Hari ni merupakan hari minggu. Maka pekerja diberi cuti bergilir Jumaat dan Sabtu.Anggun sibuk mengemop lantai. Di sebelah tangannya terdapat dokumen idea projek yang telah dibuat sedikit demi sedikit. Dia sibuk menelaah sambil membuat kerja rumah.
Arjuna yang menuju ke dapur untuk makan tengahari terhenti melihat keletah Anggun.
Dia mengetap rahang geram. Mengapa Anggun seolah-olah tidak menunjukkan kesan walaupun telah dimalukan. Sebaliknya isterinya itu lebih bersungguh-sungguh.
Dia menuju ke dapur lalu mencapai semua makanan tin didalam kabinet lalu membuka dan membuang isi ke lantai.
"Tu-an..kenapa ni? Kan saya tengah mop lantai. Kenapa buang semua tu kat lantai?" Tanya Anggun mula tidak puas hati apabila Arjuna sengaja mencipta perbalahan.
"Eh bodoh. Semua ni salah kau! Kau tu bebal. Leka sangat membaca projek bodoh kau sampai tak sedar rumah ni tengah tunggang terbalik!" Tengking Arjuna cuba mencari sebab untuk mengherdik isterinya.
Arjuna menggigit bibir.
"Maafkan saya. Jangan la buang makanan tu. Rezeki." Anggun menegur perlahan.
"Pfft. Kau sayang makanan ni? Ye lah kan. Nanti abang cacat kau nak makan apa kan? Eh betina. Kalau kau nak tau. Post Instagram tuh aku yang buat! Itulah kau ni bodoh plus bebal. Padan muka kau kena pulau!" Arjuna cuba meruntuhkan harga diri Anggun. Tin makanan dilemparkan ke bahu Anggun.
Anggun tersentak. Matanya berkaca.
Dia tidak faham mengapa Arjuna perlu bertindak sejauh itu."Apa salah saya pada awak? Pernah ke saya malukan awak sebelum ni?" Soal Anggun. Rasa marahnya diredam dalam hati. Dia masih ada kewarasan untuk menghormat Arjuna sebagai suaminya.
"Kau tanya aku salah kau? Sini aku tunjuk kau." Arjuna terus beredar merempuh bilik Andika.
Arjuna merentap baju Andika dan memaksa Andika bangun dari katil lalu didudukkan ke kerusi roda.
Tangannya mencekak pipi Andika yang masih terkejut diperlakukan kasar.
"Asal kau tanya aku? Tanyalah abang kau! Marah abang cacat kau ni. Sebab abang cacat kau ni. Kau kena macam ni!" Arjuna mencengkam dagu Andika. Dahi Andika ditunjal-tunjal.
Anggun terpana. Dia meluru dan menolak Arjuna dari terus menyakiti abangnya.
"Apa awak buat ni!" Anggun menolak bahu Arjuna.
Anggun mendakap Andika erat.
Arjuna tidak puas hati. Anggun menolak Anggun semula lalu menekapkan kedua belah tangannya ke pipi Andika.
"Kau tau tak adik kau kena buli harini kat office. Semua staf pulau adik kau. Adik kau kena tampar. Kena tarik rambut.Kena ejek. Aku lah yang fitnah dia! Awww kesian kan? Akhirnya adik kau rasa jugak perasaan aku masa kat sekolah dulu." Arjuna seperti kerasukan setan mengutarakan semua penganiayaannya terhadap Anggun.
Anggun menarik tangan Arjuna dari menekap pipi Andika. Abangnya sudah menangis hiba lalu mengerang marah.
"Jangan sentuh abang saya!! Kalau awak nak pukul. Awak sakitkan saya aja!" Anggun memberi amaran.
Arjuna tergelak sinis.
"Kalau aku nak sentuh jugak abang kau? Apa kau boleh buat? Hmm?" Rambut Anggun dicengkam lalu dicium. Arjuna kemudian gelak jahat.
"Weh betina kau dengar sini. Kalau aku nak dera abang kau pun. Kau tak boleh halang. Aku ni suami engkau! Kau nak jadi isteri nusyuz?" Jerkah Arjuna. Anggun menggeleng sambil menangis tersedu sedan.
