Bab 33 : Nyawa

5.8K 93 17
                                    


Anggun menggigit kuku gelisah. Andika mengepal penumbuk melihat kearah Arjuna yang sudah terdiam seribu bahasa.

Jika semua sumsum tulang mereka tidak ada yang berpadanan. Maka jangka hayat Adrian akan berkurangan.

"Berapa lama anak saya boleh bertahan?" Tanya Anggun. Hatinya meruntun apabila terfikirkan nasib anaknya.

"Kebiasaannya anak puan takkan mempunyai jangka hayat lebih dari 20 tahun. Pemindahan tulang sumsum ni dikatakan hampir 65% pesakit leukemia berjaya atasi penyakit yang tiada penawarnya ini." Doktor Adam mengulas panjang.

Anggun mula menutup wajahnya lalu menyembamkan wajah ke dada Andika sambil menangis. Dia sudah buntu. Apa lagi perlu dia buat jika semuanya tidak menjadi?

"Tak sampai 20 tahun? Tak ada cara lain ke doktor? Saya tak pernah ada peluang nak kendong dia masa dia bayi." Luah Arjuna. Dia mula sebak.

Dia mahu tempoh masa yang lebih lagi untuk dia bersama anaknya. Hatinya mula bagai ditikam sembilu.

"Saya nak lebih lama dengan anak saya. Saya sanggup tukar tempat dengan dia kalau itu boleh buat dia sembuh. Sebelum ni saya tak ada peluang tengok anak saya merangkak,mula berjalan. Dia membesar tanpa saya. Bodohnya saya ni tak tahu dia sakit selama ni." Arjuna merayu.

Doktor Adam mengerutkan dahi cuba mencerna isi cerita yang disampaikan Arjuna.

"You two divorce?" Soal Doktor itu bersandar cuba mencari solusi.

"No." Jawab Arjuna dan Anggun serentak.

"Solusi lain untuk sembuhkan Adrian dari leukemia adalah sumsum tulang dari adiknya. Encik dan puan ada anak yang lain?" Cadang Doktor Adam mendapat idea.

Anggun tersentak mendengar idea gila doktor tersebut. Mata Andika terbeliak mendengar cadangan doktor itu. Adiknya dipeluk lebih erat menjauhi Arjuna yang duduk disamping Anggun.

"Kalau cara ni saja yang ada. Ada kemungkinan ke sumsum tulang anak yang lain tak berpadanan?"Arjuna memandang tajam ke arah Doktor Adam.

"Jika sumsum tulang ibu bapanya tidak sepadan. Amat mustahil jika sumsum tulang adiknya juga tidak berpadanan. Kebiasaannya sumsum tulang dari fetus atau bayi yang baru lahir mempunyai potensi yang besar untuk sesuai dengan abangnya." Tambah doktor itu lagi.

Andika mengetap gigi menahan geram. Anggun merenung lantai serba salah. Dia tidak mahu bersama dengan lelaki itu. Sumpah mati dia tidak mahu kembali kepada suaminya.

"Kalau isteri saya mengandung sekali lagi. Adrian boleh bertahan dalam masa 9 bulan?" Soal Arjuna ingin kepastian.

Doktor Adam mengangguk.

"Ya. Cuma perlu melakukan kemoterapi. Agak sakitlah bagi budak seusianya. Seperti yang saya katakan leukemia tak ada penawar. Kemoterapi hanya dapat mengurangkan kanser dari terus merebak dalam badannya. Kami sarankan encik dan puan segera dapatkan sumsum tulang dari adiknya." Doktor tersebut berhati-hati menyusun ayat apabila melihat reaksi Andika dan Anggun yang pucat.

Arjuna mengangguk kecil. Tampaknya dia tidak mempunyai cara lain lagi. Dia seperti bermusuh dengan masa. Anggun mengerling kearah Arjuna. Nyawa Adrian kini berada didalam genggaman mereka berdua.

°°°°

"Sial betul lah!" Andika menerajang kerusi hospital. Dinding hospital ditumbuk berulang kali. Jika begini jadinya makin susahlah si Arjuna berambus dari hidup keluarganya.

