Arjuna mengelus lembut rambut Adrian yang tertidur dalam kendongannya.Doktor memberikan kebenaran untuk Adrian pulang ke rumah untuk meluangkan masa bersama keluarga sebelum sesi kemoterapi bermula.
Hatinya meruntun melihat wajah Adrian yang seakan menahan kesakitan walaupun dalam tidurnya. Bibir anaknya pucat lesi.
Fokusnya teralih apabila Andika merampas Adrian dari dakapan Arjuna.
"Bawak barang-barang celaka kau tu sendiri. Tak ada masa aku nak tolong angkat! Kau jangan nak buat macam rumah sendiri pulak eh! Kau sekarang ni babu keluarga ni!" Herdik Andika menepuk Adrian yang terjaga dari tidurnya.
Anggun membuka pintu rumahnya. Datin Donna menyambut anaknya. Langkahnya terhenti apabila melihat figura Arjuna yang berdiri di belakang anaknya.
"Kenapa kau orang bawa jantan ni pulang!" Keras suara Datin Donna.
Anggun memandang sekilas kearah Arjuna. Dia menceritakan semua pada mamanya agar dia faham akan situasi tersebut.
Datin Donna usai mendengar kesemua cerita dari mulut Anggun mencekak pinggang. Arjuna dipandang dari ekor mata.
"Mama.." Arjuna menghulurkan tangan untuk mencium tangan ibu mertuanya.
"Mama? Sejak bila pulak aku beranakkan kau? Panggil aku Datin! Jangan cium tangan aku. Jijik!" Hambur Datin Donna berpeluk tubuh.
Arjuna menundukkan wajah lalu mengangkat bagasi masuk ke dalam rumah. Hatinya dikuatkan untuk menerima segala layanan buruk.
"Rumah kami ada empat bilik. Bilik ni aku punya. Tu bilik Andika. Depan tu bilik mama. Belakang bilik Adrian. Tak ada ruang untuk pendatang macam kau." Anggun sengaja membuatkan Arjuna canggung.
"Kalau macam tu saya tidur dengan awak.." pinta Arjuna tetapi cepat dia batalkan niat apabila Anggun mencerlung tajam kearah suaminya.
"Tak payah! Kau tidur je mana-mana! Tandas ada! Tidur situ lah! Rumah setan. Kau pun tak ada beza kan dengan setan sebelum ni!" Sindir Anggun.
Arjuna cuma akur. Malas mahu bertengkar.
°°°°
Satu kertas yang tebal dilemparkan ke wajah Arjuna yang leka mengendong Adrian.
"Apa ni?" Soal Arjuna mengutip kertas tersebut.
"Kontrak? Kontrak perjanjian kau dan aku." Balas Anggun pendek sambil berpeluk tubuh.
"Kontrak untuk apa?" Arjuna membelek isi kandungan kertas itu.
"Dalam kontrak ni aku nak persetujuan kau. Baca lah sampai habis. Semua benda perlukan hitam putih. Kalau pakai air liur. Banyak cekadak kau nanti dengan drama air mata kau tu." Anggun bersuara seperti mem.
Dia tidak akan bagi muka terhadap lelaki ini. Selepas apa yang Arjuna lakukan kepada keluarganya. Dia akan menyakiti Arjuna dengan cara yang sama.
Arjuna meneliti rules yang perlu dia akur dan perjanjian yang agak berat sebelah.
Perjanjian pertama dia perlu menjadi babu atau orang suruhan keluarga itu.
Perjanjian kedua dia tiada hak untuk menuntut segala harta benda dan tiada hak untuk menuntut Adrian dan anak yang lain di masa akan datang.
Arjuna mengerutkan dahi membaca rules Anggun yang terperinci tentang dia perlu membuat kerja rumah yang sepatutnya menjadi tanggungjawab isteri.
Perjanjian ketiga mereka akan tidur bersama atau melakukan hubungan kelamin pada hari genap dalam seminggu iaitu Isnin,Rabu dan Jumaat.
Perjanjian keempat dia perlu berhenti kerjanya di syarikat Malaysia dan menjadi orang suruhan sepenuh masa di rumah mereka.
Perjanjian kelima dia tidak boleh melawan atau bersuara apabila dilayan secara tidak adil. Perlu menelan segala cacian dan bulian oleh ahli keluarganya merangkap tuan kepada Arjuna.
Perjanjian keenam ialah setelah tamat enam bulan. Dia perlu memutuskan segala hubungan dengan anaknya dan isterinya Anggun. Dia perlu melupakan segala perbuatan Andika terhadapnya sebelum ini dan melupakan kewujudan Adrian dan isterinya.
