Hati hati dengan cinta,
Kerana cinta juga dapat membuat
Orang sihat menjadi sakit,
Orang gemuk menjadi kurus,
Orang normal menjadi gila.3 tahun kemudian
"Careful. Your hands might burn." Pesan Datin Donna sambil mengawasi Adrian yang cuba memasak telur dadar.
"I got this. Don't worry." Adrian mengangkat telur dadar itu kedalam pinggan.
"Can i try it too?" Sampuk seorang budak kecil ditepi Adrian.
"Cannot baby. You are little baby. You my baby." Adrian mencubit pipi Aisy,adiknya yang ingin mencuba menggoreng telur dadar.
"Let's go eat." Adrian meminta Datin Donna mendukung adik kecilnya lalu didudukkan ke kerusi bayi.
"I want mama eat too. Pwease." Pinta Aisy menggoncang tangan Adrian.
Adrian cuma membisu. Nafas berat dilepaskan. Ibunya Anggun sudah berputus asa untuk hidup. Anggun cuma berkurung didalam bilik.Siang dan malam baginya sama. Anggun cuma terbaring lesu merenung luar tingkap menangisi takdir.
Adakalanya dia akan mengamuk dan memecahkan barang lalu menangis sekuat hati. Di hadapan matanya cuma Arjuna. Mimpi malamnya hanya Arjuna. Anggun hanya termenung menyalahkan dirinya.
Makan dan tidur sudah diabaikan. Mandi juga hanya sekali dua minggu. Hidupnya kucar kacir. Dia cuma menangis dan meraung sambil menatap gambar Arjuna yang pernah ditatap Adrian suatu masa dahulu tatkala mencari figura ayahnya.
Datin Donna turut menghembuskan nafas panjang. Selepas Anggun melahirkan Aisy, anaknya sudah berubah drastik. Datin Donna telah mengambil alih tugas seorang ibu menjaga Adrian dan Aisy.
Dia juga berasa disisi kedua cucunya tatkala pembedahan besar pemindahan tulang sumsum. Hasilnya penyakit leukemia yang dihidapi Adrian berjaya dikurangkan risikonya. Namun Adrian masih perlu dipantau doktor sehingga leukemianya benar sembuh.
Pinggan berisi nasi goreng dihidangkan ke Anggun.
"Arjuna?" Anggun menoleh. Selimut yang diselubungkan dilempar ke tepi. Pipi Datin Donna ditekap dengan tangan Anggun. Anggun memeluk ibunya erat.
"Jangan pergi. Saya sayangkan awak. Saya minta maaf. Awak sakit ke? Saya ada kat sini." Anggun mula meracau.
Datin Donna memegang kedua belah bahu Anggun.
"Sudahlah nak. Sampai bila nak bersakit meracau macam ni? Budak dua orang tu makin membesar. Takkan sampai tua pun nak jadi begini? Yang dah pergi biarkanlah pergi." Datin Donna memarahi Anggun yang sudah seperti orang tidak betul meratapi Arjuna.
Anggun menggelengkan kepala tidak. Dia tidak mahu melupakan lelaki itu.
"Sanggup mama suruh Anggun lupakan dia. Mama defend anak mama yang jahat tu lepas dia dah bunuh suami Anggun? Mama defend orang yang bunuh bapa budak-budak tu!" Raung Anggun. Piring berisi nasi goreng dilemparkan ke cermin sehingga pecah berderai.
Anggun kembali meratap dan menangis. Selimut ditarik lalu Anggun kembali menyelubungi dirinya dengan selimut. Dia menangis semahunya.
"Kalau begini lah tingkah kau. Mama akan telefon doktor psikiatri. Biarkan dia masukkan kau dalam wad gila. Tiga minggu kau tak mandi. Makan pun tidak. Bertahun kau macam ni. Anak pun kau biarkan macamtu saja." Tegur Datin Donna sudah hilang sabar.
YOU ARE READING
Love Me Again [Completed] ✅
Romance[KARYA PERTAMA] DEWASA Viewer Discretion 🔞 Explicit Content 🌚 Hidup Anggun Sufiya berubah 360° apabila terjatuh ke dalam lembah penipuan sehingga mengahwini seorang lelaki yang merupakan mangsa buli abangnya di sekolah dahulu, Arjuna. "Retak diba...