"Jangan la macam ni!" Anggun menahan Andika yang sudah naik gila.

"Bila masa lah si bangsat tu boleh berambus. Darah aku ni mendidih bila tengok muka dia. Faham tak!" Andika menepis tangan Anggun.

Mereka berdua terhenti apabila Arjuna melintasi mereka berdua.

"Semua sebab kau! Bawa bala!" Anggun berdecit. Kasar bahasanya terhadap Arjuna.

Arjuna menghembus nafas berat.

"Kita dah tak ada banyak masa." Arjuna memohon agar Anggun faham akan situasi genting ini.

"Dalam kesempitan ni. Kau nak ambik kesempatan kan! Bukan main sedap kau! Aku takkan bersama dengan kau! Puih."Tegas Anggun tidak mahu lalu meludah ke lantai tanda mogok.

"Look..kalau saya ikut keras kepala awak. Anak saya anak awak akan mati. Tolong jangan penting diri." Arjuna membalas.

Anggun menggigit bibir. Keliru dan celaru. Dia mahu menyelamatkan nyawa anaknya. Tapi bukan dengan cara meniduri lelaki yang dibencinya seumur hidup.

Andika yang melihat Anggun mula serba salah dan terbata-bata mula mencelah. Dia tidak mahu Anggun berubah fikiran.

"Kau boleh memantat dengan betina lain. Then guna sumsum tulang anak haram tu. Well tak salah kan? Genetik sama. Mesti boleh!" Andika mula memberi idea yang karut.

Arjuna mula hilang sabar mendengar idea Andika.

"Kau gila ke? Tak pernah belajar ke bodoh! Budak tu bukan dari benih aku sorang. Dari benih adik kau jugak! Memang konfem lah tak boleh! Doktor pun cakap sumsum tulang adik kandung dari rahim adik kau. Patutlah kau bodoh! Dulu pergi sekolah kerja membuli anak orang aje!" Bidas Arjuna.

Andika tergelak tidak sangka akan kata-kata yang keluar dari mulut Arjuna. Darahnya mula menggelegak.

"Kau tak rasa ke apa yang kena dekat Adrian tu balasan sebab kau aniaya aku masa aku kanser dulu? Kau ni memang sejenis manusia yang kena laknat! Tahniah sebab kena balasan! Puas hati aku!" Andika mula mengungkit.

Arjuna yang sudah hilang kesabaran menumbuk pipi Andika.

"Puas hati kau? Budak tu anak saudara kau!! Kau cakap tu biar bertuhan sikit!" Arjuna menengking. Seolah-olah Andika menghina nasib budak kecil yang terlantar sakit itu.

"Sudahlah! Memang betul apa yang Andika cakap. Ni semua sebab balasan apa yang kau buat dekat kami!" Anggun menyokong kata-kata Andika.

Arjuna terpana apabila melihat perangai Anggun yang begitu benci akan dirinya.

"Aku pernah bagi kau enam bulan kan? Fine. Dah memang tak ada cara lain. Kau nak aku pregnant. Aku boleh pregnant sekali lagi." Tambah Anggun.

"Kemas semua barang kau. Kau tinggal kat rumah aku. Rumah aku ada mama dan family aku. Kalau kau tak malu la. Dipersilakan." Anggun terpaksa bersetuju mengenangkan Adrian yang bertarung nyawa.

"Dah gila ke? Nak bagi pembawa sial ni tinggal rumah kita?" Andika tidak setuju. Kepalanya digeleng tidak mahu mempercayai keputusan adiknya.

"Lepas enam bulan, aku nak kau berambus. Aku tuntut janji kau. Lepaskan aku. Ceraikan aku. Jangan buat cerita sedih pula meminta nak tengok Adrian dan anak baru kau!" Anggun tekad.

Arjuna terpempan. Mahu tidak mahu.Perlahan dia mengangguk setuju. Andika pula sudah hilang arah. Dia tidak rela membiarkan musuh abadinya meniduri adiknya sekali lagi.

-

Love Me Again [Completed] ✅Where stories live. Discover now