arah

7.9K 94 2
                                    


6 bulan kemudian

Arjuna mengigit buku lima sambil menunggu kelibat Anggun. Kerjanya di syarikat sudah terabai. Dia menghabiskan masa sehari suntuk memerhati Anggun dari jauh. 

Kehidupannya sudah seperti orang gila yang tidak tentu arah. Dia hanya merenungi nasib dan menangisi takdir. Dosanya terhadap Anggun terlalu besar.

Dia telah memusnahkan hidup manusia tidak berdosa semata-mata kepuasan dirinya membalas dendam.

Arjuna berdiri di suatu sudut memerhati Anggun secara senyap yang memilih barangan bayi. 

Perut isterinya memboyot. Hari demi hari dia menyaksikan kandungan Anggun membesar.

Dia mengikuti segala jejak Anggun secara sembunyi. Anggun mengangkat beg barangan bayi yang agak berat. Perut buncitnya diusap dan dielus.

Anggun menghela nafas berat. Dia telah mengemas semua barangan. Hari ini dia akan bertolak ke lapangan terbang menuju ke United States.

Mungkin rezeki bayi dalam kandungan, dia telah diterima Madam Kalin untuk bekerja di salah satu cawangan syarikat multi billionaire milik perempuan itu di United States.

Kali ini dia tekad untuk memadam segala ingatan tentang Arjuna. Dia ingin memulakan kehidupan baru di negara lain bersama abang dan mamanya.

Pintu kereta dibuka. Anggun meloloskan diri kedalam perut kereta lalu mula memandu pergi.

Arjuna turut masuk ke dalam kereta miliknya lalu mengikuti Anggun.

°°°°

"Nanti nak letak nama apa baby tu." Soal Datin Donna duduk bersebelahan Anggun di lapangan terbang.

"Tah. Tak fikir lagi. Mama...rasa tendang la. Cuba tekap tangan mama kat sini. Rasa tak?" Anggun mencapai tangan mamanya lalu ditekap ke perut.

"Abang. Cuba tekap tangan sini. Rasa tak?" Anggun mencapai tangan Andika lalu dibawa ke perutnya.

Andika mengangguk teruja. Dia tidak sabar menunggu kelahiran anak saudaranya. Dia sendiri tidak pernah berkahwin. Jujur dia juga mahukan anak kecil dalam hidupnya.

Anggun dan Andika saling ketawa apabila bayi didalam kandungan kembali menendang lebih kerap.

Gelak tawa itu menarik perhatian Arjuna yang duduk tak jauh di belakang mereka. Lelaki itu memakai mask dan memakai topi melihat kearah keluarga itu.

Dalam kepalanya bermain seribu perasaan. Mengapa mereka berada di lapangan terbang sambil membawa bagasi yang banyak? Dimana mereka akan menetap selepas ini?

Dunia mempunyai puluhan negara. Dia tahu niat Anggun berpindah ke luar negara adalah untuk menjauhkan anaknya didalam kandungan perempuan itu dari bertemu dengannya.

Tak lama kemudian bunyi pengumuman berbunyi. Sekeluarga itu mula berkemas untuk berangkat pergi. Arjuna mengetap bibir. Air matanya jatuh.

Anggun terasa dekat tetapi jauh.

Dia belum bersedia untuk melepaskan isterinya lenyap dari hidupnya.

"Anggun?" Arjuna memanggil.

Anggun menoleh mencari suara yang memanggil namanya.

Arjuna membuka mask dan topi. Dia menuju kearah isterinya. Tubuh itu dipeluk erat.

Anggun terpinga-pinga. Datang celah mana pula lelaki ini?

"Eihhh apa nih! Lepaslah!" Anggun cuba melepaskan diri dari dakapan itu.

"Tolong. Jangan tinggalkan saya. Saya perlukan awak."Arjuna mengeraskan badan tidak mahu membiarkan Anggun pergi.

Anggun terus menampar dan menumbuk tubuh lelaki itu sehingga Arjuna terpaksa melepaskannya.

"Kau tak faham bahasa ke? Aku tak nak jumpa kau! Kau nak tengok aku dan budak dalam perut ni mati?!" Anggun seperti kerasukan melihat wajah lelaki yang dibenci itu sekali lagi muncul.

"Awak nak pergi mana? Kenapa awak nak jauhkan baby tu dari saya? Saya tak benarkan. Sebagai suami..saya tak benarkan awak keluar dari negara ni." Arjuna cuba menggunakan kuasa veto sebagai suami.

Anggun mengangkat kening. 6 bulan tidak bersua tiba-tiba saja diarah begitu.

"Suami? Boleh gi mati dengan gelaran tu. Memang aku nak bawa budak ni jauh dari kau pun. Jadi suami aku pun kau fail. Oh sekarang ni nak jadi bapak yang baik lah ek? Teruskan berangan!" Anggun menolak kasar tubuh suaminya.

Anggun mencapai beg tangan lalu bingkas pergi. Kerusi roda Andika ditolak gadis itu.

"Anggun. Jangan!" Arjuna memegang utuh lengan Anggun.

"Tolong!! Tolong!! Lelaki ni cuba sakitkan saya!" Anggun mula menjerit dan melolong meminta pertolongan.

Semua orang disitu mula berhenti dan melihat situasi Anggun yang bergelut cuba melepaskan diri dari suaminya.

Tak lama kemudian, dua orang pengawal keselamatan mula mencelah. Bahu Arjuna dipegang dan dihalang dari terus menganggu perjalanan Anggun.

Anggun cepat-cepat bingkas pergi. Datin Donna dan Andika langsung tidak menoleh melihat kearah Arjuna.

Bayang mereka semakin menghilang. Arjuna masih menjerit meminta Anggun untuk tidak pergi meninggalkannya.

Dia buntu. Di mana lagi Anggun akan pergi melenyapkan diri?

Rambut diserabaikan. Dia hampir gila menanti perempuan itu. Menyeksa diri memerhati isterinya dari kejauhan. Kehidupannya sudah tiada arah tuju.

Jika Andika tidak pernah wujud. Dia pasti sudah bahagia bersama Anggun membina keluarga. Tiada siapa perlu terluka.

Kini Anggun sudah hilang dari dakapannya.

Love Me Again [Completed] ✅Where stories live. Discover now