"Tolong jangan buat macam ni kat kami! Jangan aniaya kami!" Anggun memeluk lutut Arjuna sambil merayu.
"Sujud dan cium kaki aku dulu baru aku tak dera abang kau!" Arah Arjuna tidak berhati perut.
Anggun teragak agak menundukkan wajahnya. Dia bersujud ke kaki Arjuna. Kaki suaminya dicium. Air mata Anggun berjuraian hingga terkena kaki Arjuna.
Arjuna merentap kakinya lalu beredar pergi. Baldi berisi air mop dicapai lalu dituang ke kepala Anggun.
"Hernghhh." Andika cuba menggerakkan badan dan kakinya untuk menghalang Anggun namun hampa.
Anggun mengelap wajahnya yang penuh dengan air mop lalu memeluk Andika.
"Takpe abang. Anggun okay je." Anggun mengelus belakang abangnya. Mereka berdua menangis teresak-esak apabila dianiayai manusia yang tidak berhati perut.
°°°°
"Abang cuba gerakkan kaki tu sikit-sikit. Jangan risau. Anggun pegang tangan abang." Anggun memegang erat kedua belah tangan Andika.
Dia mahu mengajar abangnya perlahan menapak demi menyembuhkan lumpuh sementara itu.
Andika perlahan menggerakkan kakinya untuk berjalan. Langkahnya kecil.
Sebelah kaki yang keras cuba diangkat sedaya upaya.
Langkah Andika longlai. Abangnya terjatuh namun Anggun lebih cepat menyambut.
Andika serba salah. Adiknya tak pernah marah atau menyalahkan dirinya sedangkan Anggun telah menerima layanan yang dahsyat.
Dia bertekad untuk cepat sembuh. Dia akan melindungi adiknya dari terus disakiti!
°°°°
Keesokannya,Anggun mengemas semua barang diatas pejabat. Para staf sudah beredar bersama kumpulan mereka untuk mempersembahkan projek mereka untuk syarikat itu.
Anggun memasukkan pendrive miliknya ke dalam poket.
"Jangan mimpi kau boleh menang! Duit 10 ribu tu aku yang akan dapat. Kau? Teruskan bermimpi!" Bisik Arjuna sempat mencengkam lengan Anggun ketika semua orang sibuk membawa diri ke bilik mesyuarat.
Anggun menarik lengannya semula. Dia tidak menghiraukan Arjuna yang cuba meruntuhkan keyakinannya.
Arjuna terus beredar pergi bersama beg laptop dan dokumen
"Kau boleh buat Anggun! Konfiden!" Perempuan itu cuba meyakinkan diri.
Ggrukkk!
"Aduh perut aku memulas pula time gini! Ah masak!" Anggun memegang perutnya yang sakit.
Kebiasaannya dia memang akan sakit perut dan membuang air besar apabila terlampau nervous.
"Pergi tandas dululah!" Anggun membawa semua dokumen dan laptop ke bilik mesyuarat lalu keluar ke tandas.
Arjuna yang memerhati tingkah laku Anggun turut mengikuti perempuan itu ke tandas.
Perlahan Arjuna mengunci pintu tandas Anggun dari luar lalu beredar keluar. Dia sengaja mahu mengenakan perempuan itu.
Selesai sahaja membersihkan diri. Anggun menekan butang flush. Pintu tandas cuba dibuka namun tersekat.
Anggun cuba menarik pintu itu sedaya upaya tetapi malangnya gagal.
Pintu tandas diketuk kuat.
"Tolong! Sesiapa kat luar? Tolong saya. Saya terkunci!" Anggun menjerit meminta tolong. Dia mula gusar. Pasti perbentangan projek sudah bermula!
-
YOU ARE READING
Love Me Again [Completed] ✅
Romance[KARYA PERTAMA] DEWASA Viewer Discretion 🔞 Explicit Content 🌚 Hidup Anggun Sufiya berubah 360° apabila terjatuh ke dalam lembah penipuan sehingga mengahwini seorang lelaki yang merupakan mangsa buli abangnya di sekolah dahulu, Arjuna. "Retak diba...