Bab 10:Cabar

7.9K 80 2
                                    


"Mak..kenalkan,isteri Arjuna. Anggun Sufiya dan abangnya...Andika" Arjuna memperkenalkan diri mereka kepada seorang wanita tua yang berada di kerusi roda.

"A-andika?" Suara Mak Esah bergetar. Dia cukup kenal dengan pembuli anaknya. Dia terkenangkan nasibnya satu ketika dahulu yang merayu pada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap Andika.

Malangnya dia tidak dilayan, hanya kerana Andika anak Dato' yang berpengaruh dan terlibat dalam politik.

"M-mak" Anggun mengatur langkah kearah ibu mertuanya. Tangan tua itu cuba disalam.

Ppap!

Pipi Anggun ditampar Mak Esah.

"Oh...engkau lah ya adik lelaki tak guna tuh? Berani ye kau kahwin dengan anak makcik lepas apa yang abang kau dah buat kat Arjuna. Betina tak tahu malu!!" Mak Esah meninggikan suara seoktaf.

"Mak. Anggun minta maaf. Anggun tak tahu."Anggun memegang pipinya yang pijar. Kaki ibu mertuanya dipeluk.

"Hoi jangan sentuh aku lah. Aku jijik!"Jerit Mak Esah. Tangannya menolak-nolak kepala Anggun.

Ssplash!

Air kopi panas yang digenggam Mak Esah disimbahkan ke wajah menantunya.

"Owww." Anggun berundur dua tapak lalu terduduk. Baju dan wajahnya penuh dengan air kopi hitam pekat itu.

Perempuan itu terpaksa menelan semua kepahitan yang dirasai. Wajahnya yang disimbahi air kopi panas itu dilap dengan hujung baju.

Arjuna yang menyeluk tangan ke poket hanya melihat isterinya dianiaya oleh Mak Esah.

Anggun tersedu-sedan. Matanya bengkak.

"Woi. Sudah. Tak guna kau menangis air mata darah. Sekarang ni kau bawak abang cacat kau masuk bilik dia. Abang kau letak dalam bilik stor. Aku dah sedia tilam kat situ." Arjuna menerajang kerusi roda Andika sehingga Andika hampir terjatuh.

Anggun meluru kearah Arjuna. Kaki suaminya dipeluk.

"Tolong. Jun..abang saya tak boleh duduk dalam persekitaran kotor. Dia sakit..." Rayu Anggun. Wajahnya mendongak memandang sayu suaminya.

"Habis tu kau nak bagi dia tidur mana hah?! Bilik tidur aku??" Kakinya ditarik kasar dari pelukan Anggun.

"Saya sanggup tidur bilik stor tu. Dalam tandas pun saya sanggup. Tolonglah. Bagi abang saya mana-mana bilik. Rumah awak besar." Anggun mencuba nasib meminta simpati.

"Takkan lah kau pulak nak tidur bilik lain. Kau tu hamba seks aku!!" Jerkah Arjuna. Rahang isterinya dicengkam.

Andika berdengus kuat. Suaranya keras. Dia berusaha untuk menggerakkan badannya. Mahu melindungi adiknya dari terus disakiti.

Arjuna mengetap rahang. Tangannya menyeluk ke dalam poket isterinya.

"Apa awak buat ni?" Dompet di dalam poket dirampas Arjuna lalu dibuka isinya.

Kad kredit Anggun dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam sakunya.

"Anggap duit dalam bank kau ni duit sewa abang kau dan kau menumpang dalam rumah ni!" Arjuna menjawab bersahaja.

"Kau dengar sini. Kau dan abang kau diharamkan makan benda dalam rumah ni. Kalau kau kebulur. Kau dan abang kau gi mengemis sana!!" Kepala Anggun ditunjal.

"Jun. Jangan. Tu duit saya." Anggun menarik hujung seluar Arjuna yang bingkas pergi.

"Gi mampos kau sana."Arjuna menerajang kepala Anggun sehingga isterinya terdorong kebelakang.

Love Me Again [Completed] ✅Where stories live. Discover now