"Mengarut! Saya suami awak! Ayah kepada anak awak! Saya tak boleh dilayan macam ni." Protes Arjuna.
"Well kalau taknak..nampak pintu depan tu? Kau dipersilakan berambus. Lagipun kami tak alukan kau pun." Anggun sengaja menyakitkan hati Arjuna.
Arjuna mengacip gigi. Egonya sebagai lelaki tercabar.
"Dulu bukan main kau layan aku macam bibik mak kau! Sekarang bila kau kena layan macam ni. Tau pulak kau nak merengek nak mengada!" Anggun melayan suaminya kasar sekali.
Arjuna hanya memandang kosong kearah kertas itu.
Jika dia tidak bersetuju akan syarat Anggun. Keputusannya juga akan merisikokan nyawa Adrian.
"Tercegat apa lagi! Tandatangan lah!" Gertak Anggun. Pen hitam dilempar ke wajah suaminya.
Arjuna menurunkan tandatangan ke kertas kontrak itu dengan berat hati.
°°°°
"Mama. Stop buat kerja. Mulai hari ni. Arjuna akan ambil alih semua kerja dalam rumah ni. Dia lah maid. Dia lah pak guard. Semua orang dalam rumah ni kalau nak apa-apa minta kat Arjuna ye." Anggun sengaja mengumumkan kepada semua orang didalam rumah itu.
Datin Donna, Andika dan Adrian menjadi saksi perlakuan Anggun.
Andika yang bersandar ke dinding hanya tergelak sambil menepuk tangan apabila melihat wajah cemberut Arjuna.
"Nampak batang mop tu? Ambik lah cepat! Mop satu rumah ni. Pinggan mangkuk yang bertimbun kat sinki tu. Cuci semuanya!" Arah Andika lalu melempar batang mop kearah Arjuna.
Arjuna menahan geram. Batang mop diambil lalu dia memulakan kerjanya.
"Mom why are you yelling to uncle?" Tanya Adrian naif. Anggun melarikan pandangan dari anak mata bundar Adrian. Dia tidak mahu hatinya jatuh kasihan.
Andika yang melihat anak saudaranya yang polos itu mula mencelah.
"Because..this uncle is evil. Bad guy. He deserves it." Andika cuba menanamkan benih kebencian dalam minda Adrian.
"He is not!" Adrian terus berlalu pergi menuju ke biliknya. Laci bawah dibuka. Dia masih menyimpan gambar ayahnya walaupun semua foto antara ibunya dan ayahnya telah dibakar.
Gambar itu dipeluk lama. Sejak dari kecil dia menatap gambar itu.
°°°°
Arjuna menghamparkan toto dihadapan bilik Adrian. Dia tidak tahu mahu tidur dimana. Hanya beralaskan lengan dia cuba memejamkan mata. Dingin kerana musim salji diluar menusuk ke tulang hitamnya.
Anggun yang dalam perjalanan ke bilik tidurnya terhenti melihat Arjuna yang tertidur pulas.
Sudahlah seharian Arjuna mengemas rumahnya dan melakukan semua kerja yang patut dilakukan oleh seorang isteri.
Perlahan Anggun mendekati Arjuna. Belakang badan lelaki itu disenggol dengan kakinya. Mata Arjuna yang dipejamkan mula celik.
Anggun menghela nafas panjang.
"Cepatlah. Masuk bilik. Malam ni malam genap." Tegur Anggun sambil menjulingkan mata keatas.
"Malam genap?" Arjuna perlahan bangun. Belakang badan yang sakit dipegang kerana tidur di lantai yang keras.
"Kau lupa? Dalam perjanjian kita? Malam genap..hari kita buat anak." Anggun memeluk tubuh. Dia mahu cepat-cepat menyelesaikan hubungan kelamin mereka.
Dia berharap sangat dia hamil dalam satu atau dua percubaan. Dia tidak mahu disentuh lelaki yang dia benci itu berulang kali.
Arjuna perlahan bangun dan membuntuti Anggun masuk ke dalam bilik untuk memenuhi kewajipan mereka.
Andika yang berdiri di balik dinding mengetap gigi menahan marah. Bukan kepalang lagi hatinya bengkak. Dia risau jika Anggun akan berubah hati suatu masa nanti.
-
Next chapter ada ringan-ringan 🔞 HAHAHAHA. Risau ye 🌚
YOU ARE READING
Love Me Again [Completed] ✅
Romance[KARYA PERTAMA] DEWASA Viewer Discretion 🔞 Explicit Content 🌚 Hidup Anggun Sufiya berubah 360° apabila terjatuh ke dalam lembah penipuan sehingga mengahwini seorang lelaki yang merupakan mangsa buli abangnya di sekolah dahulu, Arjuna. "Retak diba...